Selamat Hari Kebangsaan Rusia – 2021!

Mesti dah biasa dengar ‘From Russia with Love’.

Tambah-tambah peminat cerita James Bond hasil penulisan Ian Fleming. Ada pula movie version yang diterbitkan pada tahun 1963 lakonan Sir Sean Connery. Walaupun Sean Connery ni ibarat pelakon James Bond yang paling ikonik, tapi Ms. Paris paling minat Pierce Brosnan. Hot betul!

Adakah Ms. Paris bertemu cinta di Rusia?

Sebenarnya sempena sambutan Hari Kebangsaan Rusia pada 12 Jun yang lalu, Ms. Paris terpanggil nak share pengalaman bekerja dengan komuniti Rusia ni Kuala Lumpur. Tak dapat nak gambarkan betapa berharganya pengalaman ni dalam hidup Ms. Paris. 

Sumpah, tak boleh lupa pengalaman bekerja dengan Duta Besar Rusia, H.E. Liudmila Giorgievna Vorobyeva! Seronok gila!

Semuanya bermula bila Ms. Paris dipanggil untuk berjumpa dengan bekas Duta Besar Rusia ke Malaysia, H.E. Liudmila Giorgievna Vorobyeva untuk mempromosikan event dan kempen mereka. Kalau tak salah, time tu tahun 2014. 

Sejujurnya, mula-mula kekok sikit nak bergaul dengan orang Rusia ni. Sebab memang betul bagai dikata, mereka ni susah senyum. Tapi bak kata Duta, kalau orang Rusia senyum tu tanda dah mesra. Tambah-tambah pula time tu, PA Duta, Polina Matveycheva yang pandai berbahasa Melayu tu banyak membantu. Rasanya ramai orang Malaysia yang kenal Polina ni, sebab dia memang popular. Apa taknya, cantik macam Barbie! 

Rasanya waktu ni, Ms. Paris belanja Polina makan sempena birthday.

Nak tahu antara kenangan manis Ms. Paris dengan komuniti Rusia?

Jamuan Makan bersama Media oleh Kedutaan Rusia

Ini first time, Ms. Paris anjurkan jamuan lunch dengan media. Boleh tahan juga wartawan dan blogger yang datang. Walaupun masa tu dah ada Internet dan Media Sosial, tapi ramai orang Malaysia yang tak tahu tentang budaya orang Rusia. Sebab tu, Ms. Paris banyak highlight elemen kemanusiaan setiap kali nak mempromosikan aktiviti di kedutaan. 

Lepas mendengar taklimat dan menonton persembahan yang disediakan, sudah masanya menjamu selera masakan Rusia yang unik. Ada juga suara-suara aneh yang terkedu bila melihat hidangan yang rata-ratanya berasaskan sayur. Tapi, bila mereka dah cuba, berebut-rebut nak menambah lagi. 

Nanti kalau ada masa, Ms. Paris kongsikan resepi masakan Rusia yang Ms. Paris suka ya?

Tekun mendengar! Ingat kawan-kawan media ada yang tertidur!

The Art of Russian Luxury by Moiseikin (Pameran Batu Permata)

Sebenarnya, banyak dugaan yang Ms. Paris dan Polina lalui nak organise event ni. Tapi, alhamdulillah, berjaya juga dapat dewan pameran di Balai Seni Visual Negara untuk Moiseikin, jenama barang kemas Rusia dari Ekaterinburg. 

Pengasasnya, Viktor Moiseikin turut menerbangkan rekaannya yang paling unik dan berharga inspirasi dari Cornucopia – Horn of Plenty, sebuah jam yang dihasilkan daripada batu permata yang digali dari Pergunungan Ural. Harganya, mak ai! Kalau jual 10 orang punya buah pinggang pun belum tentu mampu beli! USD 2 juta lebih! Sebab bentuknya ada seakan-akan cengkerang siput, so Ms. Paris dan Polina panggil jam tu ‘Siput Orang Kaya’. 

Sebenarnya, sampai sekarang Ms. Paris belum approve lagi friend request daripada Viktor Moiseikin tu. Dah delete agaknya, haha!

Hari perasmian pameran batu permata Moiseikin.
Inilah rupanya Siput Orang Kaya tu! Kalau tak ada 2 juta, jangan berangan ya?
Rasanya sampai mati, tak mampu beli cincin Moiseikin ni! Dapat berangan mencuba pun jadilah ya?
Inilah pengasasnya, Viktor Moiseikin! Oleh itu, marilah cari suami yang kaya-raya so, boleh beli Siput Orang Kaya!

Kapal STS Pallada di Pulau Pinang

Pernah juga, Ms. Paris dan bekas intern, Si Nazrin tu datang ke Pulau Pinang untuk melawat kapal layar latihan Rusia yang dipanggil STS Pallada. Kalau ikut cerita Duta Liudmila Vorobyeva, nama Pallada tu diinspirasikan daripada nama Dewa Yunani, Pallas Athena. 

Oh, ya! Lupa nak cerita! Yang menariknya, pegawai tentera di Kedutaan Rusia waktu tu ketiga-tiganya bernama Sergey. Mahu tak confused abang-abang tentera kita di MINDEF tu! Tak boleh nak salahkan abang-abang kita tu juga sebab kadang-kala memang nama keluarga Rusia ni susah nak diingat. Seingat Ms. Paris waktu tu, Sergey bertiga tu namanya Zhevnovatiyy, Belyankin dan Raschevsky. Kalau betullah ejaan nama mereka ni. 

Ms. Paris dan Nazrin pun ada melawat kubur tentera Rusia di Penang yang meninggal selepas Pertempuran Pulau Pinang yang berlaku pada tahun 1914. 

Diapit 2 Kapten Rusia…
Usaha Nazrin nak tangkap seorang mamat Rusia pun gagal sebab tunangnya (sekarang dah jadi suami) asyik telefon saja!
Hubungan dua hala Malaysia-Rusia rupa-rupanya dah terjalin lebih 100 tahun yang lalu.
Inilah gambar paling cantik yang diambil oleh Nazrin! Thank you, Deknon!

Majlis Peringatan Pertempuran Pulau Pinang

Waktu ni, Nazrin dah tak ada, so bosanlah sikit hidup tak ada balachi, ehh! Tak adalah, sampai sekarang Ms. Paris masih berkawan dengan Nazrin. Sampai dah kahwin dah beranak pinak pun budak tu!

Sebenarnya, pengalaman bekerja dengan Kedutaan Rusia ni banyak membuka peluang untuk Ms. Paris. Lepas tu, banyak pula kedutaan lain yang panggil kami untuk tolong mempromosikan event masing-masing. 

Ms. Paris buat video ni tahun lepas untuk Pusat Kebudayaan Rusia di KL.

Selain tu, Ms. Paris sendiri banyak belajar benda baru. Bayangkan, lepas beberapa bulan tu, Ms. Paris sampai boleh baca tulisan Cyrillic – ya, huruf pelik-pelik, tunggang-terbalik tu. Cumanya boleh baca saja. Fahamnya tidak, haha!

Sepanjang bekerja dengan komuniti Rusia ni, Ms. Paris ada juga belajar resepi tradisional Rusia yang sedap. Contohnya, Golubtsi – kobis gulung berintikan daging dan salad Stolichny (ada yang panggil salad Olivier, ada yang panggil salad Rusia). Seorang kenalan Ms. Paris, Varvara suruh belajar cara buat pelmeni dan manty pula lepas ni! Haha! Kalau ada masalah ya?

So, kepada semua kawan Ms. Paris dari Rusia, Selamat Hari Kebangsaan Rusia pada 12 Jun yang lepas! Sampai bila-bila pun susah untuk Ms. Paris lupakan adventure kita bersama!

XOXO, 

Paris Ashiqin

Mana nak cari Duta Besar sporting gila boleh posing macam ni?
Untuk semua kawan-kawan dari Rusia, Selamat Hari Kebangsaan! I love you all!

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *