(Kredit gambar : Hanie Rusli)
Korang suka makan manisan tradisional tak? Ms Paris suka sangat makan wajik. Zaman kecik-kecik dulu, memang susah nak jumpa wajik yang sedap. Kalau ada majlis perkahwinan, mungkin boleh jumpa dalam doorgifts. Itu pun kalau lembut. Rupa-rupanya memang ada orang suka wajik keras-keras beras tu ha!
Kawan Ms Paris seorang ni sangatlah baik hati dan lembut budi pekertinya. Bukan nak cakap poyo memuji tak bertempat, tapi memang si Ruby ni seorang yang betul-betul baik orangnya. So, Raya tahun lepas, si Ruby ni message dan beritahu, ada surprise untuk dihantar ke rumah.

Waaaah! Dia order dodol untuk kita. Comel la pulak packaging nya!

(Kredit gambar: Hanie Rusli)
Sesambil berterima kasih tu, Ms Paris pun ambil kesempatan nak berborak dengan puan empunya business, si Hanie Rusli ni. Eh, rupa-rupanya dia ada juga buat wajik! Tiba-tiba nafsu untuk makan yang manis-manis pun membuak dalam dada ni! Apa lagi, teruslah Ms Paris order on the spot.
Sampai masanya si Hanie membuat delivery, mak aiiii, nampak menggoda betul wajiknya. Tak sabar rasa di hati nak menjamah. Apa taknya, selama ni kalau jumpa orang jual wajik, bila beli saja, Ms Paris jadi kecewa sebab keras untuk dikunyah. Sorry lah, gigi Ms Paris ni dah tak sekuat dulu. Maklumlah, dah masuk usia remaja purba kan?

(Kredit gambar: Hanie Rusli)
Allahuakhbar, masuk saja mulut, ibarat reaching orgasm, kata orang putih. Amboi, sedapnyaaaaa! Daripada sesuap sampailah jadi bersuap-suap, sedar-sedar je dah sebekas kecil habis dimakan monyet. Ms Parislah monyet itu!
Sesambil makan tu, terfikirlah pula nak minta kalau Hanie boleh customised card untuk Ms Paris bila menyediakan buah tangan untuk kawan-kawan, tambah-tambah yang bekerja dalam bidang media. PR Girl, you all! Kenalah sentiasa ingat kawan-kawan yang selalu membantu kan.

Alhamdulillah, Hanie pun tak kisah rupa-rupanya sebab Ms Paris pun memang akan order dalam kuantiti yang agak banyak. Banyak tu tidaklah untuk jamu sekampung, tapi cukuplah nak buat kawan-kawan happy.

(Kredit gambar: Hanie Rusli)
Kalau diikutkan, sejak pertama kali berkenalan dengan Hanie, dah beberapa kali juga Ms Paris buat order wajik sedap tu. Setiap kali, tak mengecewakan. Rasanya pun konsisten dan Hanie selalu berpesan, kena habiskan dalam masa 3 hari selepas delivery sebab dia memang tak masukkan bahan-bahan pengawet. All natural, katanya.
Semua kawan-kawan yang dah pernah merasa wajik si Hanie ni pun dah berminat nak order sendiri melalui Whatsapp: +6019-755 0584. Sampai Ms Paris bergurau, sesiapa nak order wajik premium Hanie Rusli, jangan lupa ya, gunakan Promo Code: KAWANPARIS, haha!
Kalau nak custom order hiasannya sekali pun boleh! Boleh scroll down dan tengok sample ya?
Bila lagi nak sokong business kawan-kawan kan? Takkan lah kita orang Melayu ni asyik nak membomohkan orang dan busuk hati saja, betul tak?
Baca ulasan ini dalam Bahasa Inggeris DI SINI!
XOXO,
Paris Ashiqin

(Kredit gambar: Hanie Rusli)

(Kredit gambar: Hanie Rusli)

(Kredit gambar: Hanie Rusli)

(Kredit gambar: Hanie Rusli)
One Reply to “Alahai, jatuh hati dengan Wajik Premium si Hanie Rusli ni!”