Belly dancing in Malaysia

Belly dancing atau tarian gelek bina keyakinan diri

Rasanya bagi mereka yang mengenali Ms. Paris, memang tahu Ms. Paris seorang yang amat lantang bersuara tentang positive body image, atau imej tubuh yang positif. Rasanya kalau ada yang berani sebut Ms. Paris gemuk ke, sama ada kena maki atau kena makan kaki. Haaa, begitulah kiranya. 

Walaupun sebelum rajin bercinta lama-lama di gim dulu pun, Ms. Paris memang sejenis yang tak segan nak melaram dan berpakaian cantik-cantik untuk ke event. Dari atas sampai bawah, memang kalau boleh nak tip-top! Entah macam mana tiba-tiba dapat hidayah pula nak ke gim dan mengurangkan lemak-lemak yang diternak ni! 

Paris is Bootylicious
Keyakinan boleh mengubah penampilan kita.

Hampir setiap hari Ms. Paris akan ke gim. Selalunya untuk berlari dan mengangkat berat (yang tak berapa beratlah tapi!). Walaupun pergi ke gim kerap, tapi Ms. Paris masih ahem, cuba mengekalkan curves yang ada. Barulah namanya bootylicious kan? Memanglah tak sekerimping 4 tahun lepas, tapi Ms. Paris masih rasa happy dengan body sedia ada. 

So, bila ada seorang lelaki random tinggalkan komen yang amat menghina di Instagram Ms. Paris, terus timbul semangat untuk melakukan sesuatu yang boleh terus mendorong Ms. Paris untuk rasa positif. Lagipun tak ada makna rasanya nak berdiet sakan untuk somebody yang Ms. Paris tak kenal kan? Baiklah make an effort di gim untuk ambil gambar yang hot dan Insta-worthy! Tengok sajalah Instagram Ms. Paris! Over!

Paris at belly dancing class
Pose dulu before menari!

Elok saja gim dibuka semula, studio tarian pun dibenarkan beroperasi juga. Akhirnya Ms. Paris terus sign up untuk kelas belly dancing atau tarian gelek. Ms. Paris selalu rasa macam terpesona apabila melihat penari gelek yang menari lemah gemalai dan sekali-sekala mereka buat pergerakan body popping yang betul-betul sharp

Sebelum ni, Ms. Paris pun tak pasti kalau ada kelas tarian gelek di Malaysia sehinggalah diperkenalkan dengan Nanccy Bakhshy, seorang pengajar tarian gelek dari Iran yang menubuhkan Middle East Dance Academy (MEDA). Nanccy dan dua anak perempuannya, Mandana dan Nilu sudah mengajar tarian gelek dan mengadakan persembahan di restoran Timur Tengah di dalam kawasan Lembah Klang. 

Belly dancing
Memang boleh ikut menari bersama bila tengok belly dancers kan?

Sekiranya korang rasa, Ms. Paris terus sign up, alamak! Sorry lah! Biasalah orang Malaysia dengan sifat suka melengah-lengahkan masa, haha! Mula-mula, Ms. Paris rasa macam tak selesa sebab badan tak cukup cantik untuk menari gelek. Padahal dah beritahu kawan-kawan, memang minat. Siap beritahu ex boyfriend lagi. So, bila dia datang melawat dari Eropah tu, kiranya Ms. Paris dah pandai menarilah konon. Malah, pernah juga berangan-angan kalau lepas ni berjumpa someone special, rasa macam nak jahanamkan bachelor party dia dengan surprise entrance. Okay, nama pun berangan kan?

Lepas saja PKP membenarkan kelas tarian dibuka, apa lagi, cepat-cepat Ms. Paris sign up untuk kelas asas di MEDA. Ms. Paris rasa, memang kita semua perlu buat sesuatu yang boleh buat kita happy dan enjoy. Cumanya, lepas daftar kelas tu kenalah betul-betul mengaku kalau diri tu kayu. Samalah macam Ms. Paris. Memang tak tahulah kayu meranti ke kayu jati, tapi kayu betul kalau masuk bab menari ni. 

Belly dancing teacher
Inilah cikgu kami, Mandana!

Kadang-kala bila kita tengok video di Youtube, memang kita rasa macam senang. Rupa-rupanya jauh lebih susah! Bayangkan, entah berapa tahun agaknya penari-penari di Youtube tu berlatih sebelum mampu membuat persembahan di khalayak ramai. Malah, cikgu Ms. Paris sendiri, Mandana memberitahu, walaupun dia sudah belajar menari sejak usianya 13 tahun, dia masih merasakan adiknya mempunyai kemahiran yang lebih tinggi. Tandanya, Ms. Paris kena terus triple kan effort (maklumlah, umur dah masuk ahem, 30-an kan?) kalau nak menari dengan baik. 

Selepas menghadiri beberapa kelas dan berkenalan dengan kawan-kawan penari yang lain, Ms. Paris berasa semakin teruja nak meneruskan kelas. Setiap hari Sabtu, mesti dah bersiap nak belajar menari lagi sebab Ms. Paris rasa seksi dan semakin berkeyakinan dengan penampilan diri sendiri. Sampaikan pernah juga Ms. Paris bertanya kalau Mandana nak jual kostum penari gelek yang bersaiz besar. Pre-loved pun tak apa! Haha, patutnya kena order yang saiz kecil untuk top dan besar sedikit untuk bottom kan? Maklumlah, Ms. Paris ni memang flat-chested, tapi kalau punggung ni boleh tahan mantap. 

Belly dancing for all
Belly dancing atau tarian gelek sebenarnya boleh dipelajari tak mengira bentuk badan kita.

Lagipuan, ramai wanita perlu cuba dulu belly dancing. Bayangkan, kalau tarian balet ke zapin dan inang ke, mesti kena kecilkan badan dulu. Tapi kalau belly dancing ni, badan besar ke, kecil ke, tinggi ke, pendek ke, memang sesiapa pun boleh belajar menari. Kalau korang tengok di Youtube pun, bukan semua penari tu berbadan halus! Dan mereka nampak happy gila bila menari. Tak fikir pasal orang sekeliling saja. 

Nak cuba tak?

Kalau korang berminat nak belajar belly dancing atau tarian gelek, jangan lupa hubungi Mandana Bakhshy menerusi talian +6017 – 272 0719.

Jangan lupa untuk follow MEDA di Media Sosial ya?

Facebook

Belly Dancing in Malaysia
Kalau berminat, boleh tanya tentang kelas percubaan di The Middle East Dance Academy
(Terima kasih, MEDA!)

Instagram

Belly dancing in Malaysia
Jangan terkejut, video Ms. Paris menari pun ada!
(Terima kasih, The Middle East Dance Academy)

Dan ini video dari latihan di kelas belly dancing! Jangan ketawa tahu!

Baca artikel ini dalam Bahasa Inggeris!

Tengok betapa seronoknya kami belajar dalam kelas asas di MEDA!

XOXO

Paris Ashiqin

2 Replies to “Belly dancing atau tarian gelek bina keyakinan diri”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *