Bakal Suami Tak Jadiku Doktor

Haaa, okay tak title di atas tu? Ada bunyi-bunyi macam slot drama Melayu TV tak?

Waktu Ms. Paris tengah sibuk buat kerja di pejabat, sambil chat dengan Oliver. Oliver ni kawan baik Ms. Paris dari zaman jadi reporter lagi. Pernahlah dating sekejap, tapi tak jadi. Anyway, Ms. Paris dengan Oliver ni memang tak ada rahsia langsung, semua benda Ms. Paris share dengannya sebab dia pun jenis chill saja. Cuma kadang-kadang datang angin keras kepala dia tu, memang terkeluarlah segala jenis puaka dalam badan Ms. Paris kan?

Entah macam mana boleh terkeluar pula cerita Tuan Doktor ni. Tuan Doktor ni ibarat buah hati Ms. Paris dulu waktu usia 20-an macam tu. Waktu tu Ms. Paris ditugaskan untuk cover event Batalion Malaysia, alah yang pergi ke Lubnan untuk menjaga sempadan Lubnan-Israel.

Waktu tu memang ada sekumpulan kecil askar dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). So, Ms. Paris pun diminta untuk interview doktor yang mengetuai ABDB tu. Lepas bertanyakan soalan standard tentang hubungan dua hala antara ketenteraan Malaysia dan Brunei, Ms. Paris pun bertanyalah soalan cepumas, “Ada apa-apa pesanan untuk anak dan isteri di Brunei sebelum berlepas ke Lubnan, Tuan?”

Jawapannya pun cepumas juga! “Saya belum berkahwin,” katanya dalam pelat Brunei/Borneo yang comel tu. 

Kerjalah seelok-eloknya, mana tahu, ehhh berjumpa jodoh pula!
(Kredit Gambar :  Gift Habeshaw dari Pexels)

Ya, ampun! Tiba-tiba jantung ni terhenti berdegup seketika. Apabila dah dup dap dup dap semula macam biasa, alamak datang pula angin gatal. Secara automatiknya, terus Ms. Paris jadi acah-acah malu kucing dan lembut sikit. Curi-curi tengok semula nama penuh dan jawatannya yang dah dicatat dalam buku nota. Oh, my! Mejar + Doktor + Haji! Oh, ya! Orang Brunei memang ramai yang pergi haji muda-muda belia. 

Terus terlintas, kalau inilah calonnya mesti Abah terlompat-lompat gembira. Maklumlah, Abah Ms. Paris pun dulu berkhidmat sebagai pegawai tentera, tapi Navy lah. So memang handsome betul dipandang orang setiap kali dia datang ke sekolah Ms. Paris ambil kad laporan prestasi dulu. Bunyi macam merepek kan? Tapi dalam masa beberapa saat tu memang dah jauh sampai langit ketigalah angan-angan Ms. Paris!

Selepas tamat assignment, Ms. Paris sengaja berkongsi cerita tu dengan stringer (stringer ni bahasa media untuk freelancer lah kiranya) yang memang Ms. Paris seorang saja panggil ‘Papa Kenny’. Papa Kenny ketawa dan cakap dengan pelat Cinanya, “Patutnya you minta nombor telefon dan cakap, nanti I bagitahu you bila berita tu keluar okay?” Hadoi! Kenapalah Ms. Paris tak terfikir benda tu?! Okay, serap bodoh!

Sekembalinya ke pejabat, apa lagi, Ms. Paris pun bercerita dengan kawan-kawan sekerja yang rajin melayan kegedikan Ms. Paris ni! Cerita baik hanya kongsikan dengan kawan saja ya? Yang lain tak perlu ambil tahu! Biasalah hati orang ni lain-lain. Berebut nak tengok muka doktor tu dalam footage kami. Alhamdulillah, ramai yang cakap, comel orangnya. 

So, begitulah ceritanya. Ms. Paris pun dah tak teringatkan doktor tu lagi selama berbulan-bulan. 

Kerjaya sebagai wartawan boleh membuka pelbagai peluang!
(Terima kasih, Canva PRO!)

Sampailah satu petang tu, assignment editor (ni title untuk orang yang bahagi-bahagikan tugas wartawan) Ms. Paris beritahu, “Qin, hari tu kau yang pergi cover MALBATT kan? Esok kau pergi jemput balik ya?” Tiba-tiba memori berjumpa dengan doktor tu datang kembali dalam kepala otak ni. Memang macam tengok wayang, tiba-tiba ada flashback! Apa lagi, teruslah Ms. Paris berlari bercerita dengan kawan-kawan. 

Keesokan harinya, Ms. Paris memakai kebaya Nyonya berwarna hijau matching dengan seluar warna khaki. Maklumlah, dah tahu yang balik tu askar. Jadi kenalah bertema seakan-akan ya? Kawan sekerja yang baru berpindah dari department lain yang ikut sama pun tergelak-gelak tengok gelagat angau Ms. Paris. Bayangkan, dalam lebih 300 askar masuk ke dalam dewan tu dengan baju uniform desert (tak tau apa nama formalnya! Ada yang panggil baju UN), apabila di doktor tu melangkah masuk saja, terus Ms. Paris berdiri. Bagaikan dipanggil-panggil!

Macam biasa, lepas interview Pegawai Pemerintah MALBATT, kenalah interview anggota yang terlibat termasuklah wakil dari Brunei. Maklumlah, mesti ada pengalaman yang tak boleh dilupakan sepanjang 9 bulan bertugas di negara orang. Sewaktu Ms. Paris berborak dengan seorang askar Brunei tu, eh, tiba-tiba si doktor ni paut bahu abang askar tu sambil senyum dan berkata, “Hai, wartawan! Lama tak jumpa!”

Pengsan kita, wak!
(Kredit GIF: Businesses USA)

Kalau ni filem romantik komedi Hollywood, memang agaknya Ms. Paris dah pengsan agaknya! Eh, nasib baik profesional. So kenalah control ayu dan teruskan tugas dengan jayanya. Selepas interview anggota tu, interview si Dia pula. 

Lagi sekali diingatkan, kalau ini adegan dalam filem, memang dah nampak bunga-bunga bulan dan bintang kejora bagai! Siap ada effect cahaya tepat di muka tu! Bayangkan, betapa bergeloranya dalam hati sepanjang interview. Padahal tak sampai 10 minit pun! 

Agaknya macam Chuck dan Ned dari ‘Pushing Daisies’ bila berjumpa kembali!
(Kredit GIF : Septima7)

Kalau korang, apa yang korang buat?

Sebenarnya bagi Ms. Paris, kalau dah namanya tugas, kenalah fokus! Percaya tak? Tamat saja interview, terus kami balik ke pejabat. Maklumlah, story (maksudnya berita) perlu disiapkan. Bab jodoh tu boleh diusahakan kemudian! 

In the next few days tu, memang tak keruan mengorek maklumat tentang si doktor tu. Ni zaman sebelum Facebook, LinkedIn ke apa semua tu jadi sumber maklumat ya? Bayangkanlah jenuh nak Google nama penuh si Dia satu-satu. Adalah terjumpa tapi entah betul ke dia. Kalau yang tinggal di Malaysia pun susah nak cari, inikan pula yang tinggal di Brunei.  

Bagusnya Ms. Paris ni, memang dari dulu suka build connection. Suka cari network sana sini. Siapa tahu, boleh memudahkan kerja! Adalah seorang pegawai tu berbisik memberitahu, satu batalion tu akan ditempatkan di Kuantan dulu untuk beberapa minggu sebelum balik ke tugasan masing-masing. Protokol barangkali. 

Tiba-tiba datang idea untuk buat special report. Waktu tu, memang Ms. Paris ni dikira Ratu Special Report lah. Muka ni saja yang keluar. Eh, gila glamour kan? Bukan berita gempak sangat pun, selalunya kesihatan, kebudayaan.. So bila ada peluang buat tentang ketenteraan ni, alhamdulillah, bos izinkan. 

Kalau korang nak tahu, lepas Ms. Paris buat special report di Kuantan inilah yang menjadi titik tolak untuk bekerjasama dengan Kementerian Pertahanan kita. Bukan setakat tugasan biasa, sampai di luar waktu bekerja pun ada yang sudi menjemput Ms. Paris datang untuk mengacarakan majlis, menyumbang voice over (suara latar) dan banyak lagi. Sampai datang makan malam di rumah dengan keluarga mereka pun ada juga! Alhamdulillah orang sayang. 

Mmmmm…. Apa agaknya yang terjadi di Kuantan ya?

Tungguuuu!

XOXO,
Paris Ashiqin

Kita simpan dulu cerita ini ya?
(Kredit Gambar oleh Sound On dari Pexels)

2 Replies to “Bakal Suami Tak Jadiku Doktor”

  1. Amboiii…sedapnyeee citer nye ye …seronok mkcik baca…teringin juga klu dpt menntu orng brunei. …tp dpt baca citer ms .paris ni pun dh cukup lh…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *