Apabila Geng Sarawak datang KL naik belon!

Kelakar ya? Tak adalah, biasa saja title di atas tu. Sebab memang orang Sarawak panggil kapal terbang tu ‘belon’. Bukan belon happy birthday ya!

Saja nak berkongsi, dulu waktu Ms. Paris bekerja sebagai wartawan, memang setiap tahun akan dihantar berkursus. Selalunya, Ms. Paris pilih kursus yang in-house saja sebab boleh balik rumah dan sambung bekerja. Maklumlah, bidang kewartawanan ni memang penuh dengan adventures

Gambar pertama kami! Jumpa saja terus ngam!

Kira-kira 8 tahun lepas, Ms. Paris ikuti kursus asas penerbitan yang dianjurkan di KL dan berkenalan dengan seorang gadis sebaya bernama Zuriana Kedri. Panggilan manjanya Momoi. Orang Sarawak, manis dan comel. Kami memang selalu duduk bersama dan entah macam mana, boleh jadi satu group untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. 

Kalau korang nak tahu, Ms. Paris ni memang ada sejenis ikatan yang kuat dengan Sarawak. Sebab tu ada yang kadang-kala ingatkan Ms. Paris orang Iban, haha! Kawan baik pun ramai dari Sarawak, boyfriend pun ahemmm, ramai juga orang Sarawak. Habis semua Iban, Bidayuh, Cina Sarawak kusapu! So, kalau korang orang Sarawak, lari jauh-jauh ya?

Kurus yang kami ikuti tu berlangsung selama 3 bulan. So, memang adatlah kalau dalam tempoh masa yang panjang tu boleh jadi dua perkara saja, either berkawan baik sampai mati atau pun bermusuhan (pun sampai mati). Sebab tempoh lama tu sebenarnya banyak mengajar kita tentang sifat manusia (atau binatang!). 

Bila datang angin gila si Momoi….
Antara tugasan kami, chroma-key! Terima kasih, Abang Sugiman dan Abang Siddiq! Tu baju dan tuala kami tahu!
Seronok bekerja dengan Momoi ni. Walaupun kami BUKAN produser!
Waktu Ms. Paris bekerja dalam studio!

Anyway, alhamdulillah, Ms. Paris dan Momoi ada chemistry yang memudahkan kami bekerjasama. Siap jadi roommates duduk di asrama yang disediakan. Waktu siang, kami memang pulun bekerja. Waktu malam, kami pulun berhibur pula! Macam-macam benda kami buat dalam bilik asrama tu, photoshoot, berlakon, buat video kelakar… waktu tu tak ada lagi camera phone cantik-cantik! Gunalah saja digital camera Ms. Paris yang lama tu! 

Sampai masa nak berpisah dan hantar Si Momoi ke airport, memang masing-masing berendam air mata! Apa taknya, berbulan duduk bersama bagaikan belangkas, tiba-tiba dah kena berpisah pula. Ms. Paris ada belikan Momoi handbag berwarna merah (favourite colour Momoi selain ungu!) sebagai hadiah perpisahan, dia pula hadiahkan Ms. Paris baju. Sexxxy, I loike! Masih ada lagi dalam almari tu. 

Kami masih berhubung menerusi teks. Kadang-kala ada telefon juga. Sehinggalah baru-baru ni, Momoi hantar mesej dan beritahu dah ada di asrama untuk berkursus! Eh, apa lagi, seronoklah Ms. Paris dapat berjumpa. Last time dia ada di KL, bersama keluarga dan mak mertua. Takkan nak kacau pula kan?

Gambar pertama selepas 8 tahun berpisah! Eh, nak juga bawa Wajik Premium Hanie Rusli!

So, suatu hari tu, Ms. Paris pun datang nak surprise Momoi di asrama. Menjerit jugalah kami. Sampai kena jeling oleh peserta lain. Cheh, adalah pula kami kisah? Anyway, dalam kepala otak Ms. Paris ni, dah plan macam-macam untuk Momoi dan kawannya, Wan Nanie.

Di sebelah kiri tu namanya Wan Nanie! Bertambah lagi Geng Sarawak Ms. Paris!

Mula-mula kami ke Mid Valley untuk membeli bekalan makanan. Maklumlah, di asrama tu memang tak ada tempat makan yang beroperasi sampai malam. Keesokan harinya, Ms. Paris bawa mereka berjalan ke Plaza Lowyat pula untuk membeli gajet untuk keperluan kursus mereka. Dari Lowyat tu, kami berjalan sampai ke Pavilion pula. 

Sempat singgah di Al-Amar Express sampai kena prank lagi dengan Pak Arab jual aiskrim tu! Jahanam betul! 

Buat lawak ya Pak Arab tu!

Tapi pengalaman yang betul-betul menarik tu adalah pada hari esoknya. Tunggu ya?

Baca artikel ini dalam Bahasa Inggeris DI SINI!

XOXO,

Paris Ashiqin

Loading

4 Replies to “Apabila Geng Sarawak datang KL naik belon!”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *