Hari pertama bekerja, be nice!

Baru-baru ni seorang kenalan Ms. Paris berkongsi berita nak memulakan hari pertama bekerja di sebuah syarikat besar berdekatan dengan rumahnya. Budaknya baik dan rajin bekerja. Sepanjang Ms. Paris berkenalan dengan dia ni, Ms. Paris suka cara dia bekerja dan dia jenis budak muda yang tak kisah menerima teguran. Rasanya, kalau fresh grad macam ni memang takkan susah nak menyesuaikan diri di mana-mana pun. 

(Kredit Gambar Utama oleh Jeswin Thomas daripada Pexels)

Bukan main excited dia ni. Dari awal pagi hari pertama lagi, dia dah hantar satu video pendek kepada Ms. Paris nak tunjuk tempat kerja barunya. Nampak promising juga. So, memang Ms. Paris berharap, semuanya baik-baik saja di situ. 

Waktu lunch, dia hantar satu mesej dan bertanya kalau Ms. Paris makan seorang. Sebenarnya selalu juga Ms. Paris makan seorang. Tak ada masalah apa pun. Kadang-kala lagi seronok makan seorang sebab boleh chill sambil tengok Netflix atau cuba cari idea untuk kerja atau projek persendirian. Kalau orang lain mungkin rasa tak tertelan nasi tu ya? Bagi Ms. Paris, dah biasa lone ranger. Tak mati pun!

Makan seorang pun boleh enjoy!
(Kredit gambar oleh Adrienn daripada Pexels)

Budak ni pun beritahu, dia makan tengah hari seorang saja sebab satu-satunya eksekutif yang berbangsa Melayu di syarikat tu. Katanya, kawan sekerja lain nak makan di tempat tak halal. 

Eh, jangan ingat Ms. Paris ni racist atau bersemangat kental Melayu ya? Tapi sejujurnya, rasa macam tak berapa eloklah kalau ada pekerja baru di syarikat tu tapi kawan-kawan pejabat tak sudi nak lunch bersama. Tak perlu lunch bersama setiap hari pun, tapi sekurang-kurangnya hari pertama tu kan baik kalau temankan. Kalau boleh belanja, lagilah seronok pekerja baru tu kan. Barulah bersemangat nak bekerja. 

Kalau makan beramai-ramai, dapat juga menjamah pesanan kawan-kawan, betul tak?
(Kredit gambar oleh Kaboompics .com daripada Pexels)

Pengalaman Ms. Paris sendiri yang pernah bekerja di beberapa syarikat sebelum ini, rasanya tak pernah pula terpaksa makan seorang pada hari pertama. In fact, bila diingatkan semula, syarikat ketiga yang Ms. Paris join. Rata-rata kawan sepejabat berbangsa Cina. Tapi, jujur Ms. Paris katakan, tak pernah terlintas sentimen perkauman di situ. Malah, kawan paling rapat Ms. Paris di situ pun merupakan seorang lelaki berbangsa Cina yang sumpah kelakar gila! 

Hari pertama di situ, rakan-rakan dalam department yang sama ajak lunch bersama sambil menunjukkan pilihan tempat makan yang halal di sekitar pejabat kami tu. Mereka sendiri beritahu, ada hari, memang mereka akan inform kalau nak makan di tempat tak halal. So time tu, pandai-pandailah Ms. Paris pergi lunch sendiri. Tapi seingat Ms. Paris, kalau kebanyakannya nak makan di tempat tak halal pun, masih ada seorang dua yang akan temankan Ms. Paris lunch

Sebab tu, sampai sekarang, Ms. Paris masih keep in touch dengan kebanyakan rakan-rakan lama tu walaupun dah lama bertukar tempat kerja. Sebab bagi Ms. Paris, layanan baik yang diberi sepanjang bekerja di situ memang sewajarnya dikenang. Malah, sekali-sekala ada juga bertembung dengan jiran meja Ms. Paris tu di Mid Valley Megamall. Memang Ms. Paris tak malu pun nak berpeluk dengan dia sebab lama tak jumpa.  

Sorry ya? Dulu memang tak ada filter ni, so memang gambar tu gerhana sikit! Itulah Office Husband pertama, Mohd. Daryl Kan Shamsul Ali. Nama tu dia yang pilih!

Sebelum Ms. Paris join tempat kerja sekarang pun, ada juga bekerja dengan syarikat yang rata-rata pekerjanya Cina juga. Tapi sebab saiz syarikat tu besar betul, sampai tiga tingkat pejabat pun tak muat juga, boleh jugalah nak rotate geng makan. Bukan tak pernah join geng Cina kalau sesekali teringin nak makan dimsum atau masakan Cina. Kalau hari tu teringin nak makan rendang ke, masak lemak ke, ajaklah geng Melayu. Tak ada masalah pun! Apabila dikenangkan semula, selalunya kami pergi makan tengah hari memang berkonsepkan 1Malaysia – semua pun ada, baik Melayu, Cina, India, Melayu yang pandai berbahasa Cina, Cina dan India yang bersekolah kebangsaan, Cina murtad pun ada! 

Haaa, jangan terasa ya bila Ms. Paris sebut ‘Cina Murtad’. Ini bukan panggilan biadap. Dalam kalangan kawan-kawan kami, Cina Murtad ni maksudnya orang Cina yang tak berapa fasih berbahasa Mandarin dan lebih suka makan masakan Melayu berbanding masakan Cina. 

Kadang-kala makan guna chopsticks ni, ayam dan ikan pun boleh ‘hidup’ semula!
Datin and the girls! Sorry ya! Branding kat belakang tu kena padam sikit!

Sebenarnya, Ms. Paris pun rasa kasihan dengan kawan yang seorang tu terpaksa makan sendiri pada hari pertama bekerja. Pressure betul member tu, sampai dia hantar mesej dan bertanya, adakah dia akan baik-baik saja di situ. Sebagai seorang yang layaknya dipanggil kakak, Ms. Paris pun beritahu, apa yang dia sedang lalui sekarang hanyalah satu fasa saja dalam kehidupan. Esok-esok mesti dia akan rasa kebal. Ms. Paris selalu berpesan, dia mampu bawa pembaharuan dalam syarikat tu dengan cara tersendiri. Sampai masanya, ada orang akan buka mata. 

Apa-apa pun, kan lebih manis kalau semua senior di luar sana berikan layanan baik kepada rakan sekerja yang baru melaporkan diri. Bukan nak memanjakan, tetapi mulakan pengalaman bekerja si freshie tu dengan sesuatu yang indah. Lepas tu kalau nak bergaduh, bergaduhlah! Kadang-kadang freshie ni pun sampai masa tunjuk belang, memang over sikit. Tapi tak semua ya? Ada yang baik juga. 

Siapalah Ms. Paris nak komen banyak-banyak kan? Bukannya ada background HR!

Baca artikel ni dalam Bahasa Inggeris DI SINI!

XOXO,

Paris Ashiqin

Kan bagus kalau suasana tempat bekerja kita happy selalu!
(Kredit gambar oleh fauxels daripada Pexels)

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *