Nasi Lemak Bunga Telang, Taman Setapak Indah

Biasalah bila dah masuk weekend. Memang perasaan malas untuk memasak tu membuas. Sampai kadang-kadang, Ms Paris sanggup bangun awal, mandi (mandi kerbau la tapi!) dan keluar drive mencari breakfast

Dan memang kena admit, breakfast yang paling best tu mesti something yang tradisional kan? Nasi lemak ke, roti canai ke. Kalau nak try breakfast special sikit, memang akan tercari-cari menu dari negeri lain – nasi dagang atau nasi kerabu ke. 

Sabtu lepas tu memang Ms Paris teringin nak makan nasi lemak. Selalunya Ms Paris akan pergi ke satu gerai nasi lemak yang famous di Setapak ni. Memang sampai-sampai je beratur panjang orang menunggu. Tapi kali ni, agaknya sebab bibik datang mengemas awal sangat, so Ms Paris tak sempat nak asing-asingkan tasks dorang, sampai je kat gerai tu, dah habis dikemas. 

Terpaksalah pusing-pusing sekitar perumahan demi mencari breakfast. Kalau kat rumah Ms Paris ni, gerai memang banyak, tapi nak cari yang kena dengan selera tu mungkin susah sikit. Bukan masalah tak sedap tau, tapi nak cari yang ooomph! Yang ada X-factor gitu. 

Tiba-tiba ternampaklah satu gerai ni. Nampak macam sunyi, ada dua orang saja yang tengah menunggu. Sebenarnya Ms Paris tertarik sebab tengok gerainya tertulis ‘Nasi Lemak Bunga Telang’. 

Sebab matahari terik sangat, so gambar pun tak berapa cantik! Tapi sumpah nasi lemaknya sedap!

Lately ni memang banyak yang mencampurkan bunga telang dalam masakan. Ada minuman, ada cheesecake. Kalau dulu yang popular cuma nasi kerabu saja ye? So, Ms Paris pun parking kat tepi jalan tu. Marilah mencuba ye?

Niiiice! Boleh pilih lauk ayam berempah atau telur goreng. Sebab kejap lagi ada kelas, so Ms Paris ambil lauk telur goreng sajalah. Kelas apa? Okay itu projek rahsia. Tunggu dulu ye. Anyway, sopan betul budak yang menjaga gerai tu. Rupa-rupanya dia masih belajar dalam tingkatan 4. Sementara masih PKP ni, dia dan abangnya membantu ibu mereka berniaga. Cumanya minggu ni, abangnya bercuti. Makanya dia seorang sajalah yang uruskan gerai nasi lemak tu. 

Kebetulan, ada juga kuih-muih. Kalau diberi pilihan, Ms Paris akan beli karipap berintikan kentang. Tapi kalau tak ada tu, barulah pilih kuih manis. Yahoo! Ada kuih ketayap! 4 keping je, cukuplah! Nanti bertambah jahanam diet!

Tak sangka pula, tiba-tiba beratur panjang orang di gerai nasi lemak bunga telang ni. Dan ramai yang menunggu tu macam familiar dengan gerai ni. Rasanya mesti sedap betul. Tak apa, kita tunggu bila sampai ke rumah nanti. 

Apa-apa pun, memang budak yang menjaga gerai tu sopan betul. Terlambat sikit pun dia minta maaf dan dia sangat cermat waktu membungkus nasi lemak dan sambal. Telur goreng dia comel pun dia minta maaf. Pakai gloves lagi. Musim-musim Covid19 ni memang kena particular sikit kan. 

Okay, next time Ms Paris nak try lauk ayam berempah pulak!

So, the real test begins. 

Selalunya kalau Ms Paris cuba nasi lemak, memang akan cuba nasi lemaknya dulu. Lepas tu baru cuba dengan sambal dan condiments lain. Okay, nasi on its own, not bad. Tapi lepas buka bekas sambal tu. Ya Allah, nikmatnya rasa sambal tu! Tak tau macam mana nak describe. Tak pedas sangat dan ada rasa manis sikit. Bagi Ms Paris, nasi lemak dengan sambal ni kena complement each other, barulah meletops! 

Serius sedap nasi lemak bunga telang ni! Rupa-rupanya ada juga ambil tempahan. So kalau ada yang berkenan nak order 10 bungkus ke atas tu, bolehlah hubungi dorang. Bila lagi kan nak support business orang kita? Takkan nak dengki-mendengki dan main bomoh je kan orang Melayu ni?

Ooooh! Nasi lemak bunga telang harganya RM2 sahaja!

XOXO,

Paris Ashiqin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *