Mudahnya buat keju dengan dua bahan sahaja!

Wah, lama betul Ms. Paris tak update blog ni! Maklumlah, tak banyak aktiviti sejak COVID-19 ni. 

Entah macam mana, teringat pula zaman bekerja dengan pelbagai kedutaan di Malaysia. Pernah juga Ms. Paris rapat dengan Puan Camelia Tudose, bekas Timbalan Duta Romania di sini. Beliau selalu mengajak Ms. Paris datang ke rumah dan majlis-majlis yang dianjurkan oleh kedutaan lain. Puan Camelia pun pandai memasak. Beliau rajin membuat sendiri mayonis dan keju, katanya mudah saja. 

Bersama Puan Camelia Tudose pada tahun 2016. Saja pulang ke kampung Ms. Paris di Germany mencari jodoh, haha!

Biasalah, kita orang Malaysia, senyum saja dan jawab, tak ada masa nak belajar membuat benda-benda tu. Waktu tu, nak tengok resepi pun Ms. Paris malas, haha! Lagipun, kita dah terbiasa membeli saja keju dan mayonis di kedai kan? 

Salad Caprese ni adalah salah satu kegemaran Ms. Paris! Tak perlu ada boyfriend dari Itali pun dah pandai makan salad ni.

Cari hobi baharu untuk hiburkan diri

Sampailah negara kita diserang wabak COVID-19 sejak tahun lepas. Nak keluar pun tak boleh. Tambah-tambah pula ramai betul rakyat Malaysia yang menolak program vaksinasi. Lagilah lama nak baik. Kalau sebelum ni, Ms. Paris keluar dua kali seminggu untuk beli barang dapur. Sejak kes baharu melonjak 20 ribu sehari ni, Ms. Paris keluar seminggu sekali saja. Betul gila dah, Malaysia ni!

Tapi ada juga hikmahnya bila banyak menghabiskan masa di rumah ni. Teringat zaman main masak-masak untuk kawan-kawan. Cumanya sejak COVID-19 ni, tak bolehlah nak kenduri-kendara macam dulu kan. Sekarang ni masak untuk diri sendiri sajalah. 

Nak beli barang dapur pun tak boleh nak berangan sambil membelek. Masuk, rembat, bayar, balik!

Kebetulan sambil melayan bosan, terjumpa pula video membuat cheese sendiri di Youtube. Kalau anda tengok video tu, rata-ratanya menggunakan renet. Harga renet sebenarnya agak berpatutan kalau kita survey di kedai online. Cumanya bagi Ms. Paris, kalau sekadar nak buat cheese sekali sekala, tak perlulah beli renet tu.Nanti membazir sebab tak guna langsung lepas tu. Sebab tu bila terjumpa resepi buat cheese yang hanya menggunakan susu dan cuka, mak aiii, terus teruja nak cuba! Video ni daripada Crave to Cook, senang gila kan?

Tengok, susu setong, renet yang digunakan sedikit saja. Sebab tu Ms. Paris gunakan cuka saja.

So, bahan yang paling penting adalah susu mentah. Kita tak boleh guna susu UHT yang dijual di kedai tu sebab susu tu dah diproses. Susu yang dah diproses tak boleh menggumpal lagi. Kalau dah namanya tinggal di Kuala Lumpur, manalah nak cari ladang menjual susu mentah kan? Yang kelakarnya ada kawan Ms. Paris yang suruh cari Jabatan Haiwan. Celah Bedah mana nak mencari pejabat kerajaan musim penyakit ni! Semua orang WFH kan? 

Nasib baik terjumpa Tazah Milk, sebuah syarikat di Sungi Buloh yang membekalkan susu mentah pada harga RM6.00 saja seliter. Apa lagi, terus Ms. Paris order 4 liter susu mentah. Anda juga boleh order susu mentah Tazah Milk di plat Shopee mereka. Tak percaya? Cuba scroll ke bawah, mesti ada terjumpa review Ms. Paris. 

Haaaa, ingat Ms. Paris bohong ke? Tuuu, terpampang nama sambil memberi review jujur.

