Nak menangis kegembiraan makan Wagyu di The Pearl Kuala Lumpur!

Hi, peeps!

Baru-baru ni, Ms. Paris ada post tentang promo Wine Pairing Dinner di Hotel The Pearl Kuala Lumpur. Tapi sebab promonya fokus terhadap wain, so, Ms. Paris tulis dalam Bahasa Inggeris saja. Takut ada yang tersentap dan berbunyi bising pula di belakang tabir kan. Kalau tak kisah dan nak baca juga, boleh klik DI SINI ya?

(Kredit gambar utama: Canva PRO)

Punyalah debaran nak menantikan makan malam eksklusif tu, nak pilih baju pun berhari-hari. Apa taknya, dinner nya dianjurkan satu malam saja dan tempatnya pun terhad gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sebenarnya lebih berdebar sebab nak jumpa kawan lama satu industri, Cik Nora Ismail, Pengurus Perhubungan Awam di Hotel The Pearl Kuala Lumpur. Rasanya last berjumpa pun pada hari Hotel Pearl Kuala Lumpur menganjurkan acara buffet review sempena Ramadan tahun lepas. 

Memang seronok kalau jumpa geng PR sama kepala macam Cik Nora ni!

Sempatlah berborak dan catch up sementara menantikan kawan Ms. Paris, Si Oliver tu. Siapa lagi yang sanggup datang pergi makan-makan di event seperti ini. Cik Nora pun menunjukkan pemandangan dari tingkat atas. Dah selalu sangat tengok pemandangan ibu negara dari tengah bandar, cuba pula dari sebelah Klang Lama ni kan? Mana tahu dapat ilham. 

Sebab dia berkali-kali pesan jangan pakai high heels, so kita pakai low heels sajalah!

Setibanya si Oliver tu, kami pun duduk dan mula menikmati makanan yang dihidangkan. Pembuka selera kami malam tu dimulakan dengan Creamy Truffle Mushroom Soup atau Sup Cendawan Truffle, diikuti oleh Cured Salmon Spring Roll (Popiah Bersalut Hirisan Salmon) dan Flaming Coconut Curry Mussels (Kari Kupang Pedas Bersantan). Kalau Si Oliver bersungguh menikmati sup tu, Ms. Paris pula sangat sukakan hidangan kupangnya. Bukan senang nak jumpa orang jual kupang ya! Sampai terdetik di hati, mmmm sedapnya kalau ada nasi. Aik, tetiba mood Melayu pula ya?

Rasa nak masak kari kupang pula lepas ni!
Wagyu, oh, Wagyu!

Akhirnya, tiba juga giliran nak menjamah daging Wagyu di Hotel The Pearl Kuala Lumpur ni! Sebenarnya sejak kejadian Wagyu tak jadi di sebuah restoran Wagyu terkenal di KL tak lama dulu, kami macam dah trauma sedikit. Apa taknya, punyalah restoran di mencanang sebagai penyedia Wagyu yang sedap dan berpatutan harganya, tapi bila kami makan saja, alahai, kecewa! Apabila Ms. Paris kongsikan cerita tu dengan Cik Nora, dia meyakinkan kami, Wagyu di sini memang sedap. Cumanya dia berkata, kalau masih ragu-ragu, boleh order satu Wagyu dan satu menu kambing. Kami pun gamble saja nasib, order terus dua set Wagyu. 

Ampun!!! Sedap betul dagingnya! Selalunya setiap kali menonton rancangan masak-masak atau membaca review tentang Wagyu ni, memang ayat-ayatnya serba indah sehinggakan kita terliur. Orang kata, daging Wagyu yang sedap sebenarnya sangat lembut hingga terasa bagaikan boleh cair dalam mulut. Tak bohong bila kami katakan, memang Wagyu di sini menepati semua cerita-cerita yang kami dengar sebelum ni. 

Sempat juga berbual dengan Pengurus Besar Hotel The Pearl Kuala Lumpur, En. Gan. Katanya, di hotel ini semua daging Wagyu tersebut diimport dari Australia. Maklumlah, kalau nak yang betul-betul original dari Jepun, agaknya harganya pun beribu-ribu lemon juga. Kalau korang nak tahu, Persatuan Wagyu Australia merupakan persatuan ternakan lembu yang menghasilkan daging Wagyu terbesar di luar Jepun. Punyalah mewah lembu-lembu tu, kalau di sebelah Barat Australia, di wilayah Margaret River, siap campurkan wain merah dalam makanan lembu tu ya? Nasib lembu tu tak ting-tong tersondol member sebelah kan? Tak percaya ke? Baca DI SINI!

Apabila Si Muka Tempe tak sudi berkongsi Wagyunya!

Ms. Paris perhati saja si Oliver tu. Amboi, khusyuk kau! “Babe, taknak share sikit ke Wagyu tu?” Sebenarnya dia ni sejenis suka berkongsi. Tambah-tambah apabila kami memesan menu yang berlainan. Bolehlah jamah-jamah kan? 

Dengan muka tempenya, dia bertanya, “Nak sikit ke?”

“Eh, kalau tak nak, takkan bertanya” selamba saja Ms. Paris menjawab. 

Dia ketawa besar dan menjawab, “Kali ni tak bolehlah, sebab sedap sangat!” Eh, biadap kau ya? Kalau korang nak tahu, si Oliver ni sejenis cerewet kalau bab-bab makan ni. Ada saja benda yang tak kena dengan tekaknya. So, kalau dia cakap sedap tu, memang maksudnya sedap betul. Kalau biasa-biasa saja, dia akan jawab, “Boleh telanlah!” 

Cuma si Oliver ada bertanya, “Eh, kenapa ada rambutan?”

Terus-terang Ms. Paris cakap, selepas makan Wagyu sedap tu, langsung tak pandang hidangan seterusnya. Apa ya yang kami makan? Kek ke kuih? Entah, dah hilang ingatan! Sebab memori yang terpahat dalam kepala tu memang Wagyu tu saja. 

Sepanjang perjalanan balik ke rumah pun kami tak putus-putus bercerita tentang Wagyu di Hotel The Pearl Kuala Lumpur tu. Sampai terbuai-buai dalam mimpi! 

Apa-apa pun, tahniah kepada pihak Hotel The Pearl Kuala Lumpur atas penganjuran makan malam eksklusif yang menarik ini! Dan tak ketinggalan Ms. Paris nak mengucapkan terima kasih kepada Cik Nora kerana menjemput kami! Eh, sama-sama orang Johor rupa-rupanya! Patutlah ngam!

Baca ulasan dalam Bahasa Inggeris DI SINI!

XOXO

Paris Ashiqin

Sampai termimpi Wagyu sedap di Hotel The Pearl Kuala Lumpur!
Belanja satu pose tak apa kan?

Loading

One Reply to “Nak menangis kegembiraan makan Wagyu di The Pearl Kuala Lumpur!”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *