Kenapa mak-mak Melayu memang mengejutkan Ms. Paris!
Ini bukan cerita racist, ini cerita sebenar. Baca dulu sebelum nak tuduh Ms. Paris ni racist!
Jangan lupa, Ms. Paris pun Melayu juga. Cumanya bak kata Suami Cina Ms. Paris, “Awak bukan Melayu betul”. Dia nak cakap kita tak betullah tu!

(Gambar: Canva PRO)
Facebook Group mak-mak di Malaysia memang menakutkan!
Sejak beberapa bulan ni, Ms. Paris ada join group mak-mak di Malaysia ni. Hajat di hati nak belajar tentang trend parenting zaman sekarang. Rata-ratanya ahli kumpulan tersebut adalah ibu berbangsa Melayu yang ada anak kecil. Selalunya, mereka berkongsi cerita peribadi dan bertanyakan pendapat daripada ibu-ibu lain.
Dalam Bahasa Inggeris, kita sebut ‘mum brain’, basically ‘otak mak-mak’ kalau nak describe bila kita terasa blur lepas ada anak. Cumanya kadang-kala Ms. Paris rasa, ‘mum brain’ dalam kalangan mak-mak Melayu ni boleh menguji kesabaran sikit. Lepas beberapa minggu, Ms. Paris terasa macam nak menjerit dalam group tu. Baca dulu ya sebelum anda merasakan Ms. Paris ni tak siuman?

(Gambar: Canva PRO)
Ada seorang ibu tu post bercerita tentang buaian anaknya patah sehingga si baby tu jatuh ke lantai. Lepas tu, besi buaian tu terkena kepala baby. Yang bestnya, si ibu ni boleh post gambar buaian yang patah tu dan bertanya, “Mummies, apa patut saya buat?”
Seorang lagi ibu tu post gambar baby yang perutnya dah kembung betul. Bukan sikit-sikit kembungnya. Sampai timbul urat-urat hijau. Sama macam ibu yang tadi tu, dia boleh bertanya, “Mummies, apa patut saya buat?”
Pelikkan? Ada satu hari tu, Ms. Paris duduk berborak dengan seorang doktor pakar perbidanan dan sakit puan tentang topik ni. Dia sendiri geleng kepala apabila bercerita tentang pengalamannya menjaga ibu-ibu hamil. “Kalau awak dengar cerita saya, awak pun boleh jadi marah, Paris!” katanya.

(Gambar: Canva PRO)
Kalau sekolah tinggi pun tak guna…
Nak dijadikan cerita, baru-baru ni seorang rakan sekerja lama Ms. Paris, Amy dikejarkan ke jabatan kecemasan di hospital tempat Ms. Paris bekerja sebab demam. Katanya, tak dapat dimasukkan ke dalam wad sebab belum dapat kelulusan insurans. So, Ms. Paris pun bertanya dengan seorang doktor yang agak rapat juga dengan Ms. Paris, apa yang boleh dilakukan buat masa ini. Kata doktor, sementara menunggu keputusan ujian saringan COVID-19, sekiranya mahu, Amy boleh meminta untuk pulang ke rumah dahulu. Apa taknya, kalau insurans tak lulus, Amy terpaksa mengeluarkan deposit yang agak tinggi untuk dimasukkan ke hospital.
Ms. Paris pun memberitahu Amy tentang nasihat doktor. Alahai, dia kata, takut nak beritahu kakitangan yang bertugas. Aduhai, Deknon! Nak cakap budak sekolah, berapa tahun sangatlah beza umur kami. Dah jadi mak orang pula tu!

(Gambar: Canva PRO)
Tak apalah. Ms. Paris turun ke jabatan kecemasan dan bercakap dengan kakitangan yang bertugas tu. Rupa-rupanya Amy terpaksa diberikan 2 botol drip sebab darahnya pekat sedikit sewaktu doktor mengambil sampel darah. Ms. Paris cuba berbincang dengan Pegawai Kesihatan yang bertugas hari tu tapi dia dinch (bahasa pondan ni, maksudnya ‘tidak’) layan! Nasib baik, doktor yang on-call petang tu adalah doktor yang Ms. Paris kenal. Memang baik orangnya. Mudah dibawa berbincang.
Kemudian, doktor yang seorang lagi tu membuat pemeriksaan ke atas Amy untuk memastikan dia betul-betul stabil sebelum dibenarkan pulang. Doktor pun ada berpesan supaya Ms. Paris tolong tengok-tengokkan si Amy tu kalau ada apa-apa yang diperlukan. Cumanya, Amy dinasihatkan masuk ke hospital untuk rawatan selanjutnya.

(Gambar: Canva PRO)
Wahyu pertama yang Jibrail sampaikan kepada Nabi Muhammad adalah iqra’… Baca tak?
Kalau malaikat pun mula-mula suruh Nabi membaca, apatah lagi kita yang dah berpuluh-puluh tahun diajar membaca kan?
Esoknya, Ms. Paris dapat Whatsapp daripada Amy yang meminta Ms. Paris bertanyakan doktor cara mengambil ubat. Eh, pelik bin ajaib! Macam mana dia dapat ubat tak tau macam mana nak ambil? Katanya, suaminya terlupa nak bertanyakan kepada kakitangan farmasi. Tapi, Ms. Paris beritahu, selalunya di belakang kotak ubat tu akan ada panduan untuk mengambil ubat yang diberi. So, Ms. Paris minta Amy hantarkan gambar kotak ubatnya.
Astaghfirullah! Celah Bedah mana yang dia tak faham cara nak ambil ubat tu? Memang betul bagai dikata, memang panduan ambil ubat tu ada dilekatkan pada belakang kotak. Nasib baik tak menyusahkan doktor tu dengan soalan bodoh bin bebal ni. Ms. Paris pun bagi carutan halus dulu, “Tu ada instructions, celah mana yang tak faham?”
Si Amy bertanya, “Yalah, tapi ubat tu untuk makan ke atau masuk kat bawah?”

Mengucap panjang Ms. Paris dibuatnya!
Terus macam kena serangan bitch fit (bitch fit ni ibaratnya macam sawan babi, cuma lebih babi daripada biasa!) waktu tu. Tapi Ms. Paris cuba juga menahan amukan puaka waktu tu. Senang saja Ms. Paris reply Whatsapp Amy, “Tu terang-terang tulis oral. Apa yang tak fahamnya?”
“Akak, kita tak tau apa maksud oral” balas si Amy.
Terus Mad Bitch from Hell dalam diri ini membuas! “Habis tu, awak rasa oral sex tu maksudnya apa? Masuk mulut ke masuk kat bawah?”
Ehhhh, si Amy ni boleh buat lawak. Katanya, “Akak, walaupun kita ni dah kahwin tapi otak kita masih virgin”.
Mengucap panjang lagi Ms. Paris dibuatnya!
Tak tergambar marahnya waktu tu, tapi sebenarnya time tu, Ms. Paris tengah runsingkan tentang benda lain. Tak ada masa nak melayan kebodohan umat yang ada kalanya berlapis-lapis macam mangkuk tingkat ni. Ms. Paris fikirkan, semakin menginjak usia ni, semakin tebal kesabaran. Kalau zaman Ms. Paris muda dulu memang senang betul naik angin. Tapi, walaupun dah berusia, kesabaran tu pun ada batasnya.
Sudahnya, Ms. Paris terus sambung kerja. Malas nak melayan benda-benda macam ni!

(Gambar: Canva PRO)
Eh, drama Melayu belum habis!
Sampailah kira-kira pukul 4 petang tu, doktor semalam telefon dan bertanya di mana si Amy.
Eh, eh, manalah saya tahu, doc?
Rupa-rupanya, Amy dah disahkan negatif daripada COVID-19. Kalau ikutkan prosedur, memang insurans akan luluskan kalau perlu masuk wad. So Ms. Paris pun call Si Amy. Ehhhh, budak bertuah! Katanya nak berehat di rumah. Memang jawapan minta dibebelkan dek orang tua tu! Ms. Paris call balik doktor tadi dan minta maaf atas perangai si Amy tu. Nak tahu kenapa kami berdua marah? Haaa, baca elok-elok perenggan seterusnya. Ini apa yang doktor cakap.
“Injap jantung kawan awak tu bocor sedikit. Walaupun dia demam sebab terkena jangkitan kuman, tapi kuman tu boleh merebak masuk ke injap yang bocor tu. Tak apa, awak beritahu kawan awak tu, tak payah datang hospita kita ni pun tak apa. Tapi dia tetap kena masuk hospital sebab ubat yang saya bagi semalam tu hanya cukup untuk 3 hari saja,” kata doktor.
Ms. Paris call si Amy dan jelaskan pesanan doktor. Cumanya Ms. Paris tambah sedikit pesanan pihak penaja, “Akak cakap direct ya? Awak nak mati ke? Kalau nak mati, tak apa. Cumanya akak tak nak bertanggungjawab sebab suami awak tahu awak datang jumpa akak. Tu saja”.
Ya ampun!
Rupa-rupanya Amy tak mahu ditahan lama di hospital. Baiklah, Ms. Paris faham. Orang ada baby kan? Mestilah tak boleh berjauhan. Tapi, jawapan Amy ni betul-betul membuat darah Ms. Paris menyirap lagi.
“Kita tak kisah sangat pasal baby, kak, sebab dia dah minum susu botol. Kita taknak berjauhan dengan husband. Tak best!”
Malas nak komen dah! Kalau terus ketuk kepala dia boleh tak?
Apa-apa pun, nasib baiklah bebelan Ms. Paris tu masuk juga ke kepala si Amy. Petang tu juga dia datang semula ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. Sempat juga Ms. Paris datang melawat pada keesokan harinya sambil bawa hot chocolate daripada Starbucks. Nurse yang menjaga Amy pun dapat donat Starbucks juga.

Wahai mak-mak Melayu di luar sana, apakah pengajaran daripada blog ni?
Jangan memandai-mandai nak jadi doktor Facebook. Sama saja dengan Ustaz Ustazah Facebook. Tak kisahlah masalah kesihatan diri, semasa hamil atau baby anda, datang berjumpa doktor dan berbincang elok-elok. Jangan suka-suka telan ubat itu dan ini. Entah apa kesannya pada badan kita tak tahu. Tak salah nak Google untuk mendapatkan maklumat, asalkan daripada sumber yang sah. Akhir kata, diagnosis kesihatan yang terbaik adalah daripada doktor yang merawat anda.
XOXO,
Paris Ashiqin