Kalau tak pandai gunakan Shopee pun tak apa, anda boleh hubungi Cik Mira menerusi Whatsapp: 6018-974 8786. Inilah antara sebab Ms. Paris happy betul dengan perkhidmatan mereka ni. Dah reply di chat, hantar Whatsapp lagi untuk confirmation. Bagus kan?

Kalau nak order susu mentah di FB.com/TazahFarmLandEnt pun boleh!
Ini IG pula; @TazahMilk

Cara-cara membuat cheese sendiri di rumah

Maka, bermulalah kembara Ms. Paris nak buat cheese sendiri!

Mula-mula tuang 2 liter susu mentah ke dalam periuk tak mudah melekat. Buka api, tapi pastikan api sederhana. Kalau ikut video di Youtube tu, bukan main masing-masing nak mengukur suhu panas tu. Tapi kita ni kan orang Malaysia, main agak-agak tu memang semulajadi. Lagipun memang Ms. Paris punya dapur basic saja. Banyak benda tak ada. Tapi asalkan waktu memanaskan susu tu jangan sampai berbuih panasnya dah okay dah. 

Selepas tu, masukkan setengah cawan cuka tiruan ke dalam periuk. Waktu tu, anda akan melihat susu tu mula menggumpal sebab bertindakbalas terhadap asid yang terkandung dalam cuka tu. Sekiranya anda rasa, susu anda tak menggumpal, senang saja. Tambah lagi cuka sedikit demi sedikit sampailah susu tu menggumpal ya?

Inilah rupanya susu yang dah mula menggumpal. Benda pejal berwarna keputihan tu adalah cheese anda yang sedang menggumpal. Yang cecair berwarna kekuningan sedikit tu namanya whey. Itu rupanya whey ya? Selalu kita dengar whey tu dijadikan bahan makanan tambahan untuk mereka yang gemar ke gim sebab kandungan protein tingginya sesuai untuk membakar lemak dan memulihkan otot lepas bersenam. 

Ramai kawan-kawan Ms. Paris yang terlebih excited bila tengok video ni!

Bila susu pejal tu dah habis menggumpal, anda boleh toskan menggunakan strainer yang bermata halus. Sekiranya anda rasa nak explore lagi jenis-jenis cheese yang lain, bolehlah cuba beli kain yang dipanggil cheesecloth. Bagi Ms. Paris, namanya pun percubaan pertama kali. Rembat sajalah apa yang ada di dapur tu. 

Selepas cecair berlebihan daripada cheese buku tu dah dikeringkan, anda boleh letakkan sedikit garam ke dalam whey tadi dan rendam semula cheese buku tu. Lepas direndam boleh keringkan semula. Nak tahu apa benda yang magic sikit pasal cheese ni? Kalau ikut resepi tu, letak 2 sudu besar garam dah cukup untuk memberi rasa masin kepada cheese tu. Tapi hairan betul, dah 3 kali Ms. Paris buat cheese. Setiap kali, digandakan lagi sukatan garam. Tapi cheese yang terhasil masih kurang masin. Agaknya Ms. Paris ni dah terbiasa dengan rasa cheese yang dibeli di kedai. Tapi bagus juga tak payah masin-masin sangat. 

Akhir sekali, bungkuskan cheese anda dalam beg plastik dan biarkan sejuk di dalam fridge. Inilah rupa mozzarella yang Ms. Paris buat sendiri!

Herannnnn! Letaklah garam banyak pun, bila siap je rasanya masih tawar sedikit, haha!

Apa lagi? Sementara masih terkurung di rumah tu, apa kata anda cuba membuat cheese sendiri? Nikmatnya makan cheese hasil air tangan sendiri tu tak tergambar dengan kata-kata! Renyah memang renyah, tapi percayalah, bila dah seronok, semua jenis cheese anda akan cuba buat sendiri. 

XOXO,

Paris Ashiqin

Insya-Allah,esok lusa jadi gebu betul mozzarella air tangan Ms. Paris ya?

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *