COVID-19: Nak vaksin ke tak?

Sejak COVID-19 dilaporkan melanda dunia sejak tahun 2020, macam-macam kesannya yang kita dah lihat. 

Ada yang kehilangan kerja, kakitangan barisan hadapan pulun bekerja tanpa rehat, banyak benda termasuklah bekerja dan belajar perlu dilakukan secara online, ekonomi pun tak menentu – macam-macamlah. 

Haaa, siapa yang degil tak reti duduk rumah tu?

Dan sekarang ni topik paling trending yang disebut-sebut oleh rakyat Malaysia selain daripada ribu-ribu lemon, eh, kes baharu setiap hari (siapa punya angkara?? MELAYULAH! Sibuk nak bazaar Ramadan, sibuk nak balik kampung!), adalah tentangan sesetengah rakyat terhadap Program Imunisasi Kebangsaan

Ms. Paris bukan hipokrit ya? Mula-mula Ms. Paris pun risau juga nak ambil vaksin. Maklumlah, vaksin denggi yang pernah dikeluarkan oleh sebuah negara jiran dulu pun pernah kena recall padahal dah 6 tahun dalam pasaran (sumber daripada seorang doktor kecemasan ya?), inikan pulak vaksin yang baharu saja dihasilkan. 

Mana tahu betul gurauan Presiden Brazil, Jair Bolsonaro, lepas dapat vaksin tiba-tiba jadi buaya kan? Boleh baca story tu DI SINI

Tapi tu pandangan Ms. Paris tahun lepas.

Lepas Ms. Paris tengok bilangan kes turun naik, turun naik. Setiap kali naik pun, memang sebab perangai manusia yang tak dengar cakap di Malaysia ni. Bila dah diberi peluang keluar sekeluarga, penuh restoran tak ikut SOP langsung. Mana jarak, mana mask, mana disiplin? Siap banggalah kakak-kakak dan abang-abang Melayu mengangkut anak-anak ke hulu ke hilir. Akhirnya, Ms. Paris rasa sudah sampai masanya untuk ambil vaksin tu. 

Dapat layanan baik daripada Kak Lin waktu mula-mula register untuk vaksin, terus tak rasa sakit. Orang Johor kan semua baik-baik, ewah!

Lagipun bila kerajaan umumkan pasal golden passport atau pasport emas tu, fuhhh, menarik betul insentif tu. Sebab dalam kepala otak Ms. Paris ni, rasanya esok kalau dah boleh buka border untuk travel, siapalah orang pertama yang boleh dibenarkan travel kalau bukan kami yang dah terima vaksin ni kan? Betul tak? Ada ke negara yang anti vaksin? Cuba fikir sikit!

Macam filem Willy Wonka tu bila Charlie dapat tiket emas tu!

Macam durian runtuh! Cuma Ms. Paris tak makan coklat perisa durian!
(Sumber: The Drum)

Suntikan pertama Ms. Paris adalah pada 16 April 2021, hari Jumaat. So kalau ada apa-apa side effects tu Insya-Allah boleh handle sebab dah weekend kan? Time cucuk tu memang tak sakit pun. Siap pulak habis kerja tu, Ms. Paris ajak Chinese Husband berbuka puasa di The Pearl Kuala Lumpur. Chinese Husband siap tanya, adakah nafsu makan membuas side effect vaksin? Eh, shadapyuuu!

Chinese Husband yang sama gila dengan Malay Wife dia!

Sebenarnya, malam tu dah balik rumah baharulah Ms. Paris rasa sakit lenguh di tempat yang kena cucuk tu. Esoknya pulak, memang sakit tu terasa sampai ke dada dan belakang. Nak angkat tangan pakai baju pun rasa kekok. Tapi tak adalah teruk sangat sampai kena jumpa doktor. Tak perlu nak gatal-gatal batalkan puasa pun untuk makan ubat tahan sakit. 

Kalau nak tahu, yang betul-betul sakit tu adalah lepas suntikan yang kedua. Yang ini memang betul-betul menduga sikit. Sebelum tu pun, Ms. Paris dah bertanya-tanya sesiapa yang dah dapatkan suntikan kedua. Macam-macam cerita. Ada yang cakap, suntikan pertama lebih sakit. Ada yang demam. Ada yang muntah dan cirit-birit. So, pengalaman setiap orang tak sama. Macam kita dulu-dulu dapat BCG? Kan ada yang chill, ada yang menangis, ada yang pura-pura pengsan. Biasalah tu!

Nurse Rajesh tunjukkan vaksin Pfizer, batch number dan berapa banyak dia nak suntik. So tak adalah yang panik tak bertempat, cakap, “Nurse, you bagi I racun tikus ke haaa?” Rakyat Malaysia kan ramai yang gila!
Time cucuk tu tak sakit pun, tapi rasalah jarum tu. So, jangan bohong cakap rasa macam kena tikam dengan pisau ke, kena cucuk dengan besi panas ke. Sekali lagi diingatkan, rakyat Malaysia ni ramai yang suka tokok tambah cerita.
Terima kasih, Nurse Akma dan Nurse Rajesh! Kita wefie satu kali!

Hari dapatkan vaksin kedua tu, Ms. Paris main game dan Whatsapp roommate lama zaman UiTM Puncak Perdana dulu, Kak Anis yang bekerja di sebuah hospital swasta di Melaka. Sebab ternampak ada seorang perempuan tu muka sebijik Kak Anis tengah tunggu turn juga untuk dapatkan vaksin. Ehhh, baru dapat baby rupa-rupanya! Allahu, teruknya perangai Ms. Paris sebagai seorang kawan kan? 

Hari tu macam ternampak Kak Anis. Eh, pelanduk dua serupa! So, Kak Anis hantar selfie satu. Kot-kot Ms. Paris lupa mata dia yang sepet tu.

Lepas suntikan tu, macam pengalaman sebelumnya, dah malam baru mula terasa lenguh-lenguh. Kali ni memang agak teruk sikit. Sampai tak bangun sahur langsung. Minum air seteguk saja cukup. Sepanjang hari melepek ting-tong tak boleh bangun. Bangun sekejap-sekejap saja lepas tu sambung tidur. Ms. Paris sempat Whatsapp Dr. Lily Diana Zainudin, Pakar Pernafasan yang agak rapat dengan Ms. Paris. Dia pun cakap, demam 2 hari lepas cucuk. So, masih ada masa untuk recover. Maklumlah, weekend kan?

Cucuk kali kedua ni memang mencabar sikit…
Shhhh, Nurse Fikrey, jangan sebut nama penuh Ms. Paris kat pusat vaksin tu! Nanti ada orang minta autograph!

Dah 2 bulan pun Ms. Paris ambil suntikan vaksin. 

Nak kata ada superpower, tak ada pula. Jadi buaya pun tak ada. In fact, rasa happy betul bila dah dapatkan vaksin awal ni. Sebab bila kita tengok reaksi rakyat Malaysia pasal vaksin ni, ya Allah, seramnya! Orang yang tak berilmu ni kadang-kadang bisingnya lebih ya? Mentang-mentanglah dah ada Media Sosial, semakin berani bersuara tak pakai akal fikiran kan?

Roomie Ms. Paris, Kak Anis tu yang tengah breastfeed baby pun dah ambil vaksin sebab dia tahu itu tanggungjawab sebagai ibu untuk melindungi anak. So, nasihat Ms. Paris kepada rakyat Malaysia yang degil sebab otak banyak dah bercampur dengan batu ni, sila daftarkan diri anda dalam aplikasi MySejahtera untuk vaksin COVID-19 ya. Kalau tak tahu, sila tanya pakar kesihatan, bukan tanya kawan-kawan. Kalau kawan-kawan tu doktor bertauliah, dia pun akan nasihat suruh ambil vaksin. 

Malah baru-baru ni, Ms. Paris ada join satu Whatsapp group ibu hamil dan menyusukan, ya ampun, takutnya dengan group ni. Entah mana dapat info, macam-macam cerita pelik-pelik dikongsikan. Sampai Pakar Sakit Puan berpengalaman, Dr. Premitha Damodaran pun dah bagi warning, jangan join group macam ni. Memang betul, trauma! Menakutkan tengok bila orang tak berilmu berkawan dengan orang tak berilmu, bertingkat-tingkat bodohnya. Tapi tu kita bincangkan lain kali ya?

Alhamdulillah, Ms. Paris dah dapatkan vaksin! Anda bila pula?

Okay, ini tips berdasarkan pengalaman peribadi untuk mereka yang nak ambil vaksin: 

  • Minum air secukupnya beberapa hari sebelum divaksinkan. Cuba minum 3 liter kalau boleh. 
  • Alas perut sebelum datang ke pusat vaksin. Bila perut kosong, emosi pun terganggu. Tambah-tambah kalau anda ni sejenis kurang kesabaran bila kena menunggu lama di pusat vaksin. 
  • Makan paracetamol SEBELUM dan SELEPAS dapatkan vaksin untuk kurangkan sakit. 
  • Kalau pernah alami apa-apa side effects lepas dapatkan vaksin lain, jangan lupa declare status dengan jujur. Kalau bohong sebab nak tunjuk hero, esok jangan nak melatah kalau apa-apa jadi okay?
  • Lepas dapatkan vaksin, jangan lupa update dalam aplikasi MySejahtera. Kalau dah update side effects pun, masih boleh tambah maklumat bila dah terasa side effects lain pula. Aplikasi tu cukup bijak, rakyat Malaysia je yang ramai kurang bijak. 
  • Hentikan mendengar desas-desus tak berilmu daripada golongan yang bukan kakitangan kesihatan. Jangan suka dengar cakap bomoh atau kawan-kawan. Kalau bomoh tu hebat sangat, dah lama jumpa MH370 atau sembuhkan kanser okay? Sesiapa yang menyebar maklumat tak tepat tentang vaksin COVID-19 boleh dikenakan tindakan bawah Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi & Multimedia 1998

XOXO,

Paris Ashiqin

Yahoo! Dah boleh pergi jalan-jalan ke Europe lepas ni!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *