Raw and Uncut – Bila Ms. Paris berbicara tentang GANGGUAN SEKSUAL!

Bagi mereka yang tak mengenali Ms. Paris personally, pasti terlintas di fikiran, siapakah Minah Salleh Celup yang liar semacam ni? Dari segi cara berpakaian, cara bercakap sampailah ke cara Ms. Paris bergambar dalam media sosial, dah biasa sangat jadi bahan kecaman masyarakat. Tapi, sebelum korang nak judge lagi, maybe ada baiknya cuba chill dulu dan fikir dua tiga kali. 

(Kredit Gambar Utama: Japan Intercultural)

Baru-baru ni, salah seorang kawan lama Ms. Paris, Vanitha Krishnamy, Pengasas/Pakar Strategi Penjenamaan AdMy Concepts ada menjemput Ms. Paris untuk menjadi tetamu dalam program web yang bertajuk ‘Raw & Uncut’ dan bercerita tentang GANGGUAN SEKSUAL. Dah agak lama juga Ms. Paris mengenali Ms Vani. Dulu dia selalu menjemput Ms. Paris untuk menghadiri event yang dia kendalikan. Waktu tu, Ms. Paris menulis untuk magazine. Apa-apa pun, event yang Vani kendalikan tu memang banyak yang gempak level Mak Datin okay? Kalau tak ada baju lawa tu, memang Ms. Paris sanggup berlari ke shopping mall untuk pergi beli ya!

Baju meletopppp Ms. Paris ni siap masuk dalam Tatler Malaysia tau! Thanks, Vani!

Before program Raw & Uncut ni, Vani pernah menjemput Ms. Paris untuk menyertai beberapa sesi webinar yang dianjurkan oleh GoGlobal Network. Boleh tahan menarik contents mereka. Banyak isu yang dibincangkan berkaitan dengan bidang perniagaan dan pemasaran. So, lepas siri webinar tu berakhir, Vani melancarkan siri ‘Raw & Uncut’ pula. Kalau mengikutkan cara Vani menjelaskan konsepnya, “Where we unclutter, chew & spit the truth. Hear Real Stories from Exceptional People”. Maksudnya betul-betul mengorek cerita sebenar, sama ada korang boleh ‘hadam’ atau tidak saja topik yang dibincangkan tu. 

Oh, ya, lupa nak cerita. Walaupun Ms. Paris dan Vani dah agak lama juga berkawan, ini baru pertama kali Ms. Paris menjejakkan kaki ke rumahnya di Mont Kiara. Last time berjumpa pun, teman dia lepak di lobi kondo saja selepas dinner.

Banyak benda nak cerita bila dua PR Girls get together ni! Sebab ini baru pertama kali Vani mengacarakan programnya dengan tetamu secara berdepan ala talk show tu, kami pun cuba setup sendiri. Nak kena check lighting lagi, angle kena bagi kami nampak cantik kan, betul tak? Kalau tersalah angle nanti, ternampak pula Big Mac kat perut Ms. Paris ni! Sudahnya, kami letak laptop Vani atas buku. Di bawah buku tu ada bantal. Di bawah bantal tu pula ada kotak kasut. Haaaa… kreatif kan?

Nasib tak kantoi lipatan-lipatan yang tak sewajarnya ada tu!

Melawak, melawak juga, tapi sebenarnya Ms. Paris rasa, isu gangguan seksual ni satu isu yang tidak boleh dipandang remeh. Ms. Paris sendiri pernah mengalaminya waktu remaja dulu. Yang membuat onar tu SEPUPU SENDIRI pula! Tapi tak apa, Ms. Paris nak simpan cerita tu untuk ‘Raw & Uncut’. Nanti boleh tengok episod tu DI SINI ya?

Lawanyaaa… posterlah! Bukan puji diri sendiri!
(Kredit Gambar: FB Vanitha Krishnasamy)

Sejujurnya, isu gangguan seksual ni kerap kali dibangkitkan di dalam media. Pelbagai debat dan perbincangan berkaitan gangguan seksual kita dah dengar. Malah, terdapat ulasan sedikit tentang gangguan seksual dalam Akta Kerja 1955. So, sebenarnya mengapa kita masih belum boleh bersuara lantang dan mendapatkan keadilan?

Kelemahan dalam sistem kita!

Baru-baru ni pun, Ms. Paris ada menonton satu sesi webinar yang dianjurkan oleh Sisters in Islam (SIS) dan Persatuan Tindakan Semua Wanita (AWAM Malaysia) yang mana salah seorang tetamunya yang merupakan seorang peguam menerangkan, proses untuk mengambil tindakan terhadap kes gangguan seksual sebenarnya mengambil masa yang lama. Sebab tu, kadang-kala mangsa gangguan seksual terus berasa hilang kesabaran dan mengabaikan saja apabila berlaku sesuatu. Malas nak pening kepala. 

So, apa yang kita boleh buat untuk menghentikan gangguan seksual?

Personally, Ms. Paris rasa, kita perlu mendidik anak-anak kita dari kecil lagi untuk menghormati semua orang, tak kiralah lelaki atau perempuan. Walaupun rata-rata kes gangguan seksual melibatkan kaum wanita, tapi jangan terkejut, kaum lelaki juga sudah mengeluh apabila diganggu secara seksual oleh orang lain. 

Mesti korang biasa dengar kawan-kawan lelaki yang hot stuff sikit tu terkena juga!
(Kredit Gambar: TodayFM)

Bagaimana pula pendekatan kita dengan orang dewasa yang secara luarannya dah besar panjang berakal?

Kena ubah cara pemahaman mereka dengan mengajar benda-benda yang betul. Mendidik dari kecil tu memang mudah. Bak kata orang tua, melentur buluh biar dari rebungnya. Ni bila dah tua bangka memang dah jadi buluh keraslah! Kalau dilentur, memang disebat balik ke muka! Masalahnya kadang-kala yang dah dewasa ni sudah terbiasa dengan didikan menyeleweng yang menganggap sebarang perbuatan berkaitan gangguan seksual tu boleh dibuat main-main. Please yeah, guys? Gangguan seksual bukan perkara main-main atau boleh dianggap sebagai permainan. Kita tak boleh kata, “Oh, bergura sajalah!” sedangkan orang dah mula berasa tak selesa dengan keletah kita. 

Mungkin ada yang pernah terbaca entry Ms. Paris tentang seorang warga asing yang curi-curi mengambil gambar Ms. Paris dalam LRT sebelum ini. Boleh baca tentang pengalaman ngeri tu DI SINI

Lagi satu, sudah-sudahlah dengan sikap juga menghukum orang berdasarkan cara dia berpakaian atau bergaul. Perkataan seperti ‘mengundang’ or ‘sendiri cari pasal’ tu sebenarnya tak wajar dilontarkan. Cuba fikir logik di sini, adakah sesiapa yang bangun pagi dan memang mengharapkan supaya kena gangguan seksual? Kalau rasanya macam tak boleh terima cara seseorang tu berpakaian, sudah, alihkan pandangan. 

Orang Melayu ada berkata, tengok sekali tu rezeki, tengok dua kali tu berdosa. Kalau tak suka, sudah. Jangan nak tenung bagai nak tembus baju orang tu. Jangan pula nak mengejek sampai memalukan orang tu di khalayak ramai. Kalau rasa, mulut tu teringin sangat nak menegur, konon nak kutip pahala berdakwah, then, buatlah secara sopan. Pastikan nada suara dan intonasi tu lembut dan neutral.  

Tak perlu nak sexualise kan semua perkara okay? Otak tu bagi suci murni pemeringkatan dua kali sikit!
(Kredit gambar oleh Wallace Chuck daripada Pexels)

Kesimpulannya, ingatlah, gangguan seksual tu adalah satu jenayah. Takkanlah kita tak boleh nak merasa keamanan hidup dalam negara kita sendiri. Ini kan Malaysia, di sinilah tempat tinggal kita, tempat mencari rezeki, tempat kita menghabiskan masa kita. Tak salah kalau kita jadikan Malaysia sebuah negara yang selamat dari gangguan seksual. 

Ms. Paris amat berterima kasih kepada Vani kerana memberi ruang untuk Ms. Paris kongsikan pengalaman peribadi ini. Mungkin ada betulnya kata Vani, pengalaman seperti itu perlu dikongsikan dalam blog ni. Siapa tahu, boleh membantu mangsa gangguan seksual yang lain. Lebih baik lagi, kalau blog ini boleh membantu orang lain melindungi diri daripada diganggu secara seksual. 

Baca artikel ini dalam Bahasa Inggeris DI SINI.

Jemput tengok ya? Jangan tengok lebih-lebih pula!
Comel kan sebenarnya set Vani!

Kalau korang nak tengok episod terdahulu ‘Raw & Uncut’, boleh tengok di sini ya?

Episod 1 – Tabiat Memfitnah Orang dengan Nel McCombs TONTON.

(Sesuaiii betul dengan Kak Joyah di luar sana!)

(Kredit Gambar: FB Vanitha Krishnasamy)

Episod 2 – Bahaya ‘Dark Web’ dengan Guna Bupalan TONTON

(Kredit Gambar: FB Vanitha Krishnasamy)

Episod 2 – Keganasan Rumah Tangga dengan Vatsala dan Roselin TONTON

Domestic Violence
(Kredit Gambar: FB Vanitha Krishnasamy)

Episod 4 – Mengurangkan kos perniagaan bersama Nowrid Amin TONTON

(Kredit Gambar: FB Vanitha Krishnasamy)

Episod 5 – Cinta bukan Cuti-Cuti Malaysia bersama Khanusha Neesha TONTON

(Kredit Gambar: FB Vanitha Krishnasamy)

XOXO

Paris Ashiqin

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *