Tambah Protein untuk terus kenyang

Jom kurangkan makanan berkarbohidrat – Minggu 3

Sejak Ms. Paris berkongsi cerita dengan kawan-kawan pengalaman makan serupa kambing ni, rupa-rupanya ada kawan yang sudah mula mengikut untuk mengurangkankan karbohidrat dalam menu mereka setiap hari. Ada yang dah menolak tepi langsung benda bergoreng dan bersambal sebab nak penuhkan pinggan dengan sayur campur atau kangkung belacan. Dari nasi penuh sepinggan, sekarang semuanya separuh. Ataupun dihumban ke pinggan suami masing-masing, kaedahnya!

(Kredit Gambar Utama: Canva PRO)

Tahniah, ladies!

Sayangnya, ramai yang mengadu tak tahan godaan makanan lain sebab dah mula berasa lapar selepas makan sayur-sayuran. Eh, pelik juga! So, kali ni, Ms. Paris nak siasat kenapa mereka dah mengadu lapar. 

Check punya check, alahai! Patutlah sekejap saja tahannya. Kawan-kawan Ms. Paris makan sayur, tapi tak tambah protein! 

Aik? Baru makan dah lapar semula?
(Terima kasih, Canva PRO)

Selalunya untuk sarapan, memang Ms. Paris akan makan oat dan sandwich berintikan telur rebus atau dada ayam untuk dimakan dengan roti. Tapi, kawan-kawan Ms. Paris makan oat saja. Kalau Ms. Paris makan oat saja pun waktu pagi, pukul 11 pagi perut pun dah mula menyanyi. Lepas tu, mereka ni makan oat asyik nak tambah dengan benda manis saja. Begitulah orang Malaysia, semua benda nak letak susu pekat, haha!

Kalau waktu makan tengah hari pula selalunya, Ms. Paris menambahkan dada ayam ke dalam bekas salad. Kadang-kadang tambah juga cendawan. Barulah terbuka selera. Tapi tak semua orang pandai makan cendawan. Ada yang tak tahan dengan bau pelik cendawan kadang-kala. Kawan-kawan Ms. Paris pula, makan salad, penuh sayur sampai nak melimpah, tapi tak ada daging atau telur. Memanglah lapar!

Okay, minggu ni, Ms. Paris nak kongsikan jenis-jenis sumber protein yang boleh kita masukkan dalam diet kita supaya dapat mengenyangkan perut sampailah ke masa makan yang seterusnya, Insya-Allah. Lagipun musim PKP ni memang cepat betul badan naik ya?

Protein dari sumber haiwan

Ini memang paling senang nak dicari dan lebih mengenyangkan berbanding protein dari sumber tumbuhan tapi buat masa sekarang ni, Ms. Paris mengehadkan pilihan pada dua jenis sumber saja. Yang pertama, telur. Kata orang, putih telur tu yang paling tinggi kandungan proteinnya. Betul juga, tapi takkan nak dibuang kuningnya kan? Ingat, membazir kan kawan syaitooonnn! Sebenarnya seseorang yang sihat boleh makan hingga 3 hidangan kuning telur. Tapi ni Ms. Paris baca dalam majalah dari US tau, jangan ikut bulat-bulat. Kalau tak, membulatlah kita macam kebanyakan orang di US tu. 

Kalau makan sayur saja, alamak, muka pun jadi sayur!
(Terima kasih, Canva PRO)

Kedua, ayam. Bahagian yang paling sihat memang dada ayam. Walaupun kadang-kala terasa jenuh nak kunyah, tapi memang dada ayam yang paling elok untuk kita. Jangan pula nak dibandingkan dengan drumstick goreng ya di kedai atuk kesayangan kita ya? Tu memang susah nak dilawan, tapi kita boleh buat perubahan sedikit demi sedikit. Apa-apa pun, cuba elakkan kepak ayam. Sebab ada, dulu Ms. Paris pernah interview seorang Chef. Katanya, semua hormon dicucuk di kepak ayam. Lainlah kalau ayam tu organik. 

Sekali-sekala, boleh juga nak acah-acah mewah tambahkan salmon kan. Tapi mak aiii, harganya pun boleh buat mata juling! Tunggu kita pindah ke Norway okay? Hari-hari Ms. Paris pergi memancing salmon. 

Oh, di Yemen pun ada juga ya? Sis baru tahu!
(Terima kasih, A Gripping Life!)

Protein dari sumber tumbuhan

Dari segi pilihan, memang banyak tak terkata. Cumanya bila disuruh menghadap sayur ni, ramai yang nak menitis air mata. Tapi tak apa, kita tengok dulu ya?

Jangan kekwat, mat salleh pun makan tempeh buat burger tahu!
(Terima kasih, Canva PRO)

Kalau ada yang tak tahu, Ms. Paris ni ada campur darah Jawa di sebelah Abah. Jadi, setakat makan tempeh tu apalah sangat! Memang boleh goreng hingga garing dan cicah dengan sambal kicap. Insya-Allah, tak akan berlaku pembaziran langsung. Licin berkilau pinggan tu sudahnya. Siapa-siapa yang feeling urban tak makan tempeh tu, well, rugilah korang! Sebab memang tempeh ni antara sumber protein berasaskan tumbuhan yang baik. Dah namanya pun sekeluarga dengan air soya dan tauhu, telah sajalah. 

Kekacang pun elok juga. Kecuali kalau korang ada alahan! Sebenarnya kacang tanah dan badam tu antara kacang yang sesuai kita buat makanan ringan sementara menunggu makan tengah hari atau makan malam. Ada saja kawan-kawan yang beritahu, tak boleh makan kacang takut ‘kacang’ di muka. Banyak saja jenis-jenis kacang lain. Ms. Paris suka kacang kuda rebus atau buah berangan yang dah siap dikopek. Eh, jangan buat kerja masuk pejabat jari hitam legam pula! 

Pilihan memang banyak, antara larat atau tidak nak menelan sajalah!
(Terima kasih, Canva PRO)

Begitu juga dengan bijirin dan bijian. Dulu Ms. Paris ada terdengar, sebuah keluarga kaya di Malaysia ni kekwat, tak makan nasi. Makan quinoa saja! Kaya tahap langit ke-7 tu! Agaknya mereka makan quinoa lemak dengan rendang atau quinoa goreng belacan ya? Sebab quinoa ni memang harganya mahal. Apa taknya, diterbangkan dari Amerika Selatan. Agaknya inilah rahsia pelakon dari wilayah sana yang cantik-cantik tu ya? Tapi, Ms. Paris pilih biji chia untuk ditaburkan ke atas dadih. Kadang-kala masukkan sesudu ke dalam jus oren. Sedap juga. Cuma kena rajin gosok gigi. Tak hot lah kalau tiba-tiba senyum, biji chia terselit di celah gigi ya? Hodohlah selfie kita!

So, kalau korang nak tahu lagi pilihan protein dari sumber tumbuhan, boleh rujuk artikel dari Medical News Today ini ya. 

Dulu PT Ms. Paris pernah juga berkongsi tips macam mana nak agak-agak portion makanan kita dengan hanya menggunakan tangan saja. Ingat ya, ini panduan saja. Mungkin ada orang memerlukan lebih banyak makanan mengikut gaya hidup masing-masing. Yang penting ingat, kalau nak turunkan berat badan, kita kena burn lebih banyak daripada kita consume. 

Ini saiz betul ya, sis? Bukan ikut saiz pinggan kita tahu!
(Terima kasih, Daily Mail UK!)

Tinggal seminggu saja lagi, ladies!

Baca artikel ini dalam Bahasa Inggeris DI SINI!

XOXO,

Paris Ashiqin

Sumpah tak bohong, sis! Pergi gerai pun bawa bekal salad!

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *