Jom kurangkan makanan berkarbohidrat – Minggu 4
Hai, hai, hai!
Akhirnya, tiba juga kita ke Minggu ke-4, iaitu minggu terakhir dalam siri mengurangkan makanan berkarbohidrat ni. Nak kata berat turun banyak tu, taklah sangat sebab apabila otot bertambah (maklumlah, rajin sangat ke gim!), memang berat badan bertambah. Kena ingat ya, otot lagi berat daripada lemak.
(Kredit gambar utama: Canva PRO)

(Terima kasih, Pinterest!)
Lagipun bukan senang bila tengok orang kiri kanan asyik makan nasi lemak, roti canai dan charkuetiow saja! Terasa bagaikan makanan tu yang memanggil Ms. Paris untuk order sepinggan.
Sejak Ms. Paris kongsikan pengalaman makan sayur-sayuran ni, tak sangka pula ada yang mencuba juga. Alhamdulillah, merasalah feeling influencer ya? Bukan influence suruh buat benda tak elok pun! Nak sihat bersama. Tapi rata-rata memberitahu, salad yang jadi pilihan Ms. Paris mahal sedikit harganya di pasaran. Yang itu, memang ada benarnya. Tambah-tambah pula bila kadang-kala ke supermarket, tinggal yang jenis organik. Mak aiii, boleh jadi dua kali ganda harga yang biasa!
Lepas tu, ada yang mengadu, tak boleh nak menelan sos pesto. Maklumlah, sos pesto tu asasnya daun selasih. Orang kita ni kalau boleh, semua nak sos karbonara saja. Maklumlah, cream and cheese kan? Memanglah bertambah-tambah selera makannya. Bila disarankan untuk tambah sedikit jus lemon, pun ada yang mengadu, tak tahan masam. Alahai, banyak pula pantangnya!

(Terima kasih, Canva PRO!)
So, Ms. Paris rasa, sebaiknya, kita cuba tukarkan menu diet kita ni pada sesuatu yang lebih sesuai dengan citarasa tempatan.
Cumanya kena ingat, tak semua sayur-sayuran tempatan ni boleh dimakan begitu saja. Sekurang-kurangnya perlu dicelur untuk mengelakkan rasa pahit, betul tak? Tak apa, kita cuba senaraikan mana-mana ulam yang Ms. Paris suka. Mana tahu, korang pun suka juga.
Kangkung
Kalau pergi ke kedai tomyam dan tak order ni, memang pelik! Apa tidaknya, aroma kangkung goreng belacan kalau dah menusuk ke hidung, memang dah tak boleh ditahan-tahan rasa laparnya. Kalau nak masak resepi ni pun, kena kurangkan belacan dan ikan bilis ya, takut nanti naik pula paras kolesterol dalam badan.

(Terima kasih, Canva PRO!)
Bayam
Ini memang favourite Ms. Paris dari zaman kanak-kanak Ribena lagi. Kalau bayam ni, memang yang paling sihat masak air dan bening saja. Kurangkan goreng-goreng ya? Dan kalau boleh, kurangkan juga penggunaan garam. Garam ni boleh membuatkan badan kita menyimpan air yang berlebihan. So tu yang ada istilah gemuk air.
Daun Kaduk
Aduhai, ini memang favourite Ms. Paris kalau pergi ke restoran Thailand yang high-end sedikit! Boleh habis sedulang tu! Yang lawaknya dulu Ms. Paris takut nak makan miang kham tu sebab ingatkan daun sirih. Dulu waktu Ms. Paris pergi ke wedding seorang kawan tu, dipaksa makan daun sirih dari tepak sirih hantaran tu. Di situ juga dipaksa selawat sambil menghadap kiblat dan telan sirih tu bulat-bulat. Nasib tak disapu kapur, bubuh gambir semua macam arwah nenek Jawa Ms. Paris dulu.! Katanya nak bagi cepat jodoh!
Sayang baru-baru ni, Ms. Paris nak beli daun kaduk di supermarket, alahai! Tak fresh! Banyak yang layu.

(Terima kasih, Canva PRO!)

Terung Pipit
Barulah Ms. Paris tahu, terung pipit ni dalam Bahasa Inggeris dipanggil ‘Turkey berries’! Ingat ada bawang Belanda saja, eh, terung pun dari Turki, haha! Selalunya kalau Ms. Paris ke Restoran Gulai Kawah Anis di Pantai Dalam tu, memang penuh sepinggan dengan terung pipit. Makan cicah dengan budu, Allahuakhbar, nikmatnya! Eh, kantoi rupa-rupanya Ms. Paris suka makanan Klate ya?
Kacang Bendi
Kacang bendi ni kalau dihiris nipis-nipis dan goreng dengan cili, bawang dan ikan bilis, memang nikmat betul. Cumanya kena goreng cepat-cepat sebelum lendirnya keluar. Tapi kalau dicelur saja pun dah sedap. Sama macam terung pipit, memang Ms. Paris ni sejenis laju mengulam (bukan menyulam) kalau ada budu semangkuk! Satu saja risikonya, jangan sampai tercapai nasi sepinggan sudahlah! Ingat, kita kena kurangkan makanan berkarbohidrat!

(Terima kasih, Canva PRO!)
Jantung Pisang
Pisang memang murah, cumanya jantung pisang tu mahal sikitlah. Apa taknya, sebatang pokok berbuahkan jantung pisang sekali saja. Tapi kalau ke pasar tani, bolehlah dapat sebiji jantung pisang tu antara RM2 hingga RM4 bergantung pada saiznya. Lagipun sesikat pisang boleh tahan seminggu. Jantungnya pula tak boleh disimpan lama, takut lebam terus tak cantik dimasak dan tak berapa sedap dimakan.
Daun Pegaga
Sebenarnya, Ms. Paris tak pandai sangat makan pegaga ni, sampailah ke hari ni. Tapi kalau ada daun pegaga ni di rumah, eh, sekejap saja dah lesap. Tandanya bersungguh betul orang rumah makan. Mesti ada sambal belacan! Mahu tak laju makan dengan ulam betul tak?

(Terima kasih, Canva PRO!)
Sebenarnya, banyak lagi pilihan sayur-sayuran tempatan yang boleh dibeli dengan harga murah di pasar untuk kita beli kalau hendak menghijaukan isi pinggan kita. Cuma kena rajin bertukar-tukar bahan masakan setiap beberapa hari. Barulah boleh meneruskan motivasi untuk makan dengan sihat.

(Terima kasih, Pondok Pondok!)
Sebenarnya Ms. Paris ada juga cuba mengubah selera dengan mencampurkan sambal ke dalam salad. Siapa kata tak boleh buat? Boleh! Buktinya, sambal siap untuk dimakan keluaran Pondok Pondok. Paling sedap adalah Sambal Udang Kedondong! Bayangkan, sayur paling mat salleh yang korang tak pernah dengar pun boleh layan dengan sambal ni! Kena beringat sedikit, sebab sambal ni tak ada kandungan bahan pengawet, all natural konsepnya, jadi memang kena letak minyak lebih sikit untuk memastikan sambal tu tak cepat berkulat. Tapi, kena habiskan dalam masa seminggu ya dan jangan lupa untuk simpan di dalam peti sejuk selepas dibuka.
Ms. Paris pun ada menggunakan sambal segera ni untuk ditumiskan dengan kiub dada ayam sebelum dicampurkan ke dalam salad. Kalau malas sangat, colekkan saja! Pun sedap!


So, selepas 4 minggu, Ms. Paris rasa akan teruskan diet kurang karbohidrat ni. Cumanya taklah seketat jadual pemakanan sekarang. Apa taknya, rasa macam dah lama tak makan benda-benda pelik. Kadang-kala terbayang juga itik panggang dan roti naan cheese. Eh, terlaparlah pula!
Jangan marah! Apakan daya, Ms. Paris juga hanyalah manusia biasa!
XOXO,
Paris Ashiqin
