Army Girl Malaysia

Terlepas jodoh nak kahwin dengan doktor!

Okay, mari kita sambung cerita cinta Ms. Paris. So, idea untuk buat special report di Kuantan tu diluluskan. Bagai nak melompatlah sebab terlalu gembira. Eh, jangan ingat Ms. Paris buat kerja tak ikhlas ya? Kalau nak tahu, time tu semua special reports yang Ms. Paris buat dapat pujian sebab banyak membantu agensi kerajaan untuk menaikkan nama masing-masing. 

Dah baca ke entry pertama tentang Tuan Doktor ni, DI SINI!

Anyway, bermulalah pengembaraan ke Kuantan dengan stringer kami. Setibanya di Kuantan, kami berjumpa dengan salah seorang PR MINDEF yang Ms. Paris bahasakan sebagai ‘Along’. Bagus sebenarnya bila kita ada relationship adik-beradik macam ni. Bukan saja memudahkan pekerjaan, malah mengurangkan fitnah. 

MALBATT2
Bersama barisan hadapan pertahanan negara di Kuantan! Not bad kan, Ms. Paris pakai uniform!

Habis saja report dan sign-off Ms. Paris, sempatlah bergambar dengan geng di situ. Lain stesyen TV, lainlah terms yang digunakan. Ada yang gunakan sign-off, standupper dan ada juga piece to camera. Ms. Paris gunakan sign-off saja sebab selalunya buat di hujung report. Lagipun kalau ada editor yang busuk hati time tu, inilah peluang mereka nak delete terus part tu kan. Biasalah, tak semua orang suka kita! 

Waktu tu, berpeluang juga bertemu dan interview DA dari Brunei. DA ni adalah Defence Attaché, maksudnya pegawai tentera yang mewakili setiap negara di kedutaan yang ada. Apa benda entah nama official nya? Malawakil? Tak ingat pula! Padahal boyfriend DA ada ramai, eh! Tu kita simpan untuk post lain ya? Sempat boss si doktor tu mengusik, “Buat apa nak balik Brunei? Bukan ada isteri pun menunggu di sana!” 

Flight from KL to Brunei
Penerbangan Kuala Lumpur ke Brunei… Tak apalah, jumpa mertua setahun sekali kan?
(Terima kasih, My Name is Travel!)

Bila teringat-ingat balik cerita ni, ada juga terlintas di kepala, forward sangat ke Ms. Paris time tu? Alah, biasalah! Pada usia 20-an dan acah-acah nak mengejar biological clock, konon nak berumahtangga sebelum umur 30. Biasalah, bila dikelilingi oleh terlalu ramai Melayu, mentaliti pun jadi terlalu Melayu. Okay, moving on!

Malam tu, kami dijemput untuk dinner bersama dengan Commanding Officer (Pegawai Pemerintah) MALBATT tu. Tak perlulah disebut namanya, nanti orang cakap nak kejar publisiti pula kan, maklumlah, orang tu dah naik pangkat di MINDEF. Hajat di hati nak bertemu si Tuan Doktor lagi, manalah tahu tercapai impian mama Ms. Paris – tak ada anak jadi doktor, dapat menantu doktor pun tak apa kan?

Eh, kadang-kala takdir pun kejam macam dalam telenovela Mexico tu! Rupa-rupanya geng Brunei tak join pula dinner tu. Mereka makan di restoran seafood selang beberapa tapak dari tempat kami dinner. Kadang-kala Ms. Paris pun buat-buat terpusing ke arah si Tuan Doktor tu. Ternampaklah si dia dengan rambut tak pakai gel tu, dah malam kan, awak nak mengorat siapa? Cukuplah kita ni!

In uniform
Jangan kata carikan uniform untuk shooting, sampai nombor Tuan Doktor tu pun Along tolong carikan!

Walaupun bila takdir tu nampak macam kejam, ada juga Tuhan berikan sedikit kegembiraan. Kasi chance, konsepnya. Satu hari, Along pun dah tahu adiknya seorang ni seakan-akan angau dengan si Tuan Doktor tu, dia pun menghantar nombor telefon si dia. Zaman tu mana ada Whatsapp dan Facebook Messenger semua tu! SMS pun 50 sen satu! Tapi demi cinta, eh, belasah sajalah! 

Ms Paris dan Tuan Doktor
Ms Paris dan Tuan Doktor di Kuantan

Beberapa jam kemudian, dapatlah reply yang dinanti-nanti dan kami pun bertukar-tukar emel. Bermulalah episod kisah cinta kami. Eh, tak adalah, kami tak bercinta pun. Cuma berborak, berkongsi cerita. Kalau ada hint macam nak mengorat tu, tak adalah obvious sangat. Orang Brunei kan, macam alim-alim sedikit. Ms. Paris ni dahlah tak bertudung. So chill dulu.

I have to admit, our conversation was always interesting. Agaknya sebab hati dah suka, semua pun seronok. Kadang-kala cerita tentang kerja, kadang-kala cerita tentang benda-benda lain. Benda tak masuk akal pun ada juga. Biasalah, zaman ting-tong. Setiap kali dapat emel dia, memang satu hari Ms. Paris akan senyum. 

Tuan Doktor ni pernah juga bercerita yang dia sangat minat dalam bidang fotografi dan videografi. Dalam diam-diam, kreatif juga doktor seorang ni. Pernah juga dia bagi cadangan gila kepada Ms. Paris, berhenti kerja sebagai wartawan dan ikut saja dia travel ke serata dunia. Katanya, kita produce rancangan sendiri ‘Kitchen Krashers’ – Ms. Paris jadi pengacara dan dia akan rakam videonya. Kami berangan untuk pergi ke pelbagai negara dan datang ke rumah orang, saja hendak belajar resepi menarik yang biasa dinikmati. Mana tahu, ada resepi turun-temurun, ada tips memasak yang menjadi! Agaknya Tuan Doktor tu dapat inspirasi daripada cerita ‘Nasi Katok’ di Brunei, haha!

Pernah dengar tentang Nasi Katok Brunei DI SINI?

Nasi Katok Brunei
Betul kata Tuan Doktor, memang Nasi Katok ni simple saja rupa-rupanya!
(Terima kasih, Brunei Tourism!)

Dia juga seorang yang amat menggemari filem. Rasanya dia ada koleksi semua filem James Bond! Malah, pernah juga sewaktu stesyen TV kami merancang untuk menayang beberapa filem klasik James Bond, Tuan Doktor itulah yang mengingatkan Ms. Paris yang tahun tersebut adalah ulangtahun penerbitan filem James Bond yang ke-50! Kebetulan waktu tu, memang Ms. Paris yang bertugas jaga promo, so apa lagi, masukkanlah info tu!

Kami selalu juga berborak tentang filem P. Ramlee dan berkongsi babak-babak yang kami suka. Tiap-tiap minggu kami bercerita tentang movie apa yang kami nak tengok di wayang. Cheh, macamlah Bandar Seri Begawan tu dekatnya macam Damansara ya? 1,500km jarak antara kami, tapi berborak macamlah seorang duduk di Setapak dan seorang lagi duduk di Cheras. Selalunya, Ms. Parislah yang beriya berkongsi review filem, sebab si Tuan Doktor ni kadang-kala kena bertugas. Maklumlah, doktor tentera kan. 

Hajat di hati nak menonton wayang dengan Tuan Doktor…

Sebenarnya, sebelum berkawan dengannya, Ms. Paris selalu ingat orang Brunei ni macam reserved sedikit. Lepas berkawan dengan si Tuan Doktor ni, asyik ketawa saja bila baca emelnya. Kadang-kala bahasa yang dia gunakan tu memang betul-betul buat Ms. Paris terjatuh terduduk sebab ketawa kuat sangat! Nak kongsikan di sini pun tak tahu macam mana. 

Nak dipendekkan cerita, kisah cinta ni tak kesampaian sebab sesuatu telah berlaku yang betul-betul mengguris hati Ms. Paris. Agak lama juga menitis air mata bila teringatkan apa yang si Tuan Doktor tu dah lakukan. Tak perlulah rasanya dikongsikan di sini. Kalau nak tahu, kena datang jumpa dan bertanya okay? Waktu tu, satu-satunya cara untuk Ms. Paris untuk mengubat hati luka hanyalah mencari pengganti si dia. Eh, bukan satu penggantinya! Kalau nak tahu, punyalah hati tu berdendam sebab dilukai, Ms. Paris pun dilanda demam askar. Macam tradisi perkahwinan di barat, something old, something new, something borrowed and something blue. Boyfriend yang seterusnya pun begitu. Ada yang tua, ada yang muda, ada yang milik orang (ya, suami orang) dan ada yang berbaju biru (airforce dan navy!). 

Tujuan Ms. Paris berkongsi cerita ni bukan nak menujukan kepada sesiapa pun. Sekadar berkongsi pengalaman yang pernah buat Ms. Paris menangis seketika, tapi sekarang ni, senyum sajalah. 

Thanks for the memories
Once upon a time…

Malah, pernah juga Ms. Paris ceritakan kepada seorang kenalan yang bekerja di organisasi media di Brunei, Hajah F yang komen di gambar yang Ms. Paris kongsikan tak lama dulu. Gambar dari liputan sewaktu Tuan Doktor menerima pingat naik pangkat. Kata Hajah F, lepas sempadan dibuka, marilah datang bercuti di Bandar Seri Begawan. Siap ada pesanan nakal, “Kalau suka lelaki beruniform, saya boleh kenalkan!” Haha comelnya, tapi tak apalah. Ms. Paris dah lama bertukar selera. 

Khas buat Tuan Doktor tu, Ms. Paris doakan supaya dia akan sentiasa happy dalam kehidupannya. Mana tahu, satu hari nanti, Ms. Paris akan datang mengetuk pintu dan tanya, “Ada Nasi Katok tak?” Kalau waktu raya, kita tanya pula, “Ada kuih tapak kuda?”

XOXO,

Paris Ashiqin

Kuih Tapak Kuda Brunei
Ini rupa-rupanya Kuih Tapak Kuda!
(Terima kasih, Pinterest!)

Loading

4 Replies to “Terlepas jodoh nak kahwin dengan doktor!”

  1. Aduiiih…klu dh bukan jodoh kann…tp tk pe ms.paris maseh muda lg, cr penganti cpt sblm umur masuk 30an lbh…cm ank mkcik ni lh , dia bkn trlalu memilih, tp trpaksa kena pilih utk dijadikn pasangan hidup kut…yg ni mkcik sokong, kita tk blh tangkap muat je…bahayaaaa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *