Ada lelaki blond tak kat Blonde Cafe?

Baru-baru ni Ms. Paris lepak dengan seorang kawan baik, Ruby Rais. Bukan senang nak jumpa Si Ruby ni. Dahlah dia tinggal di Putrajaya dan jarang ada masa sebab sibuk bekerja. Ms. Paris pula sudah lama tak berkereta, so memang payah nak plan a date. Sebab tu bila berpeluang, memang hampir seharian kami lepak bersama. Banyak benda nak update kan.

(Kredit Gambar Utama: FB Blonde by Serai Group)

Inilah Si Cantik Manis Kesayanganku, Ms Ruby Rais!

So, Ruby pun ajak Ms. Paris dinner di sebuah restoran di Bukit Damansara yang dikenali sebagai ‘Blonde’. Bagi sesiapa yang mengenali Ms. Paris, memang sebut saja blond, terus mata kuyu jadi segar. Tengok sajalah partner Ms. Paris sebelum ni. Boleh tahan ramai juga yang berambut blond. Tapi kita simpan cerita tu untuk post lain ya?

Setibanya di Blonde, wah, boleh tahan ramai juga orang di situ. So, kami pun menunggu di luar restoran buat seketika. Inilah masanya untuk Ms. Paris pose cantik-cantik! Lagipun si Ruby ni memang antara kawan Ms. Paris yang pandai cari angle yang cantik. Orang gemuk (macam Ms. Paris!) pun boleh nampak kurus. Susah kan nak cari kawan yang tak banyak cekadak bila kita nak ambil gambar, setuju tak?

Kan betul si Ruby ni pandai ambil gambar?
Kalau dengan kawan lain, dah kena carut dah sebab asyik nak posing je! Thank you, Ruby!

So, sebaik saja kami dapat meja kami, si Ruby pun memberitahu dah lama dia mengidam nak cheesecake. Amboiiii, Cik Ruby! Mengidam ya? Ms. Paris pula memang dah kelaparan sebab last makan pun pagi-pagi tadi sebelum pergi ke kelas Sabtu.

Sejujurnya, memang cantik betul restoran ni! Rasa macam tak sabar nak dress up cantik-cantik dan datang lagi sekali untuk photoshoot. Aggitewww, poyo ke idok? Dari segi setup, pemilihan perabot dan lighting, memang cantik betul. Memang patut pun ramai orang suka datang ke sini.

Cuma service tu mungkin lambat sikitlah. Bukan pesanan Ms. Paris yang lambat, tapi cheesecake Ruby. Agaknya sebab ramai orang hari tu, jadi staff Blonde tu ingatkan cheesecake Ruby tu untuk dessert. Mmmm… pasta Ms. Paris pun dah sejuk menunggu cheesecake tu. Tapi tak apa, next time, we do better okay guys?

Manis cheesecake tu, manis lagi si Ruby!
Inilah dia pasta dengan daging itik yang Ms. Paris order, memang sedap!

Sambil makan tu, kami berborak sepuas-puasnya. Sebenarnya kalau dengan Ruby ni, sampai esok pagi pun belum cukup masa nak catch up. Maklumlah, nak jumpa pun dalam setahun beberapa kali saja kami boleh curi masa. Sebab tu jangan peliklah kalau si Ruby ni suka menghantar macam-macam hadiah kat Ms. Paris.

So, Ms. Paris pun beritahu Ruby tentang blog ni – Hey, It’s Paris.com. Ruby ni sebenarnya antara kawan Ms. Paris yang sangat supportive. Dia memang excited betul dan bagi suggestions tentang contents yang Ms. Paris boleh buat.

“So siapa audience blog you, Paris?” tanya si Ruby.

“Orang yang datang makan kat Blonde ni,” jawab Ms. Paris sambil gelak besar. Sebenarnya kami ada private joke hari tu, tapi tak wajar rasanya nak kongsi di sini. Cukuplah kami berdua saja yang tahu, haha!

Kebetulan pula hari tu ada 3 groups yang organise birthday party di Blonde tu. Memang literally, kiri kanan dan depan kami. Belakang saja tak ada sebab kami duduk di dinding sebelah belakang Blonde tu. So, kami pun malas nak jadi party pooper. Takkan nak suruh dorang senyap kan? Kami pun berpindah ke bahagian luar. Nasib cuaca dah tak panas sangat.

Nak sambung borak kena ada kudapan pula kan?

Sambung borak lagi berjam-jam di luar. Kami cuba pula keledek goreng. Ms. Paris order hot latte macam biasa. Kalau tak ada caffeine in my system, rasa macam tak ada bateri kadang-kadang, haha!

Overall, memang best juga Blonde ni untuk first date ke atau weekend brunch dengan kawan-kawan. Sebut pasal date, aduhai, tiba-tiba Ms. Paris ternampak this one guy yang Ms. Paris dah kenal lama, cuma mula berhubung sejak dua tahun lepas. Bukan main dia pernah ajak Ms. Paris dating. Eh, kata jodoh Ms. Paris! Tiba-tiba di situ berkepit dengan perempuan lain pula!

Sengaja Ms. Paris call dia depan Ruby. Eh, jawab pula Si Dia! Siap bertanya semula, “Where are you?” Tak apa, dear, enjoy the date! Sebenarnya Ms. Paris pun taklah berminat sangat dengan dia. Sebab pernah waktu dia datang ke Open House kami, Ms. Paris kenalkan dengan Mama. Mmmm, Mama pandang atas bawah saja! Mama faham kot jenis-jenis Bad Boy ni. Kawan-kawan pernah bergurau, “Lain kali, bagitahu Mama, Si Dia tu kaya, harta berjuta. Baru Mama panggil menantu!”

Before balik, mesti posing berdua dulu!

The real test was bukan waktu jumpa yang itu. Tapi waktu kami berjalan ke kereta Ruby, tiba-tiba Ms. Paris ternampak my favourite Blondie yang dah lama menghantui jiwa ni. Si Blondie tengah dating dengan girlfriend dia. Si Dia pernah memperkenalkan Ms. Paris dengan perempuan tu. Senyum sajalah time tu kan, walaupun hati bagai ditarah-tarah. Tak apa, kalau jodoh tak ke mana.

Haisy! Pelik betul! Punyalah besar KL ni, di situ juga Ms. Paris terjumpa dengan Si Blondie. Adakah ini jodoh? Okay, kena datang ke Blonde lagi. Mana tahu, terjumpa Blondie lain pula! Kwang kwang kwaaaang!

Baca ulasan Blonde Cafe dalam Bahasa Inggeris di SINI!

XOXO,

Paris Ashiqin

Ruby, you are one of the best people I’ve ever known! Love you ALWAYS!

Loading

One Reply to “Ada lelaki blond tak kat Blonde Cafe?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *