Hi, peeps!
Ada yang dah rasa nak pitam ke menghadap sayur-sayuran minggu lepas?
Eh, Ms. Paris faham betul tu! Bukan mudah nak mengubah gaya hidup dalam masa yang singkat. Tambah-tambah pula apabila jeling ke kiri dan kanan, ehhh, orang menayang makan nasi lemak untuk sarapan, waktu lunch pula makan nasi campur dan dinner.. Itu diaaaa… sate ayam, lembu dan kambing! Kalau ada sate arnab dan burung unta pun disebat juga!
(Kredit gambar utama: Canva PRO)
Tak apa, kita cuba sebulan dulu ya?
Lain orang, lain kesannya. Sejak Ms. Paris makan serupa kambing ni, Ms. Paris dah berjaya menurunkan 300g lemak dan meningkatkan 500g otot. Kena ingat ya, otot memang lagi berat daripada lemak. Sebab tu walaupun kadang-kala nampak badan orang tu macam lean dan sihat, beratnya sama dengan orang yang berbadan besar.

Lagipun sejak akhir-akhir ni macam susah pula nak fokus di gim. Apa taknya, ada sesetengah ahli gim yang berbau busuk betul. Padahal baru lepas berlari 5 minit! Entah apalah yang mereka makan sampai berbau macam tu sekali! Terpaksalah Ms. Paris masuk ke ruang senaman yang dikhaskan untuk ahli wanita saja.
Di situ, selalunya Ms. Paris akan melakukan squats dan sit ups. Selalunya antara 40 hingga 50 ulangan. Kalau masih ada masa terluang, sama ada Ms. Paris sambung berlari atau buat latihan angkat berat.
Sudah masuk minggu kedua Ms. Paris mengurangkan pengambilan makanan berkarbohidrat. Mari kita lihat ‘rumput’ apa pula yang menjadi pilihan Ms. Paris kali ini.
Sarapan
Ms. Paris masih lagi mengamalkan sarapan bijirin oat. Kalau sepanjang minggu lepas, Ms. Paris makan sandwich telur. Kali ni, Ms. Paris sapu sedikit krim keju. Tiba-tiba teringin nak makan sesuatu berkeju pula.

(Terima kasih, Canva PRO!)
Makan Tengah Hari
Kali ni, Ms. Paris buat salad menggunakan rocket salad dan bayam muda (baby spinach). Rocket salad ni juga dikenali sebagai daun arugula. Bila Ms. Paris Google, eh, terjumpa pula satu lagi termanya, ‘garjil’. Macam mana boleh dipanggil ‘garjil’ ya? Menariknya, daun arugula ni adalah sebab rasanya yang seakan-akan tajam menggigit sikit yang betul-betul sesuai dipadankan dengan baby spinach yang rasanya lembut dan smooth, macam manis sayur tu.

(Terima kasih, Canva PRO!)
Seperti biasa, Ms. Paris tambahkan tomato ceri dan dada ayam untuk menambah rasa dan khasiat. Cumanya minggu ini, kita cuba tambahkan ooomph lagi rasa salad tu dengan satu setengah sudu makan sos pesto. Sos pesto ni memang sedap. Ingat, jangan letak lebih-lebih, sebab kandungannya termasuklah minyak zaitun dan keju Parmesan. Nanti tak jadi pula diet ya?
Makan Malam
Sama seperti minggu lepas, Ms. Paris cuma makan dadih bercampur buah dan minum susu suam. Cumanya kadang-kala selepas balik gim dan terasa kebulur, Ms. Paris makan sekeping keju. Memang sedap!

(Terima kasih, Canva PRO!)
Okay, kita tengok dulu macam mana progress minggu ni ya?
XOXO,
Paris Ashiqin

(Terima kasih, Canva PRO!)