Dalam dunia tanpa suara, bakat mereka terserlah!
Hai, hai, hai!
Kalau korang dah lama mengikuti Ms. Paris di Media Sosial, mesti tahukan Ms. Paris cuma percaya beberapa orang saja untuk menggayakan rambut ni. Maklumlah, rambut Ms. Paris agak nipis dan tak bermaya, so sebaiknya serahkan kepada yang pakar untuk menguruskannya.
Salah satu salun kegemaran Ms. Paris adalah Castle Unisex Hair Salon yang terletak di Desa Pandan. Sebenarnya, Ms. Paris terjumpa salun ni waktu tinggal (ahem, sekejap sajalah tapi..) di Jalan Ampang. Rasanya waktu tu Ms. Paris dan partner sepatutnya menghadiri satu acara, so terpaksalah buat rambut. Partner tak perlu, sebab dia dah botak pun time tu!


Masuk saja je Castle Unisex Hair Salon barulah Ms. Paris terperasan, rupa-rupanya semua yang bekerja di sini adalah orang pekak. Seorang saja yang masih boleh bercakap, yang lainnya cuma boleh bertutur menggunakan bahasa isyarat. Dahlah Ms. Paris cuma tahu bagi isyarat ‘terima kasih’ dan ‘belum’. Sebab apa? Sebab ‘terima kasih’ tu memang lazim kita gunakan. ‘Belum’ tu pula sebab kan kita orang Malaysia suka bertanya, “Dah makan ke?”, so jawablah ‘belum’.
Okay, kalau korang rasa Ms. Paris datang ke sini sebab simpati semata-mata, jangan pandang rendah ya terhadap bakat mereka. Dari segi kecekapan menggayakan rambut, sama saja seperti hairstylist korang. Sebab tu Ms. Paris dah jadi pelanggan tetap di sini. Tambah-tambah pula lokasinya memang strategik betul memandangkan kebanyakan majlis yang Ms. Paris hadiri dianjurkan di tengah-tengah ibu kota. Lepas buat rambut, boleh terus ke lokasi!



(Terima kasih, Castle Unisex Hair Salon!)
Selalunya Ms. Paris datang ke sini untuk mencuci, memotong dan mendapatkan perkhidmatan rambut biasa saja. Belum sempat lagi nak mencuba rawatan intensif, mewarna dan mengeritingkan rambut. Tapi ramai juga yang pelanggan tetap di Castle Unisex Hair Salon, tandanya memang betul berkualiti perkhidmatan yang ditawarkan. Ms. Paris juga pernah mengajak ahli keluarga dan kawan datang ke sini – Amelyn, Hajar, Yanie, Balqis dan Alexandra. Mereka pun berpuas hati dengan perkhidmatan di Castle Unisex Hair Salon.

(Terima kasih, Castle Unisex Hair Salon!)
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan di Malaysia, Ms. Paris masih belum sempat datang untuk mencuci dan memotong rambut. Sebab tu Ms. Paris terpaksa melakukan rawatan minyak rambut di rumah supaya rambut tak menjadi mangsa stres akibat COVID19.
Nak tahu rahsia rawatan minyak rambut DI SINI?
Lega rasanya bila ada kesempatan untuk memotong rambut sebelum PKPB diumumkan bermula Rabu, 14 Oktober 2020. Selalunya Ms. Paris akan memotong rambut kalau ada berlaku sesuatu yang agak besar dalam kehidupan sehari-hari – putus cinta, bertukar kerjaya, berpindah ke tempat baru dan banyak lagi. Tapi kalau setakat bertukar-tukar skandal tu tak kira tahu! Ni rupa Ms. Paris sebelum memotong rambut.

Di sini Ms. Paris nak berkongsi antara gaya rambut yang dihasilkan di Castle Unisex Hair Salon. Sebab rambut Ms. Paris memang jenis lurus, so bila ke event tu, Ms. Paris memang suka buat gaya kepuk-kepuk asmara. Kepuk-kepuk asmara tu bahasa budak media bermaksud jenis bergulung atau keriting.



Boleh tahan juga ya hasil penggayaan orang pekak? Jangan main-main, selebriti tempatan pun ramai yang datang ke sini!

(Terima kasih, Castle Unisex Hair Salon!)
Jangan lupa untuk terus menyokong perniagaan tempatan dan ikuti Castle Unisex Hair Salon di Media Sosial.

(Terima kasih, Castle Unisex Hair Salon!)

(Terima kasih, Castle Unisex Hair Salon!)
XOXO,
Paris Ashiqin
