Bilakah kali terakhir anda memanjakan diri?
Kalau tanya Ms. Paris, Ms. Paris sendiri tak ingat kita ni PKP ke, PKPD ke, DEFGABC ke, ABCDE ke… rasanya malas nak ambil port. Sebelum pandemik dulu, Allahu, seronoknya dapat memanjakan diri di spa untuk sesi urut satu badan, mandi lulur dan buat rawatan muka. Selepas selesai, dihidangkan pula air teh herba yang wangi dan menyegarkan.
Cumanya bila dah ada pendemik ni, terpaksalah simpan saja hasrat tu. Ms. Paris sendiri dah tak ingat bila kali terakhir pergi ke spa.
Kadang-kadang Ms. Paris dan bos berborak, kami rindu nak habiskan masa di spa dan nikmati layanan ibarat ratu. Nak buat macam mana, kan? Negara masih lagi berperang dengan wabak COVID-19.

Entah macam mana, tiba-tiba sesambil Ms. Paris melayan Facebook, tiba-tiba terjumpa pula perkhidmatan home mobile spa di Kuala Lumpur. Pantas jejari ni menghantar mesej untuk book appointment. Kalau boleh, biarlah sebelum kelas Bahasa Rusia yang Ms. Paris hadiri setiap Sabtu.
Boleh tahan harganya! 2 jam urutan melangsingkan baru RM170! Dulu sebelum COVID-19, susah nak cari spa yang offer harga ni.
Sempat juga Ms. Paris bertanya, adakah tukang urut mereka sudah divaksinasi. Bukan nak taksub vaksin, Ms. Paris rasa, tak salah kalau kita nak pastikan keselamatan diri. Pengusaha spa tu kata, Ms. Paris boleh bertanya tukang urut tu sendiri apabila dia datang. Senang cerita kan?
So, pagi Sabtu yang lepas kakak urut tu pun sampai. Mula-mula Ms. Paris minta dia cuci tangan dulu di sinki luar rumah tu. Maka bermulalah sesi memanjakan diri. Air-cond dah buka, karpet dah dibentang, Ms. Paris terus berbaring. Kalau dulu, Ms. Paris pergi ke spa sebulan sekali untuk berurut. Kadang-kala, bila ada duit lebih tu, bolehlah manjakan diri dua kali sebulan.

Ini ulasan Ms. Paris!
Teknik
Boleh tahanlah! Sebab Ms. Paris memang tak suka bila tukang urut perempuan nak tunjuk jantan dengan mengurut kuat-kuat. Bila urutan tu terlalu kuat, itu lagi menambahkan sakit, bukan mengurangkan. Pernah dulu Ms. Paris pergi ke sebuah spa. Mak datuk! Lebam belakang ni bagai kena pukul dengan kayu!
Urutan ni seakan-akan style Bali yang betul-betul boleh buat anda terbuai-buai.

Masa
Ms. Paris book untuk rawatan selama 2 jam. Memang puas hatilah. Sebelum ni pun, kalau setakat sejam saja, belum sempat nak relax, eh, dia dah kejutkan suruh salin baju ya?
Rugi pula tak tanya kalau dia boleh extend lagi sejam. Tambah-tambah pula kakak tu beritahu, ada 2 orang tak jadi. Maka, tinggal Ms. Paris seorang saja.

Harga
Amat berpatutan! Mungkin sebab dah lama spa tak dibenarkan beroperasi, jadi inilah peluang untuk buat duit. Lagipun ramai wanita yang mesti dah lenguh-lenguh satu badan work from home dan uruskan rumahtangga.
👉Urutan satu badan atau ibu hamil = RM130/ 2 jam
👉Kombo selepas bersalin + urutan bayi PERCUMA = RM148/ 2 jam
👉Pakej urutan kelangsingan = RM150/ 2 jam
👉 Caj tambahan untuk kos pengangkutan bergantung pada lokasi anda
📲 Hubungi: Yeo Pek Wan menerusi Whatsapp: +012-960 2553

Selepas Urutan
Bagi Ms. Paris, urutan yang terbaik adalah urutan yang betul-betul selesa sampai kita boleh tertidur walaupun orang sedang menguli badan kita macam doh roti!
Tapi kali ni, Ms. Paris terpaksa melawan rasa mengantuk tu dengan menonton Netflix. Risau tak dapat nak fokus dalam kelas Bahasa Rusia pula nanti. Dahlah Bahasa Rusia tu susah nak dipelajari, haha!

Nak book lagi?
Sudah semestinya! Cumanya next time, Ms. Paris nak mencari orang yang pandai buat bekam pula. Bukan bekam angin Chinese style tu. Ms. Paris nak mencuba bekam darah.
Lagipun ramai yang bersetuju mengatakan bekam darah ni banyak kebaikannya dalam Islam. Katanya boleh mengurangkan risiko penyakit, membuang toksik dalam badan dan melegakan radang. Kita cuba dulu ya. Kalau ada yang nak suggest ke mana untuk mendapatkan perkhidmatan bekam, boleh tinggalkan dalam komen ya?
Jangan lupa, kita semua perlu cari masa untuk memanjakan diri kita juga. Sebab itu orang kata, me-time tu penting. Bukan apa, sejak pandemik ni, kita semua bagaikan berdepan dengan cabaran tak terhenti dari segi mental dan fizikal. Jangan sebut yang terpaksa melalui cabaran dari segi kewangan pula.
So, cari masa dan enjoy!
XOXO
#ParisAshiqin
