Jom Kurangkan Makanan Berkarbohidrat – Minggu 1

Hi, peeps!

Sejak gim dibenarkan beroperasi semula dengan SOP yang ketat ni, Ms. Paris dah mula booking slot untuk bergim-ba untuk menurunkan berat badan. Seronok jadi ahli VIP Celebrity Fitness tau. Semua kelab boleh masuk! Selalunya Ms. Paris akan pilih yang berdekatan dengan office atau rumah. Sebaiknya terus gerak ke gim dari office lah kan? Takut nanti dah sampai depan pintu rumah, ehhhh, nak cari bantal pula!

(Kredit Gambar Utama: Canva PRO)

Sebenarnya memang terasa lebih seronok sejak pergi ke gim semula. Bukan ayat propa tau, ni betul-betul kejadian. Ms. Paris rasa, apabila mula berlari tu macam happy sangat. Idea pun datang mencurah-curah waktu berlari atas treadmill. Waktu berlari tu jugalah boleh buka tablet dan pasang Netflix!

Walaupun bersenam boleh mengurangkan berat badan, tapi kita kena hadapi hakikat, cara terbaik untuk mengurangkan berat badan adalah dengan mengawal pengambilan makanan. Sebenarnya, kita perlu memastikan badan kita mendapat khasiat yang sewajarnya saja untuk berfungsi, bukan makan apa saja yang terhidang. Salah konsepnya tu!

Pernah satu ketika, Ms. Paris amat obsessed nak kurus, sanggup berlari sehingga 2 jam setiap hari ditambah dengan sejam latihan angkat berat. Lepas workout, duduk berteleku lagi dalam bilik sauna dan bilik stim. Itu pun kalau dah tak terbongkang dalam tu lah sebab kepenatan. Makan pun alahai, macam burung makan, kalau ikut cakap arwah Nenek. Inilah hasilnya!

Kurusnya Ms. Paris waktu ni! Gambar ni diambil sewaktu ex-boyfriend Ms. Paris dari Panama belanja dinner di The 39 Restaurant di PNB Perdana on the Park. Gracias, Mi Amor!

Tapi biasalah, sampai masa akan jadi malas juga. Lepas tu, mulalah badan ni membelon. Cumanya walaupun berat badan naik, tak pernahlah mencecah 70kg! Tiba-tiba, ehhh, PKP pula! Mak ai! Sampai Ms. Paris kena body-shame ya di Instagram baru-baru ni!

So, sejak Ms. Paris dah mula workout di gim semula, PT lama Ms. Paris, Barry dah berpesan, jangan paksa diri dulu. Workout sebaik mungkin, makan macam biasa dulu. Nanti masuk bulan September, lepas badan dah mula biasakan diri dengan senaman kardio dan latihan angkat berat, barulah mula rancang pemakanan dengan lebih sihat. Bukan apa, katanya takut cepat hilang motivasi kalau kita membuat perubahan drastik. Caranya, kurangkan pengambilan makanan berkarbohidrat. 

Bukan senang nak mengubah gaya hidup kita. Cumanya, Ms. Paris pun tahu dengan tabiat sendiri ni. Kalau betul dah fokus, insya-Allah tak ada masalah untuk teruskan disiplin baru tu. Yang paling penting, kita kena rancang dengan betul. Bukan tiba-tiba itu ini semua kena haramkan. Lagipun apabila usia dah meningkat ni, kena ikut rejim yang bersesuaian dengan faktor usia. Betul tak?

Dalam entri kali ni, Ms. Paris akan kongsikan bagaimana pengalaman mengurangkan pengambilan karbohidrat ya?

Ramai mengadu, susah betul nak telan oat ni! Eh, apa susah! Telan laju-laju, lepas tu minum jus.
(Kredit Gambar: Canva PRO)

Sarapan

Makanan paling penting dalam kehidupan seharian, tapi pasti ramai yang tak sempat nak bersarapan sebelum pergi ke pejabat kan. Ramai yang lebih suka bersarapan di tempat kerja. Cumanya sarapan bagaimana yang korang selalu makan setiap pagi?

So, minggu ni, Ms. Paris mulakan setiap hari dengan semangkuk oat. Satu hidangan tu kira-kira 4 sudu makan. Selalunya Ms. Paris akan campurkan dengan air suam saja, susu ke gula ke, memang tolak ke tepi. Buah-buahan pun malas nak letak. 

Sebenarnya, berdasarkan pengalaman Ms. Paris sebelum ni pun, memang tak cukup semangkuk oat tu. Tak kisahlah apa yang diiklankan di TV tu. Masuk saja jam 11 pagi, dah mula berkeruk-keruk perut ni. Sebab tu breakfast, Ms. Paris akan makan dua keping roti bergandum penuh tu. Ingat ya, roti putih tu lagi tinggi kandungan gulanya!

Ni lagi satu. Tak boleh telan kononnya. Keraslah, keringlah. Nak kurus ke tidak?
(Kredit Gambar: Canva PRO)

Makan Tengah Hari

Waktu makan tengah hari ni memang tricky sebab kita akan makan lunch dengan kawan pejabat. Kalau dah makan dengan kawan-kawan tu, memang ikut undian majoritilah kesudahannya. Bukankah selalunya yang menang majoriti tu memang suka makanan yang sedap-sedap, goreng-goreng dan cukup rasa gula dan garamnya?

Apa kata mulakan membawa bekalan makanan dari rumah. Ms. Paris faham juga, ada sesetengah pejabat tak menyediakan ruang pantry untuk makan. Food court pula tak membenarkan kita membawa makanan dari luar. Jadi pandai-pandailah cari tempat untuk makan. 

Sejak awal minggu lagi, Ms. Paris dah makan serupa kambing, hijau-hijau dalam bekas makanan tu! Buat seminggu ni, memang Ms. Paris membawa bekal salad ayam – ada daun butterhead (tak tau apa namanya dalam Bahasa Melayu!), tomato ceri dan timun Jepun yang ditambah dengan potongan dada ayam dan cendawan Shiitake yang digoreng ringkas.

Tak adalah teruk sangat rasanya! Yalah, dah ada ayam, semua pun jadi sedap. Kalau terus bertukar jadi vegetarian, takut ada yang ting-tong ya? Maklumlah, dah biasa hari-hari makan daging kan?

Ms. Paris belum beli kuali grill tu lagi. So, kita stir fry dulu ya?
(Kredit Gambar: Canva PRO)

Makan Malam

Makan malam pun agak tricky juga sebab selalunya apabila Ms. Paris dah tiba di rumah, memang lewat betul. Lebih kurang 11 malam. Selalunya lepas berlari sejam dan angkat berat setengah jam, memang perut dah berbunyi minta diisi. 

Lepas sebulan rancang jadual kerja dan gim, Ms. Paris dah mula beli dadih kosong, buah-buahan segar dan bijian chia. Susu pun kena minum juga. Tak perlu membazir beli susu kotak, susu tepung pun boleh. Pilihan Ms. Paris, memang Anlene Gold sebab ada usia dah nak masuk GOLD juga kan? Bukan badi-gol so’od tau!

Now that I understand my work + gym routine better, I start buying plain yoghurt, fresh fruits and chia seeds. On top of that, I’ve started drinking milk again. Go economical, buy the formula instead of packed milk. I go for Anlene Gold, LOL! Yes, because I’m GOLD!

Beli dadih kosong lebih baik! Lepas tu, campurkan dengan buah-buah kegemaran korang.
(Kredit Gambar: rawpixel.com)

Mari kita cuba menu ni dulu dan tengok perubahannya dalam seminggu!

Ingat, jangan terkejar-kejar kalau nak kawal berat badan, chill chill sudah!

Baca artikel ini dalam Bahasa Inggeris DI SINI!

XOXO,

Paris Ashiqin

Workout saja tak cukup kalau tak jaga pemakanan.
(Kredit Gambar: Canva PRO)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *