Review Produk Kecantikan Pertama – Losyen Pemutih dengan SPF50 HIAS

Kalau ditanya betul-betul, siapakah yang rajin menggunakan produk pelindung matahari atau sunscreen, mesti ramai yang akan jawab “Eh, terlupa!” walaupun sedar kepentingannya dalam kehidupan seharian. Tambah-tambah lagi, kita yang tinggal di Malaysia dengan cuaca panas terik Khatulistiwa ini. 

Kalau diikutkan, memang terdapat banyak produk pelindung matahari di pasaran, dari SPF serendah 15 hinggalah yang lebih 100! Tetapi, kita sering tertanya-tanya, produk sunscreen manakah yang paling sesuai untuk kulit kita. 

Baru-baru ini, seorang rakan, Nai berkongsi yang dia akan melancarkan produk kosmetiknya sendiri. Wah, memang berita gembira! Yalah, kalau nak tunggu saya sendiri yang melancarkan produk berjenama Paris Ashiqin, rasanya sampai ke bulan pun belum tentu tercapai. Jadi tak salah kalau kita sama-sama tumpang gembira kan? 

Produk yang baru dilancarkan ini namanya Losyen Pemutih dengan SPF50 HIAS. Amboi, namanya pun dah cantik! Tagline dia sama cantik, ‘Hias berhias’. Sekali pandang, terus saya jatuh hati. Apa taknya, botolnya berwarna pink, uols! 

Mana hati tak tertawan, terus pink mata hitamku!
Kredit: HIAS

Tak sah kalau tak terus buka botol dan mencuba kan? Dan sejujurnya, saya suka tekstur losyen HIAS ni. Tak terlalu pekat sampai susah nak diserap kulit dan tak pula terlalu cair sampai kena gosok 30 minit baru serap ya! 

“Berapa kali juga Nai jumpa chemist tu sebab nak pastikan tekstur tu tepat,” kata kawan saya dengan gembiranya. “Agaknya dia dah menyampah tengok muka Nai, Auntie!”

Jangan marah, muka kami sememeh lepas berjogging di KLCC!

Oh, ya! Saya ni ibarat makcik vogue lah bagi Nai dan beberapa rakan kami yang pernah sama-sama bertugas di sebuah stesyen penyiaran swasta. Kenangan sangat! Tapi kita simpan cerita tu untuk post lain ya?

Mesti anda nak tahu bagaimana pengalaman saya menggunakan Losyen Pemutih dengan SPF50 HIAS kan?

Ini verdict saya!

Produk:

Losyen Pemutih dengan SPF50 HIAS 

Negara Pembuat: Malaysia (Malaysia Boleh!)

Harga: RM49.90 (50g)

Dengar-dengar cerita…

  • Sekali paka pun dah boleh nampak kesan pemutihan tu (bukan keputihan, sis!)
  • Cepat diserap dan teksturnya tak melekit, sesuai untuk penggunaan kerap
  • Bersifat kalis air, sesuai untuk mereka yang suka menghabiskan masa di luar rumah dan gemarkan aktiviti riadah melibatkan air
  • Boleh dijadikan asas solekan dengan kandungan VItamin C & E yang tinggi
  • SPF50, cukup tinggi untuk perlindungan daripada sinaran matahari yang terik (Malaysia so hot kan?)

Selepas seminggu saya menggunakan produk ini…

  • Memang tak bohong, sekali sapu pun dah nampak cerah
  • Cepat diserap dan tidak bercampuk untuk digunakan di kulit wajah
  • Bau bunga mawarnya pun sedap! Kadang-kadang produk berbau bunga mawar ni over sikit baunya, sampai boleh memualkan saya. Tapi kalau awak bagi saya sejambak bunga mawar, saya sukaaa!
  • Musim PKP ni tak dapatlah saya nak cuba gunakan produk ni di luar rumah, jadi tak berapa sesuai untuk saya komen
  • Sebab kulit saya sangat berminyak, so produk yang mempunyai SPF tinggi macam ni akan membuatkan kulit saya bertambah minyak. Sejujurnya, tak berapa serasi untuk saya jadikan asas solekan (semakin tinggi kandungan SPF, semakin berminyak kesannya sekiranya tak touch-up betul-betul). 
  • Tapi kalau anda nak gunakan untuk bahagian badan yang lain, memanglah nikmatnya tak terkata sebab kulit menjadi lebih cerah dan lembut. Tambah-tambah bila disapu di leher dan tangan. Haaa, kita selalu lupa nak jaga dua bahagian badan ni kan?
  • SPF50 untuk cuaca Malaysia? Oh, yes! Memang sesuai, tambah-tambah untuk adik manis kita yang berkulit cerah tu. Kan ramai yang kulitnya putih sampai nampak urat biru. So, memang losyen ni sesuai untuk anda!

Tahukah anda Losyen Pemutih dengan SPF50 HIAS ini juga telah mendapat kelulusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Inilah antara aspek yang amat dititikberatkan oleh pengguna di Malaysia, khususnya apabila menyebut tentang produk kecantikan keluaran tempatan. 

Mari saya tunjukkan cara untuk memeriksa status Losyen Pemutih dengan SPF50 HIAS ini ya?

Lawati laman sesawang Bahagian Regulatori Farmasi Negara (klik) bawah KKM ini. 

Isikan nombor rujukan dan anda boleh lihat sendiri. 

Lepas ni tak payah was-was lagi ya, ladies?

Malah, dengan rangkaian laman ini, anda juga boleh memeriksa status produk kecantikan yang lain. 

Bagaimana hendak membeli produk ini?

Anda boleh membuat pesanan menerusi Instagram: @hias_berhias atau Whatsapp: +60172422362

Dari 8 hingga 14 Julai 2020, anda boleh membeli 2 botol Losyen Pemutih dengan SPF50 HIAS untuk menikmati penghantaran PERCUMA!

Apa yang ditunggu lagi, jom kita berhias dengan HIAS!

XOXO,

Paris Ashiqin

Let’s cantik!
Kredit: HIAS

One Reply to “Review Produk Kecantikan Pertama – Losyen Pemutih dengan SPF50 HIAS”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *