Kenapa perlu jadi ‘bodoh-bodoh sikit’ untuk cari jodoh?

Ya, video yang YBhg. Datuk Prof. Dr. Muhaya Mohamad yang trending baru-baru ni dah pun dipadam daripada akaun official beliau, tapi ramai yang sempat simpan dan repost di ruangan lain. Sampai Dr. Amalina Bakri yang duduk di London tu pun dah bersuara.

Mula-mula Ms. Paris tengok video tu, sumpah terasa, sampai Ms. Paris share dengan kawan baik Ms. Paris, si Yasmin yang cantik jelita ranum menawan di Penang tu. Ms. Paris dan Yasmin ni kalau hari-hari tak Whatsapp atau call, memang rasa macam jiwa tu kosong, haha!

Sesiapa ingin berjodoh dengan Yasmin, boleh PM tepi ya?

Anyway, reaksi Yasmin pada mulanya pun tak berapa best juga. 

Apatah lagi, Ms. Paris yang sebenarnya pernah diberi peluang berjumpa dengan Prof. Muhaya sendiri beberapa kali sebelum COVID-19 ni. Orangnya memang lembut dan peramah macam mana yang anda semua tengok dalam TV, di media sosial. Senang cakap,  no BS lah!

First time jumpa Prof. Muhaya tu, waktu Ms. Paris tolong jaga event Reader’s Digest Trusted Brand Awards. Klinik mata Prof. Muhaya adalah antara pemenang malam tu dan dengan tak malunya, Ms. Paris jumpa Prof. Muhaya, bagi salam dan ajak bergambar. Sempat juga Ms. Paris minta maaf sebab berpakaian tak tutup aurat. 

Zaman kegemilangan pergi event

Pada malam yang sama, lepas jumpa Prof. Muhaya tu, beliau memperkenalkan Ms. Paris dengan anak dan menantunya. Yang Ms. Paris terkejut tu bila Prof. Muhaya cakap kat anak menantu dia, “Walaupun ibu baru kenal Paris ni, tapi ibu suka dia”. Allahuakhbar, ada juga orang yang cakap begitu pasal Ms. Paris ya? Happy sampai rasa nak terbang!

Ms. Paris pun pernah datang ke klinik mata Prof. Muhaya Eye & LASIK Centre di Kajang. Sekarang ni rasanya dah rebrand menjadi IKONIK Eye Specialist Centre di Bukit Jalil. Waktu tu, Ms. Paris bawa kawan-kawan media untuk interview Prof. Muhaya. Siapalah yang taknak interview Prof. Muhaya kan? Ramai juga yang datang. Time tu tak ada COVID-19, so bolehlah datang sekampung.

Jangan jealous ya? Ni Prof Muhaya belanja Ms. Paris satu nasihat exclusive!

Sebenarnya, Ms. Paris faham niat Prof. Muhaya nak bagi nasihat kepada kaum wanita di luar sana, tapi rasanya context ni macam tak sesuai dengan jiwa Ms. Paris. Bukan niat nak melawan orang yang lebih banyak makan garam dan berilmu ya, ini cuma pandangan peribadi Ms. Paris sebagai wanita yang dah lama bergelumang dalam masyarakat yang sangat mementingkan status berumahtangga. 

Sebelum proceed untuk baca, Ms. Paris ingatkan sekali lagi. Ini adalah PANDANGAN PERIBADI yang tak boleh digunakan untuk apa-apa tujuan. Jangan ada pula yang sibuk-sibuk nak cari pasal. 

Kenapa perlu jadi ‘bodoh-bodoh sikit’ untuk mencari jodoh?

Kalau anda seorang wanita yang pandai, gunakan kepandaian tu untuk kebaikan orang ramai. Penat-penat, mak ayah kita membesarkan kita, hantar pergi sekolah tinggi-tinggi. Mana-mana yang ada rezeki lebih dapat pula belajar di luar negara. Dapat kerja yang elok. Takkan demi nak dapatkan status ‘married’ tu perlu jatuhkan IQ sendiri pula?

Kalau lelaki yang awak berkenan tu tak boleh terima awak pandai, then walk away. Jelas sangat dia tak boleh terima wanita yang (mungkin) lebih pandai daripada dia. Jangan pula esok lepas berkahwin, nak cakap, “Sekolah tinggi pun BODOH” pula ya?

Cumanya, kita kena faham. Kadang-kadang dalam pada kita nak menunjukkan kepandaian tu, ada yang mengguris dan terguris perasaan. Itu yang kita tak mahu. Nanti ceritanya jadi lain. Sebab tu, kena ada rasa humble. Merendah diri dan merendah-rendahkan tu lain maksudnya!

Kita semua ada kepandaian masing-masing. Tak perlu jadi bodoh untuk orang lain.

Kenapa tak boleh bercita-cita tinggi dan berpangkat tinggi demi jodoh pula?

Ini bukan zaman batu, boleh duduk goyang kaki jadi mem besar di rumah dan semuanya ditanggung oleh suami. Nilai duit zaman sekarang ni kecil saja. Kos hidup meningkat, ditambah dengan ekonomi turun pula zaman pandemik ni. Kalau nak harapkan suami (atau bakal suami) saja yang berpangkat besar dan bergaji besar, memang matilah kita. Sedangkan isteri yang duduk rumah pun sekarang dah pandai cari duit sendiri, buat kek, buat online business, buat dropship. Bayangkan kalau si wanita tu tak ada cita-cita tinggi? Silap-silap suami dah tinggalkan sebab dia rasa diri dikikis cukup-cukup. 

Ada seorang kawan Ms. Paris tu, ibu tunggal dengan seorang anak. Agak rapat juga dengan Ms. Paris. Punyalah baik hati dan banyak membantu. Pernah juga dia meluahkan perasaan tentang sebab sebenar perkahwinannya hancur. Tak perlulah cerita habis, sekadar yang perlu saja. 

Ada ke orang yang suka-suka nak kahwin dan bercerai?

Si bekas suami ada degree dan pernah pegang jawatan yang bagus. Dia tak bagi kawan Ms. Paris ni bekerja, kononnya kena duduk rumah jaga rumahtangga. Padahal kawan Ms. Paris ni pun bukan calang-calang orang. Agaknya time tu mereka masih muda, so si kawan ni dengar saja cakap si suami. 

Dipendekkan cerita, jodoh mereka tak panjang. Yang teruknya, sebab si bekas suami ni jenis yang Nujum Pak Belalang cakap mula-mula tu, ‘Sedangkan cacing dalam batu pun boleh hidup’, dia memang tak ada cita-cita dan tak ada pekerjaan yang bagus. So, lepas bercerai, kawan Ms. Paris ni dapat kerja yang agak bagus untuk menanggung anak dan family yang lain. Sampai sekarang Ms. Paris terfikir, “Kalaulah kawan aku ni tak bercita-cita tinggi dan bergaji tinggi, siapalah nak bela anak dan parents tu?” Bukan nak merendah-rendahkan si bekas suami tu. Tapi dari si anak tu baby sampailah dah anak dara ni, hanya bagi RM200 sebulan! Itu pun kalau dia ada duit! 

Bukan ke ada pepatah Melayu berbunyi, ‘Tangan yang menghayun buaian boleh menggegarkan dunia’?

Kenapa perempuan tak boleh buat apa yang lelaki buat sebab nanti jodoh lari?

Statement apa ni? Orang dah berpuluh-puluh tahun ‘berperang’ untuk naikkan martabat wanita, bagi peluang sama untuk dapatkan pendidikan, pekerjaan, hak kesihatan dan macam-macam benda… tiba-tiba dinasihatkan jangan buat apa yang lelaki buat? 

Bukanlah Ms. Paris suruh bertumbuk macam lelaki… walaupun ada saja ramai wanita Melayu yang memang kaki serang-menyerang (low class memang begitu, abaikan!) either perang mulut or perang tangan kasut dan handbag. Tapi cuba tengok situasi kita sekarang. Kalau perempuan tak boleh betulkan kereta sendiri sebab tu kerja lelaki, alamak… memang betul Ms. Paris kena cari pak sanggup ni!

Keep it classy, ladies! Jangan gaduh-gaduh!

Ni satu lagi kisah yang boleh dijadikan pedoman. Seorang kenalan Ms. Paris. Tak rapat sangat, tapi tahu kisah rumahtangga dia. Malah, ada sumber-sumber yang pun mengesahkan cerita yang sama. Bukan Ms. Paris yang buka mulut, tapi orang lain yang bertanya, “Kenal ke?” Dari situ, macam-macam cerita keluar. 

Rupa-rupanya kenalan ni dah take over peranan ‘suami’. Sebab apa Ms. Paris cakap macam tu? Sebab dah berapa belas tahun suami dia TAK BEKERJA! Mula-mula si kenalan ni buka cerita pasal kecurangan suaminya. Tapi bila dia cerita pula pasal suami yang tak bekerja tu, Ms. Paris dah tertanya-tanya, “Aik? Tak ada duit pun ada hati nak curang?”

Walaupun kenalan ni asyik cakap, “Sekarang suami akak dah baik. Dia dah rajin jaga rumah tangga, tolong kerja rumah dan uruskan anak-anak”. Okay, tak apa, suami dia kan? Biarlah dia backing puas-puas. Tapi, dalam hati Ms. Paris, ini sebenarnya reaksi, “SEKARANG baru jadi baik? So dulu? Kau kerja, kau juga buat kerja rumah ke, kak?”

Pernah terfikir tak, kalau si kenalan Ms. Paris ni tak buat apa yang orang lelaki (patut!) buat? Agaknya mati anak-anak dia. Sudahlah berderet macam penguin! Lepas satu, satu lagi keluar. Harap-harap kenalan ni dah tutup kilang. 

Kalaulah biawak hidup tu cantik macam ni, boleh dijual dengan harga yang tinggi ya?

Tapi, kalau masih tak ada jodoh, macam mana?

Ms. Paris ni bukanlah Islamik sangat nak bagi nasihat, tapi Ms. Paris suka ingat pada konsep takdir. Kalau ada jodoh, adalah. Kalau tak ada, takkan nak menangis berguling cari bomoh kan? 

Selagi boleh ikhtiar, ikhtiarlah ikut kemampuan masing-masing. Nak join dating app? Nak blind date? Nak mandi bunga? Nak minta mak ayah tolong carikan? Itu semua hak masing-masing. 

Cuma sebagai seorang kawan (walaupun mungkin kita tak pernah jumpa), Ms. Paris nasihatkan di sini, jangan sekali-kali merendahkan diri kita untuk orang lain. Hormat tak apa, tapi jangan sampai rendah-rendahkan diri. Perempuan yang bijak, kalau kahwin dengan lelaki yang bodoh, si perempuan tu pun akan ikut jadi bodoh juga. Buat apalah nak berkahwin kalau akhirnya diri sendiri yang sakit? Kalau dah ada kesedaran, bercerai dan mulakan hidup baru tu, okay lah juga. Kalau terus nak menyeksa diri sebab takut jadi MJ? 

So, wallahualam. Tepuk dada, tanya selera! Ingat, cari JODOH, bukan cari BODOH!

XOXO,

Paris Ashiqin

Ooooh, rindu nak check dating app! Masalahnya pilihan yang ada sekarang … alamakkk. tak apalah, tunggu border buka!
Bukan ke jodoh tu rahsia Allah?

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *