Body shaming di Malaysia!

Pengalaman Ms. Paris berperang dengan body shamers

Hai, hai, hai! 

Kali ni, kita cerita pasal benda yang agak serius pula. Body shaming di Malaysia!

Kalau korang dah biasa tengok posts di Media Sosial Ms. Paris, korang mesti tahu pasal masalah berat badan yang macam yoyo ni, sekejap naik, sekejap turun. Tambah-tambah lepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tempoh hari. Duduk rumah saja memang membadaklah jadinya. 

(Kredit Gambar Utama: Canva PRO)

Sebenarnya Ms. Paris ni sejenis umat yang tak reti nak exercise di rumah. Pergi taman nak jogging pun takut. Maklumlah, di kawasan perumahan Ms. Paris ni bahaya sedikit sebab banyak kes ragut. Selepas gim dah dibenarkan beroperasi, memang Ms. Paris ni antara manusia yang akan cuba booking slot untuk work out. Tak pasti gim lain, tapi di Celebrity Fitness memang ahli perlu booking dulu sebelum datang. Kalau dah ke gim tu, memanglah suka posing dulu before berlari. Konon nak track progress

Percaya atau tidak, bila berlari atas treadmill tu memang boleh dapat idea!

Berikutan kes membadak ni, berlaku pula kes membabi!. Haaaa, adalah seorang lelaki yang entah anak siapa, Ms. Paris pun tak kenal komen di salah satu post tulis, berat badan dah naik, pergilah ke gim. 

Bagaikan terkena penampar double backhand ya? Anak syaitan manalah yang tidak diajar adab sopan yang berani komen macam tu kat ruangan peribadi Ms. Paris! 

Mula-mula macam terkejut juga. Tapi tak lama lepas tu, barulah Ms. Paris terperasan, rupa-rupanya dia ni antara beruk-beruk aneh yang suka hantar Direct Messages di Instagram. Eh, eh! Mengata orang gemuk, tapi rupa-rupanya ada hati nak ajak mengeteh bersama! Siap dia tahu yang Ms. Paris rajin work out di CF Mid Valley. Betul stalker ni!

Rupa pun tak seberapa, ada hati nak cakap orang lain gemuk! Gambar ni kawan Ms. Paris jumpa, hahaha! Biasalah, ramai spies sana sini!

Apa-apa pun, memang Ms. Paris terus jadi anti terhadap budak Melayu ni. Bukan nak mengata bangsa sendiri, tapi memang itu hakikatnya. Lelaki Melayu saja yang berani bagi komen tentang ciri-ciri fizikal Ms. Paris – punggung terlalu besarlah, dada leperlah, perut buncitlah, kulit hitamlah, dagu belah bohonglah… Apa saja yang Ms. Paris tak pernah dengar? So, Ms. Paris pun tunjuklah di Instagram betapa fabulous-nya Ms. Paris ni, setakat lelaki macam tu, tak hairanlah!

Tapi sebenarnya inilah masalah rakyat Malaysia zaman sekarang. Ada saja yang tak kena dengan badan orang lain. Acah-acah supportive terhadap plus-sized models macam Ashley Graham dan Iskra Lawrence, tapi bila orang Malaysia berbadan besar, ada saja yang nak diperkatakan. Yang peliknya, Sharifah Sakinah yang kurus tu pun kena juga!

Ms. Paris tak faham kenapa orang tak boleh ambil inspirasi gaya hidup sihat daripada Sharifah Sakinah ni! Kan bagus kalau rajin exercise!
(Terima kasih & sila follow: Sharifah Sakinah!)

Bagi Ms. Paris, kalau tak suka, unfollow saja atau pun jangan sibuk-sibuk. Kenapa perlu jadi orang jahat dalam drama Melayu ni? Mulut jahat turun sampai ke jari yang menaip komen tu! Over betul!

Dalam kes Si Bangang Melayu tu pula, amboi! Dia ingat, bila dia berlagak dan cakap benda-benda yang menyakitkan hati tu, adakah Ms. Paris akan melayan DM dan bersetuju untuk keluar dating dengannya? Alamak, tingginya angan-angan! Nampak sangat dia tak faham caption yang Ms. Paris tulis! Eh, chop! Ke sebab dia tak faham Bahasa Inggeris? Sebab memang kebanyakan caption Ms. Paris dalam Bahasa Inggeris. Alamak, dia tak sekolah rupa-rupanya!

Anyway, lepas berkongsi beberapa posts yang memang ditujukan untuk beruk-beruk body shamers ni, Ms. Paris terperasan, dia dah padamkan DM yang dihantar sebelum ni. Oh, ingat bodoh tak pergi sekolah! Haha! Boleh tahan hebat juga kuasa sindiran Ms. Paris ya? Memang kadang-kala bunyinya lawak, tapi kalau baca betul-betul, MAKAN DALAM! Lagipun, jangan lupa, body shaming ni sebenarnya satu kesalahan di Malaysia. Boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali. 

Cantik tu bukan hanya dari luaran, tapi hati kena cantik juga!
(Terima kasih, Canva PRO!)

Kalau diikutkan, memang rasanya sampai matilah Si Bangang tu perlu bekerja kalau nak settle denda sampai RM50,000 tu. Tapi sejujurnya, orang sebegitu wajarnya dihumban saja ke dalam penjara. Sebab apa, seorang tak kena, orang lain takkan pandang berat isu body shaming ni. Biar dia faham betapa mudahnya nak menghancurkan masa depan sendiri kalau berterusan menyakiti perasaan orang lain dengan komen berbaur body shaming ni. 

Akhirnya, Ms. Paris pun block Si Bangang ni! Ramai juga yang bertanya, kenapa dari awal-awal tak block saja? Eh, memang mudah! Tapi nanti Si Bangang tu tak belajar padahnya berterusan body shaming orang lain khususnya di Media Sosial. Entah-entah ada perempuan yang sampai terasa dan bertindak membalas komen dan DM yang dihantarnya. Dengan Ms. Paris? Haha! Memang tak dapatlah, bro! Takkanlah Ms. Paris ni tak ada taste kan?

Apa nak jadi dengan masyarakat kita sekarang ni? Kalau tak suka, tak payah tengok. Siapa suruh follow orang ke atau berhubung dengan orang yang badannya awak tak suka? Pergi main jauh-jauhlah! Apa nak disibukkan kalau orang tu besar ke, kurus ke, tinggi ke, pendek ke, hitam ke, putih ke? 

Time ni memang body Ms. Paris chubby betul! Tapi masih dapat jadi pengacara TV!

Ada juga kawan-kawan perempuan Ms. Paris yang berkongsi masalah mereka. Ada seorang ni asyik bertanya, gemuk sangatkah dia sebab sampai sekarang lelaki yang dating dengannya sejak sebulan lebih ni macam tak nak declare lagi status mereka. “Bukan badan you, babe! Otak dia tu! Dia yang bodoh kalau tak suka perempuan macam you!” kata Ms. Paris kepadanya baru-baru ni. 

Yang seorang pula sebab terlalu kurus sampai jadi bahan usikan orang. Terbang melayang ditiup angin kata orang. Eh, kalau Ms. Paris ada badan sebegitu, sujud syukur! Tak payah beli baju plus-size mahal-mahal di butik. Motif nak tambah sampai RM100 lebih untuk kain lebih 2-3 inci saja! Apoooo?

Ingat ni, ladies, real women come in all shapes and sizes!

Ada lagi seorang kawan yang bekerja di sebuah stesyen radio. Ada orang bagi komen, kalau dia kurus sedikit mesti nampak cantik bila buat program TV! Apoooo mulut tak ada insurans? Cubalah kalau berani cakap depan Oprag Winfrey macam tu! Kalau tak kena double backhand dengan Oprah, kena bantai dengan bodyguard agaknya!

So, apa masalahnya kalau body Ms. Paris ni chubby sedikit? Okay sajakan kulit gelap sedikit? Kalau Ms. Paris beli bra cup B/C tu pun, minta duit orangkah? Boyfriend Ms. Paris yang hot pun tak pernah bising pasal body Ms. Paris! Jangan terkejut, ada yang ingatkan Ms. Paris ni datang dari Uzbekistan, Mexico atau Peru tahu? Yang ingatkan Ms. Paris ni mixed Chinese pun ada! Pernah juga dapat discount beli barang di airport sebab orang ingatkan cabin crew!

Boleh tahan comel apa, Ms. Paris ni!

Memori menjadi Gadis Uzbek!

XOXO,

Paris Ashiqin

Dah alang-alang mood Uzbek, okay, siapa minat pelakon dari Uzbekistan, Daler Yusuf?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *