Sambal Sarimah

Demi Sambal Sarimah, Ms. Paris makan nasi!

Haaaa, baru saja bulan lepas Ms. Paris berkongsi menu sihat yang Ms. Paris amalkan selama sebulan untuk menurunkan berat badan. Bukan nak bohong, memang diet tu berkesan. Sebab bila kita kurangkan pengambilan makanan berkarbohidrat tinggi, badan kita akan mula membakar lemak yang tersimpan dalam badan. Sebenarnya lemak yang tersimpan itulah yang membuatkan badan kita nampak berlipat-lipat di sana sini. 

Tapi entah macam mana, satu hari tu, Ms. Paris tengah menggodek-godek Instagram, eh ternampak pula iklan Sambal Sarimah yang menjual 11 jenis sambal. Waktu Ms. Paris klik profile tu, barulah tahu rupa-rupanya Sambal Sarimah ni based di Setapak. Alahai, sekampunglah kita ya?

Sambal Sarimah
Kalau korang tengok ni, tak ke jadi geram?
(Terima kasih, Sambal Sarimah!)

Waktu tu masih lagi dalam tempoh sebulan diet low carbs, so terpaksalah menahan diri dulu. Geram juga sebab Sambal Sarimah ni asyik boost iklan digitalnya. Memang boleh dikatakan tiap-tiap hari Ms. Paris nampak profile-nya asyik pop-up saja.  

Tamat tempoh sebulan, Ms. Paris pun hantar satu Whatsapp di nombor yang tertera di profile tu. Sekejap saja dapat reply. So, Ms. Paris pun beritahu nak cuba sambal bunga kantan, sambal hitam tomato bilis dan sambal petai. Kebetulan pula masuk bulan Oktober ni, Ms. Paris memang work from home saja. Sambil berborak nak kowtim delivery tu, barulah dapat tahu, rupa-rupanya salah seorang ejen Sambal Sarimah tu tinggal betul-betul di barisan teres belakang rumah Ms. Paris. Sekangkang kera betul! 

Ini menu penuh Sambal Sarimah untuk korang order.
(Terima kasih, Sambal Sarimah!)

So, malam tu jugalah Ms. Paris berjalan dari rumah ke rumah ejen bernama Hidayah tu. Sempatlah berbual sekejap. Dah la juga dia tinggal di taman perumahan kami ni rupa-rupanya. Tapi sebab jarak umur yang jauh berbeza, memang rasanya tak pernahlah kami bersekolah sama atau main kejar-kejar bersama. 

Bukan nak bohonglah, sebenarnya hajat di hati nak merasa sambal tu waktu lunch keesokan harinya. Eh, terbohong diri sendiri! Sampai saja di rumah, terus Ms. Paris masuk ke dapur dan masak nasi putih. Kalau korang nak tahu, family kami dah jarang makan nasi malam-malam. Maklumlah, dah tua-tua ni, kadang-kadang malas nak berkelentang-kelentung di dapur. 

Tapi, sebab dah terbau sambal wangi menyelerakan tu, eh, terus hilang ingatan! Diet ke mana, disiplin ke mana. Serius Ms. Paris cakap, bukan sepinggan nasi saja habis. Mula-mula, Ms. Paris menjamah sambal bunga kantan tu. Memang Ms. Paris suka makanan yang ada ingredient bunga kantan. Kalau masak asam pedas pun, bunga tu dulu Ms. Paris korek dari dalam periuk tu. Pedulilah isi ayam ke ikan ke, haha!

Bunga Kantan Torch Ginger Flowers
Selain sambal dan asam pedas, Ms. Paris suka makan nasi goreng kerabu yang ditambah dengan bunga kantan! Fuh, sedap!

Not bad sambal bunga kantan tu. Tak pedas langsung. Kalau nak bagi budak-budak baru nak belajar makan sambal pun boleh. Lagipun kan ada banyak khasiat bunga kantan untuk kesihatan tubuh. 

Lepas tu, konon-konon nak try-lah sedikit sambal petai. Hmmm, bohongi diri lagi! Dari jamah hujung-hujung sudu terus terceduk masuk ke pinggan. Bila Ms. Paris menjeling ke periuk tu, mmmm, macam dah agak kan, sebab nasi pun ada lebih! Okaylah, baik kita habiskan saja nasi tu. Kalau membazir kan katanya kawan syaitan, ikut pesan orang-orang tua. So, baik kita jangan berkawan dengan syaitan! Dosa!

Sambal petai ni memang ooomph betul pedasnya. Sambil menulis ulasan ni pun dah kecur liur dibuatnya. Oh, siapa kata Ms. Paris tak makan petai? Makanlah sebab banyak kebaikan makan petai ni.  Cumanya kalau hari bekerja macam biasa, Ms. Paris makan pada hari Jumaat malam Sabtu tu saja. So, by Monday, dah tak ada bau pelik-pelik lagi. 

Dulu waktu kecil tak pandai pun makan petai ni. Bila dah besar ni, kalau boleh hari-hari nak belasah makan!

Kan Ms. Paris beli 3 bekas sambal. Apa lagi! Pembohongan diri tu diteruskan lagi. Kuceduk lagi sesudu sambal. Ya, Allah! Apa dah jadi pada Ms. Paris malam tu! Bagaikan tersampuk jin lapar! Oh, ya! Sambal hitam ni bukan macam sambal hitam Pahang yang dibuat daripada belimbing buluh tahu. Yang ini bahannya tomato dan bilis, jadi rasanya manis sedikit. Memang dah terbayang kalau disapu ke atas roti untuk buat breakfast, mesti stim sorang-sorang melayan! 

Sejujurnya, memang berpuas hati betul dengan pilihan Sambal Sarimah ni. Sampailah satu hari tu Ms. Paris beritahu kepada Hidayah kalau boleh jual sampler pack sebab nak buat review ni. Maklumlah, kalau beli saiz biasa, jenuhlah pula nak menghabiskan semua sambal tu ya? Ya Allah, baiklah Cik Sarimah dan Hidayah ni. Terus mereka siapkan 6 jenis sambal. Free pula tu! 

So, terus Ms. Paris buat video pendek ni!

Nasib baik ada 6 jenis saja, kalau 11 jenis? Pitam agaknya nak habiskan!

Jangan lupa untuk menyokong business orang kita ya? Yalah, macam yang selalu Ms. Paris pesan, takkanlah kita ni orang Melayu asyik nak berhasad dengki saja tak boleh tengok orang Melayu lain berniaga kan? Cuba positif sedikit. 

Facebook

Jangan tunggu lama-lama, order dulu barulah boleh tenang hidup!
(Terima kasih, Sambal Sarimah!)

Instagram

Hari-hari keluar profile ni! Mahu tak tergoda dibuatnya!
(Terima kasih, Sambal Sarimah!)

Yang bagusnya, semua sambal yang dijual oleh Sambal Sarimah ni dimasak pada waktu pagi hari yang sama dengan penghantaran. Tak mainlah letak cili boh semua tu, memang mereka giling sendiri di rumah. Sebab sambal ni semuanya dimasak tanpa menambah bahan pengawet, so kenalah disimpan dalam peti dan makan dalam masa 3 hari. Rasanya kalau beli sebekas, tak tahan kot untuk dimakan seisi keluarga. Hari tu, Ms. Paris share dua bekas sambal dengan Kak Suria Amanda, kawan blogger Ms. Paris tu pun, katanya tak sempat nak ambil gambar. Dah licin dimakan waktu dinner

Haaa, korang jangan pula pandai-pandai tanya boleh guna promo code: KAWANPARIS ya? Ms. Paris tak kenal Cik Sarimah tu pun. Promo code tu boleh guna untuk kawan lain, haha! 

Selamat menjamu selera!

XOXO,

Paris Ashiqin

Kalau keluarga kami, memang panggil sambal sedap macam ni ‘makanan jahat’ sebab jadi nak menambah saja dibuatnya!

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *