Memperkenalkan Ika’s Tea Party!

Cantiknya Aksesori Dari Bahan Tanah Liat Polimer!

Hai, hai, hai!

Sejak akhir-akhir ni, makin ramai kawan Ms. Paris yang dah mula mengeluarkan produk berjenama sendiri. Alhamdulillah! Rezeki masing-masing kan? Seronok tengok orang rajin! Ms. Paris ni entah bila pula! Padahal dah pernah ada seorang pharmacist tu mengajak Ms. Paris berusahasama dengannya. Produk dah ada, tapi mak ai, kosnya boleh tahan nak jual buah pinggang juga. 

(Kredit Gambar Utama: Ika’s Tea Party)

Kalau si Nai Suzanna dengan HIAS – Losyen Pemutih dengan SPF 50-nya dan si Blogger Kolin Zainal dengan Cek’Kolin Lip Scrub berperisa strawberinya. Kali ni giliran seorang lagi kawan Ms. Paris. Nak tahu apa yang dia buat?

Baru-baru ni, Ms. Paris dah mula ternampak kawan satu universiti, Ika Koeck (keturunan Belanda gitu, tapi bukan ayam tahu!) post gambar aksesori yang dibuat sendiri. Ada macam-macam bentuk dan saiz. Meriah juga gabungan warna yang dipilih. 

Tengok dalam gambar pun dah geram!
(Terima kasih, Ika’s Tea Party!)

Ms. Paris ni memang suka aksesori dan barang kemas perhiasan. Maklumlah, kalau semua nak beli yang emas dan perak, memang dah kena jual dua-dua buah pinggang pula. Arwahlah Ms. Paris! Biarlah handbag tu dah terkopek sikit ke, atau butang dan zipnya tercabut sedikit, eh, selagi boleh guna untuk sorok mayat (ni istilah Ms. Paris untuk beg berat!), lenjanlah sampai kiamat. Tapi kalau aksesori, alamak! Memang pantang lalu depan Lovisa atau Minimalist Lab, kalau tak beli pun, confirm singgah untuk cari ilham tu. Kalau stall kecil di bazar pun sama, tambah-tambah yang jual anting-anting tu! Demam kalau tak jeling!

Begitu jugalah perasaan Ms. Paris setiap kali ternampak post Ika di Instagram dengan koleksi buatan tangannya itu. Eh, meronta-ronta jiwa nak membeli juga! Rupa-rupanya, sekarang memang dah boleh beli sejak Ika melancarkan jenamanya sendiri, Ika’s Tea Party. Sesuai betul dengan nama comel ni!

Tengok FB cover pun dah tertawan! Belum tengok koleksinya depan mata lagi.
(Terima kasih, Ika’s Tea Party!)

Diilhamkan dari corak batik dan elemen alam semulajadi, Ika’s Tea Party membariskan koleksi aksesori buatan tangan yang dihasilkan daripada tanah liat polimer atau tanah liat tiruan. Katanya, tanah liat polimer ni boleh dicari pada harga yang berpatutan dan mudah dibentuk serta dicuci. 

“Sebenarnya, semua ni berlaku secara kebetulan!” kata Ika sewaktu kami berborak dalam telefon, sesambil Ms. Paris mengambing (makan macam kambing) waktu makan tengah hari baru-baru ni. “I selalunya menghabiskan masa berjam-jam menghadap komputer. Memang penatlah mata kan? Sebab tu terfikir nak cari hobi baru yang boleh tenangkan kepala ni. Sebenarnya, I nak belajar pertukangan kayu tahu?”

Apoooo, wanita ini? Biar betik! Apa si Ika tu nak buat? Takkan nak bertukang buat sofa pula? → itulah yang bermain di fikiran Ms. Paris sewaktu mendengar Ika bercerita. 

Sorry! Banyak dah habis tau! So, kena order cepat-cepat!
(Terima kasih, Ika’s Tea Party!)

“Sayang sebab kelas tu dah penuh. So, waktu tulah I terfikir nak belajar buat barang kemas pula. Rupa-rupanya tak ada pula kelas untuk membuat barang kemas. Tak apalah, nasib baik boleh belajar dari Youtube,” tambah Ika. 

“Eh, share lah, macam mana rupa item yang you mula-mula buat dulu? Jadi ke tak jadi? You suka ke tidak?” tiba-tiba hantu wartawan yang Ms. Paris sangkakan dah hilang muncul kembali. Bertalu-talu soalan keluar! 

Haaa, inilah rupanya tanah liat tu sebelum dibakar!
(Terima kasih, Ika’s Tea Party!)

Terdengar Ika tertawa, “Yang ni memang kelakar, babe! Mula-mula I buat anting-anting, tapi tak jadi sangatlah. Mula-mula I belajar buat aksesori ni, tak sangka pula kena jaga betul-betul supaya tak ada tertinggal kesan jari di permukaan tanah liat tu. Ada juga bila dah siap dibakar, baru tersedar dah jadi macam bulku. Belum kira yang terkemek sedikit atau ada macam gelembung udara tu!”

Ada juga kami melawak, entah berapa lama pula masa yang Ika ambil untuk membuang bulu kucing dari terlekat di permukaan tanah liat tu. Maklumlah, Ika ni ibarat Ummi Hurairah, anak bulus-nya bermacam-macam gelagat!

Set ini dipanggil Tropical Blue. Cantik kan?
(Terima kasih, Ika’s Tea Party!)

Selepas beberapa kali percubaan, baharulah Ika belajar cara terbaik untuk membentuk dan mencantikkan lagi hasil kraf ini. Menurutnya, dia mengambil masa kira-kira 15 hingga 20 minit untuk menguli dan mengurut tanah liat tersebut untuk memastikan teksturnya lembut sebelum mula mereka coraknya menggunakan peralatan seperti acuan besi dan jarum. Malah, Ika dah mula jatuh hati dengan kraf membuat aksesori menggunakan tanah liat polimer ini, sampai dia sanggup berhabis untuk memesan acuan baru dari Rusia. Oh, ya! Ms. Paris kan feeling gadis Rusia! Tu kampung Ms. Parislah tu!

Ika ni memang macam Wonder Woman! Selain bekerja full-time, dia menulis, workout di gym dan sekarang dah buat aksesori sendiri pula!
(Terima kasih, Ika’s Tea Party!)

Selalunya satu set lengkap anting-anting dan rantai mengambil masa kira-kira 4 hingga 5 jam untuk siap. Selepas tu, dibakar pula selama sejam. Bayangkan, daripada hobi suka-suka untuk mengisi masa lapang kini bertukar menjadi peluang perniagaan apabila kawan-kawan Ika (termasuklah Ms. Paris sendiri) mula bertanya tentang koleksi aksesorinya. Tambah Ika, dia tak sangka mendapat reaksi yang sangat memberangsangkan, sebab tu dia melancarkan Ika’s Tea Party

Ika memanggil koleksi ini Hibiscus, atau Bunga Raya. Tapi ada orang nampak macam pizza!
(Terima kasih, Ika’s Tea Party!)

“Tapi yang ini pengalaman paling kelakar! Sebenarnya I ada design satu set ni, I rasa salah colour combination kot, base-nya kuning air dan pattern merah. Ada orang kata serupa pizza!” kata Ika. 

“Ya, Rabbi! So, macam pizza pepperoni ke?” laju saja Ms. Paris bertanya, sebab tiba-tiba teringat dulu waktu zaman belajar, Ms. Paris pernah membeli sepasang anting-anting yang berbentuk burger. Zaman tu trend, sis!

Jangan kata pizza dan burger, aksesori bentuk donut, dorayaki dan kek pun ada!
(Terima kasih, Gift A Flat!)

I tak suka tau! Tak cantik! Tapi tak sangka pula ada yang nak beli!” katanya sambil tertawa lagi. Ika memang begitu orangnya. Selalu ceria dan positif!

Dalam tempoh seketika kami berborak tu, sempat juga kami bincangkan idea baru untuk  Ika’s Tea Party. Contohnya, mana tahu, satu hari nanti Ika nak mencuba menghasilkan anting-anting menggunakan setting perak pula. Ms. Paris ni sejenis manusia high-maintenance sedikit, tak boleh guna material sebarangan lama-lama. Kalau anting-anting tu menggunakan aloi (alloy), memang mudah gatal-gatal kalau dipakai seharian. Ms. Paris pun ada juga membisikkan hasutan (yang baiklah!) supaya Ika mereka anting-anting yang jenis asimetrik tu. Maklumlah, telinga sebelah kiri ada 5 tindik, sebelah kanan satu saja. Kenalah gunakan anting-anting yang lebih vast di sebelah kanan, bagi balance kata orang. Ada juga Ms. Paris bertanya kalau Ika sudi menghasilkan rantai kunci (keychain) untuk dihadiahkan kepada kawan-kawan media. Beginilah cara kami PR Girls bekerja dan menjaga hubungan media!

Ni pula subang tindik bagi mereka yang sukakan aksesori yang comel-comel!
(Terima kasih, Ika’s Tea Party!)

Oh, ya, kalau ada yang tertanya-tanya, Ika ni pun sama PR Girl macam Ms. Paris, cumanya dia bekerja untuk sebuah organisasi yang besar. Kalau ada masa lapang, Ika menulis juga! Tak mainlah cerita cintan cintun, Ika menulis genre fantasi cereka sains tahu? Ms. Paris mengaku, kalau baca mungkin pengsan sepekan lamanya, tapi demi kawan-kawan, kita sokong okay? Korang boleh cari sebahagian daripada hasil penulisan Ika DI SINI

Jangan lupa ikuti Ika’s Tea Party di Media Sosial untuk membeli dan perkembangan terbaru!

Aksesorinya berharga antara RM15.00 hingga RM60.00 SAHAJA! Ingat ya, semua aksesori ini adalah hasil tangan yang diilhamkan dari HATI!

Cubalah bertanya si Ika, kalau Kod Promo: KAWANPARIS laku digunakan! Haha!

Facebook

Instagram

XOXO,

Paris Ashiqin

Inilah si Ika yang cantik manis menjadi model untuk produk sendiri!
(Terima kasih, Ika’s Tea Party!)

Loading

2 Replies to “Memperkenalkan Ika’s Tea Party!”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *