Hai, hai, hai!
Ingat tak baru-baru ni, Ms. Paris menjanjikan pengalaman yang tak boleh dilupakan di KL untuk Geng Sarawak yang datang berkursus tu?
Sebenarnya, Ms. Paris dah register untuk bawa Momoi dan Wan Nanie datang ke butik PAKU STORE untuk menghadiri bengkel membuat beg clutch sendiri. Kasihan mereka! Hari bekerja pun kena attend kursus, weekend pun dipaksa berkursus lagi!
Kalau nak tahu, Ms. Paris mula berkenalan dengan pengasas PAKU STORE, si manis Miya Hamid ni waktu dia sponsor satu handbag comel untuk KL Fashion Week 2019. Time tu pereka fesyen YBhg. Datin Amelia Hassan menjemput Ms. Paris untuk datang menyaksikan fashion show beliau sekali lagi dan Datin meminta kami untuk berpakaian all-white. Memang kena betul beg Nolee ni dengan tema kami. Ada juga influencer Malaysia yang menegur Ms. Paris dan memuji, “Cute bag!” Jangan marah, sis!


Kawan Ms. Paris, si Ruby tu yang bekerja dengan Datin Amelia waktu tu. Si Ruby ni jugalah yang mengheret Ms. Paris ke dunia KL Fashion Week. Terasa macam superstar pula kadang-kala. So, tahun lepas waktu si Ruby beritahu, ada surprise, tak sangka pula surprise tu berbentuk beg Nolee! Dah siap-siap ada di kerusi barisan hadapan Fashion Week. Amboi, cantik betul!


Kan pepatah Melayu ada berbunyi, orang berbudi kita berbahasa. So, memang Ms. Paris sangat berterima kasih kepada Miya sebab sudi hadiahkan beg Nolee tu. Apa lagi, gunakanlah kuasa sebagai PR Girl untuk dapatkan satu slot interview untuk Miya dengan akhbar Harian Metro, BACA.

Ahaaa, nak tahu bagaimana pengalaman kami membuat clutch sendiri di PAKU STORE? Teruskan membaca ya?
Teknik yang Miya ajarkan dipanggil ‘cut and fold’, potong dan lipat, kata orang Melayu. Maksudnya, tak perlulah kita nak menjahit-jahit nak buat beg tangan sendiri. Miya memberitahu kami, dia memulakan perniagaan PAKU STORE dengan ibunya. Rupa-rupanya, PAKU tu bermaksud ‘personalised accessories ku’. Oooooooooooh (panjang O-nya!), kusangkakan PAKU tu sebab dia gunakan butang dan rivet untuk memaku beg tu! Mungkin juga paku pontianak ya?
Miya menyediakan bahan dan peralatan yang diperlukan untuk membuat clutch sendiri. Mula-mula kita gunakan kertas yang dah siap dipotong tu untuk menebuk lubang di sekelilingnya. Mana nak ditebuk pun Miya dah siap tandakan. Tinggal ketuk saja dengan besi penebuk lubang dan tukul. Lepas tu bolehlah kita tekapkan pada PU leather (kulit tiruan) yang disediakan dan buat penanda untuk mula memotong. Jangan risau, ikut saja bentuk yang dah disediakan.



Haaaa, part ni yang kami paling suka! Mengetuk! Kami mengetuk besi penebuk tu untuk membuat lubang di atas kulit tiruan tersebut. Oleh sebab, material kulit tiruan ni agak tebal berbanding kertas tekap tu, memang kena berkudrat sedikitlah waktu mengetuk. Sebaik-baiknya buat lubang dengan sekali hayun, supaya hasil lubangnya kemas dan tidak terkirai di sekelilingnya. Fikir macam The Hulk dalam cerita Avengers tu! Tak pun, bayangkan muka manusia yang korang tak suka dan bagi ketuk satu kali. Jangan fikirkan musuh ketat yang amat dibenci pula tahu! Takut nanti tembus meja si Miya tu!

(Kredit GIF: Tenor)


Selepas selesai membuat lubang tersebut, Miya menunjukkan jenis-jenis butang dan rivet yang digunakan untuk mengemaskan clutch tersebut. Siap si Miya memberitahu, “Kakak tengok ni. Dia ada yang jantan dan betina tahu. Kakak faham kan?” Eh, eh! Miya buat lawak lucah dengan Ms. Paris ke tu? Rupa-rupanya, memang itu perkataan yang digunakan dalam kelas fesyen pun. Alahai, kotor rupanya pemikiran ya? Maafkan Ms. Paris!


Miya memberitahu, kita perlu mengurut-urut sedikit kulit tiruan tu supaya menjadi lembut dan mudah dilipat sebelum kita mengemaskan butang dan rivet yang digunakan supaya clutch tak terbuka. Tak best lah nanti kan? Sedang kita asyik berjalan-jalan, posing maut untuk gambar Instaworthy, tiba-tiba, eh, mak kau, berterabur harta karun kita!



Selepas semua butang dan rivet siap dikemaskan menggunakan press machine (sejenis alat khas untuk menekan butang supaya ketat dan kemas), kita pasangkan pula label PAKU STORE di bahagian pembukanya. Seterusnya, kita pasang pula tali yang dah siap bertulis nama masing-masing menggunakan gegelang besi yang disediakan. Tricky sedikit nak membuka gegelang tu, sebab memerlukan pemutar skru dan tukul. Hati-hati ya, ladies?

Dalam tempoh lebih kurang sejam saja yang kami gunakan untuk menyiapkan personalised clutch PAKU STORE ni! Happy tak?
Dah selesai semua kerja-kerja bertukang, marilah kita bergambar dengan pengasas PAKU STORE yang cantik manis, Si Miya Hamid ni! Hot mummy tahu!

Terima kasih banyak-banyak kepada Miya kerana menjemput kami datang ke butik PAKU STORE di Kota Damansara. Memang seronok betul main ketuk-ketuk sampai siap satu clutch! Cukuplah kira workout hari Ahad ya?

Kalau korang rasa nak pengalaman Girls’ Day Out yang menarik, bolehlah mendaftar untuk menghadiri Bengkel DIY PAKU. Asyik mengunyah, mewayang, mengumpat, ehhh… bosan juga kan?
Baca artikel ini dalam Bahasa Inggeris DI SINI!
Jangan lupa untuk ikut perkembangan PAKU STORE di Media Sosial!
Instagram: @pakustore.my

Facebook: Paku By Miya Hamid

XOXO
Paris Ashiqin

