Best Western PJ tawarkan pakej istimewa untuk barisan hadapan Malaysia!

Ms. Paris dan movie partner, Oliver sering lalu di hadapan Hotel Best Western Petaling Jaya setiap kali kami pergi menonton wayang di Jaya Shopping Centre. Tak pernah pula terlintas nak menyinggah walaupun untuk lunch atau dinner di sana. Kalau staycation pun, selalunya Ms. Paris pilih hotel yang berlokasi di tengah-tengah pusat bandar. Bukan apa, dah biasa menetap di Kuala Lumpur. Belah-belah PJ ni memang tak berapa khatam. Apatah lagi belah-belah Subang Jaya tu! Aduhai, payah bila ex-boyfriend Ms. Paris datang dari Germany dan stay di Subang tu haaa…

(Kredit Gambar Utama: Best Western PJ)

Check-in jom!
(Kredit Gambar : Best Western PJ)

Sampailah satu hari tu, kawan baik Ms. Paris, Blogger Kolin Zainal ajak staycation bersama. Amboi, hari bekerja pula tu! Belasahlah, Labu! So, kami pun packing untuk menginap semalam dan terus bekerja keesokan harinya. Ms. Paris suka berkawan dengan si Kolin ni. Bagi yang tak berapa kenal dia ni, mungkin akan fikir dia ni sejenis makcik-makcik sikit. Tapi jujur Ms. Paris katakan, Kolin ni hatinya baik. Bukan jenis Melayu PHD (perasaan hasad dengki) tau. Sebab tu kami masih boleh berkawan sampai sekarang. 

Masuk saja selangkah ke dalam bilik kami, si Kolin dah menjerit, “Jangan usik apa-apa!!! Aku nak ambil gambar dulu!” Haaaaa, beginilah kehidupan apabila berkawan dengan geng blogger. Sebelum makan pun, phone camera tu kena ‘makan’ dulu! Oleh itu, bertabahlah wahai hati! Kalau korang nak baca review Kolin Zainal bercerita tentang Best Western PJ boleh klik DI SINI

Caaakkkkk!

Bagi Ms. Paris, walaupun Best Western PJ ni nampak macam kecil saja, tapi Ms. Paris suka sebab biliknya kemas dan cukup luas untuk kami berdua. Biasalah kalau orang perempuan ni, tidur semalam pun beg penuh tu dengan baju, alat solek dan aksesori yang bermacam-macam jenis! Bilik airnya pula cukup ada hair dryer dah onzzzz! Lagipun hotel ni sebenarnya cukup ada katil yang selesa, air cond yang berfungsi dan bilik air yang sempurna. Kalau cukup selesa untuk Ms. Paris, korang pun mesti selesa juga. 

Terima kasih, Kolin Zainal sebab ajak tidur sini!
Kalau nak lagi selesa, tempahlah katil Queen macam ni!
(Kredit Gambar : Best Western PJ)
Bilik mewah atau suite macam ni memang sesuai untuk mereka yang menginap jangka panjang!
(Kredit Gambar : Best Western PJ)
Boleh bekerja dan lepak sekali!
(Kredit Gambar : Best Western PJ)

Musim COVID19 ni dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dah mula diringankan dengan kebenaran untuk industri pelancongan beroperasi semuka, banyak hotel yang dah melancarkan pelbagai promosi untuk menarik pelanggan. Best Western PJ juga tak ketinggalan untuk menawarkan pakej khas untuk barisan hadapan yang banyak menabur jasa sejak penularan wabak COVID19. Bayangkan, penginapan semalam hanya RM98 nett saja! Murah kan?

Entah ke mana Ms. Paris dah campak pas media dulu ya! Kalau tak, dah boleh booking under frontliner promo ni!
(Kredit Gambar : Best Western PJ)

Sebenarnya, dikenang-kenang semula memang seronok Ms. Paris dan Kolin Zainal menginap di Best Western PJ ni. Menu lunch pun best! Lepas tu, dinner BBQ pula di tingkat atas bersebelahan dengan kolam renang. Lepas tu kami sambung berjimba pula di Publika menonton standup comedy. Balik saja dari Publika, kami pergi semula ke tingkat atas tu untuk mengambil gambar. Cantik juga kalau ambil gambar mood romantik kan untuk pengalaman yang Instaworthy!

Korek punya korek, terjumpalah beberapa gambar yang kami ambil sewaktu datang menginap di Best Western PJ buat pertama kali.

Lunch di sini pun menarik!
Lupa pula nasi apa ni! Haha!
Rasanya ni masakan rendang ekor!
Orang cakap, lepas makan jangan berenang! Nanti lemas! So posing saja tepi pool tak apa kan?

Ahaaa, sekiranya korang adalah antara yang bekerja sebagai barisan hadapan sejak PKP, apa kata cari masa untuk berehat di Best Western PJ? Bukannya apa, kadang-kala duduk saja di rumah pun rasa rimas juga. Teringin nak ambil mood Cuti-cuti Malaysia kan? Tambahan pula frontliners ni bila-bila saja boleh dipanggil bertugas memandangkan kes COVID19 di negara kita yang sekejap naik, sekejap turun. 

Promosi ni sah sehingga 31 Disember 2020. Sebaiknya buat tempahan awal, mana tahu berebut dengan rakan frontliners yang lain kan? Jangan lupa bawa pengenalan jabatan masing-masing ya?

Jangan lupa untuk ikut Facebook dan Instagram Best Western PJ untuk maklumat terbaharu!

Selamat bercuti, peeps!

Baca ulasan dalam Bahasa Inggeris DI SINI!

Mengenai Best Western Petaling Jaya

Best Western Petaling Jaya berlokasi strategik di tengah-tengah kawasan perniagaan dan pembangunan baharu Petalng Jaya di Seksyen 13 dan menawarkan 344 bilik tetamu dan bilik mewah yang selesa dan dikelilingi pelbagai kemudahan. 

Hotel ini merupakan sebahagian daripada Kompleks CentreStage yang menawarkan pelbagai kemudahan untuk perniagaan, peruncitan, pekerjaan, aktiviti masa lapang dan gaya hidup – semuanya berpusat di tempat yang sama. 

Best Western PJ terletak kira-kira 50 minit perjalanan menaiki kereta dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 30 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang, hanya 10 minit dari Pusat Membeli-belah Mega Mid Valley Kuala Lumpur dan berdekatan dengan Pusat Membeli-belah Jaya 33 Petaling Jaya. 

Hotel ini merupakan pilihan yang sesuai bagi mereka yang mempunyai urusan perniagaan dan sekadar berlibur. 

Laman Sesawang:  http://www.bestwesternpj.com.my/

Telefon: +603. 7610.2222

Faks: +603.7610.2200

Emel: info@bestwesternpj.com.my 

XOXO,

Paris Ashiqin

Terdengar pula Best Western PJ ni memanggil!
(Kredit Gambar : Best Western PJ)
Walaupun kolam ditutup sepanjang PKP ni, Ms. Paris tetap sarankan korang naik ke tingkat atas sebab…
(Kredit Gambar : Best Western PJ)
… tengok sajalah pemandangan sekitar bandar Petaling Jaya yang cantik ni!
(Kredit Gambar : Best Western PJ)

Loading

2 Replies to “Best Western PJ tawarkan pakej istimewa untuk barisan hadapan Malaysia!”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *