Lengkap vaksin: Seronoknya dapat dine-in

Allah saja yang tahu betapa seronoknya Ms. Paris selepas kerajaan Malaysia mengumumkan kebenaran untuk dine-in atau makan di dalam restoran bagi golongan yang telah lengkap vaksin. 

Ms. Paris tak nafikan, boleh dikatakan setiap hari sejak beberapa minggu ni kita merekodkan 20,000 kes baharu. Tapi kalau kita fikirkan semula, semakin lama perniagaan tak dibenarkan beroperasi, semakin terkesan anggota masyarakat dari segi kewangan. Haaaa, yang kerja gomen gaji masuk tiap-tiap bulan tu jangan banyak cekadak ya? Dan yang keturunan kaya-raya duit berkepuk dalam bank tu juga jangan banyak bunyi juga. 

Bila dah lama terkurung, memang seronok betul dapat keluar menghirup udara segar. Jangan hirup udara COVID-19 sudah!

Semakin lumpuh …

Percayalah, kalau kita tak terus beroperasi dan benarkan perniagaan terus dibuka, memang boleh lumpuh ekonomi negara. Kita kena faham, bukan semua perniagaan boleh dijalankan secara online. Dan kita juga tak boleh senang-senang suruh orang lain cari pekerjaan lain. Sedangkan negara yang gah macam Jepun tu pun pernah sengsara sewaktu ekonomi mereka meleset teruk. Sampai ramai yang terjun bangunan, ke tengah-tengah landasan kereta api sebab tak tahan desakan hidup. Inikan pula Malaysia yang kecil ni.

Sambung cerita kebenaran dine-in. Setiap kali Ms. Paris keluar membeli barang dapur, nampaknya semakin ramai yang sudah mula dine-in. Sebenarnya Ms. Paris tak ada masalah nak dine-in. Masalahnya bila ramai ibu bapa membawa anak-anak yang terlalu kecil untuk keluar beramai-ramai. Belum lagi dikira restoran yang tak ikut SOP betul-betul. Contohnya, beberapa bulan lepas, Ms. Paris marah betul bila tengok restoran grill di PV Setapak menyusun meja rapat-rapat. Sebab nak untung punya pasal. 

Sudahlah tak boleh hantar report kepada PDRM menerusi Twitter. Polis pun dah meluat agaknya asyik terima laporan yang sama. Well, if it’s not your job, whose then?

Demi nak makan daging panas-panas

Sejak lockdown tak boleh dine-in selama beberapa bulan ni, memang Ms. Paris banyak berhabis duit order in saja. Tak kisahlah Grab Food ke, foodpanda ke, Rabbitsend ke. Tapi lama-lama bosan juga. Bukan semua orang ada masa nak main masak-masak di dapur. Work from home ni memang mencabar! Dari pagi sampai ke petang, melekatlah di laptop tu. 

Bila dah dibenarkan dine-in, memang Ms. Paris dah beritahu Oliver, nak makan steak! Bukan stick ya, rakyat Malaysia! Eja betul-betul, STEAK! Pukul dengan stick, nak???

Eja betul-betul, STEAK! Haha!

Kami pergi ke One Utama, antara tempat lepak kami sebelum COVID-19 dan memilih untuk dinner di TGI Fridays. Abaikan ayam-ayam tu! Memang perut Ms. Paris berkeras nak makan beef ribs! Bila dine-in ni, barulah feel sikit kan? Bila daging tu dah dihidang di depan mata, masih panas-panas berasap, nikmatnya! Sampai nak ambil gambar pun kamera berkuap! 

Ms. Paris pun order Beef Bacon Crusted Ribs (RM95.90). Si Oliver pula order Fridays Signature Chicken (RM31.50). Apalah dia ni! Dah cakap nak makan daging, dia nak juga order ayam! Degil! Tapi Ms. Paris lagi degil! Dah order ribs, kami tambah pula appetiser Fridays Three-for-All (RM50.90). Sebab Ms. Paris ni gila kentang! Dalam platter tu kan ada loaded potato skins, yummyyyyy! Nak tengok apa lagi yang ada di TGI Fridays, boleh rujuk e-menu ni ya?

Kalau boleh, semua ni Ms. Paris cicah dengan sour cream dan Bleu cheese tu!
Jangan carut, tapi memang bahagia bila tercapai hajat dapat makan Beef Bacon Crusted Ribs ni! Walaupun harga dia nak dekat RM100!

Ada juga tak suka bila Ms. Paris cakap nak dine-in. Katanya sengaja menambah risiko. Soal risiko tu Ms. Paris pun sedia maklum. Cumanya sebagai manusia, tak larat nak masak dan order-in saja. Tambah-tambah menu premium macam steak ni. 

Haaa, anda pernah order steak daripada food delivery tak? Ibaratnya macam order steak tapi dapat daging goreng kunyit macam tu, haha! Apa taknya, bila steak ni masih panas-panas dan terus dibungkus untuk penghantaran. Wap daripada steak tu terkumpul dalam bekas. Sudahnya berkuaplah di dalam tu. Silap-silap boleh jadi sup daging juga, haha! Buat rugi saja spend sampai nak dekat RM100 sekali order kan?

Dah ambil vaksin ke tu?

Inilah antara faedah apabila dah lengkapkan vaksin. Bagi yang nak dine-in, pastikan patuh SOP sebaik mungkin. Jangan ambil mudah hingga menyusahkan orang sekeliling. Pakai mask elok-elok dan bawa sendiri sanitiser. Tak wajar asyik mengharapkan pihak shopping mall saja yang sediakan. 

Sendiri nak keluar kan? Sila ambil tanggungjawab apabila keluar rumah okay.

XOXO

#ParisAshiqin

Alahai, kenapa hari tu tak order Margarita Shaker ni? Terlepas pandang! (Sumber: TGI Fridays Malaysia)

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *