Rambut Berminyak tu Cantik???

Haha, jangan panik dulu, ladies. Rambut berminyak yang Ms Paris maksudkan di sini bukanlah jenis oily scalp yang buat rambut kita nampak melepek tak ada volume tu. Sebenarnya sejak tahun lepas, Ms Paris mula mengamalkan hair oiling, sejenis rawatan DIY yang menggunakan minyak untuk pelbagai tujuan. 

(Featured Photo Credit: By Gratisography from Pexels)

Kalau korang kenal Ms Paris personally, sebenarnya rambut Ms Paris memang jenis halus dan nipis. Kalau nampak dalam gambar Instagram yang cantik-cantik, kepuk-kepuk asmara tu, itu semua kena back-comb untuk create volume. Sudahlah halus dan nipis, banyak juga urat rambut yang gugur setiap kali lepas bersyampu. 

Sebenarnya yang mengajar Ms Paris hair oiling ni adalah kawan Ms Paris yang sekarang berada di Belgium, namanya Assia. Assia ni berketurunan Arab Maghribi. Memang cantik orangnya. Rambutnya jangan cakaplah, sis! Tebal, hitam lebat dan bersinar! Rupa-rupanya dia menggunakan castor oil

Inilah orangnya Si Cantik Assia! Haisy, bilalah nak terbang ke Belgium ni?

By the way, korang tahu tak, castor oil ni dalam Bahasa Melayu tu dipanggil minyak jarak? Laaaaa, Ms Paris pun baru jumpa definisinya dalam Internet. 

Sejak itulah, Ms Paris buat research sikit dan belajar tentang jenis minyak yang sesuai digunakan untuk kecantikan rambut. Selain castor oil, ada juga minyak kelapa, minyak argan, minyak buah keras dan minyak rambut Zamzam. Bukan campur semua tau!

So, kalau korang nak tahu pengalaman Ms Paris menggunakan minyak rambut tu, boleh baca di sini ya?

Guna 2-3 kali seminggu pun dah cukup!
  • Castor Oil – Sejak Ms Paris buat satu IG post pasal castor oil, memang ada beberapa orang kawan yang dah mencuba. Ramai yang mengakui, memang nampak baby hairs dah mula tumbuh. Tapi, Ms Paris tak nampak pula baby hairs tu. Cumanya, sumpah, bulu mata tumbuh lebat lepas 2 minggu disapu! Minyak ni memang pekat dan ada rasa melekit tau. So, kalau nak boleh cairkan dengan minyak kelapa. 
  • Minyak kelapa – Ramai kawan Ms Paris yang berketurunan India dan Pakistan yang guna minyak kelapa. Memang mereka cakap, minyak kelapa ni melembutkan rambut dan bagi volume juga. Kalau rambut korang jenis frizzy macam kena renjatan elektrik tu, haaaa bolehlah cuba. So far Ms Paris pakai tak adalah menambah volume pun. Cumanya bab lembut tu memang confirmed!
Nampak sedap kan? Sedap digunakan di rambut juga.
(Photo by Daria Shevtsova from Pexels)
  • Minyak argan – Sejak beberapa tahun ni, boleh dikatakan semua produk nak tambah minyak argan kan? Haha! Tapi memang minyak ni bagus pun! Cumanya Ms Paris beli pure argan oil. Yang ni pun konsistensinya tak pekat sangat, so boleh campur dengan castor oil for best result. Kalau nak tahu, minyak argan ni boleh kurangkan jerawat di muka sekali. Malah, kalau korang jenis gatal tangan suka picit-picit jerawat dan blackheads tu, boleh cuci muka dan sapu minyak argan. Bangun pagi saja, muka dah clear tak ada kesan-kesan merah tu lagi. 
  • Minyak buah keras – Minyak ni rupa-rupanya memang banyak digunakan oleh masyarakat Melayu turun-temurun. Ini pun adik Ms Paris yang cadangkan. Sumpah tak bohong, minyak ni memang bagus untuk mengurangkan keguguran rambut. Malah, rambut pun jadi lebih lembut dan bersinar. Selalunya ada dijual di kedai jamu. Mur-mur je, sis. Tak sampai RM10 sebotol!
  • Minyak rambut Zamzam – Haaaa, mesti ramai yang cakap minyak ni busuk kan? Memang baunya kuat sikit berbanding minyak lain. Maklumlah, bau bunga melur. Tapi sebenarnya minyak ni antara yang terbaik korang boleh gunakan untuk mengurangkan keguguran rambut dan uban. Jangan tak percaya, pernah sekali tu, Ms Paris post di IG pasal minyak Zamzam ni. Kawan lelaki pun share, memang mereka gunakan juga untuk keguguran rambut. 

So, ladies, kalau korang sama macam Ms Paris, jenis yang tak nak spend banyak sangat untuk beli serum atau tonik yang mahal-mahal tu, bolehlah cuba minyak-minyak yang tersenarai ni. Jangan sampai tercampur dengan minyak masak atau minyak tanah pula ya, Labu!

Kalau nak baca review ni dalam Bahasa Inggeris, boleh baca di sini, LINK.

XOXO

Paris Ashiqin
p/s- Pengalaman kan lain-lain! Mungkin korang boleh share sikit di ruangan komen ya?

Jom kita belajar cara buat minyak kecantikan sendiri pula!
(Photo by Mareefe from Pexels)

One Reply to “Rambut Berminyak tu Cantik???”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *