Sebenarnya, dah lama Ms. Paris membaca tentang bekam darah. Dari kecil lagi dah biasa dengar orang bercerita teknik bekam ni adalah antara rawatan pilihan Nabi Muhammad s.a.w. Baru-baru ni, tergerak hati Ms. Paris untuk mencuba.
Ms. Paris bukan jenis orang yang cepat geli bila tengok darah. Dulu zaman muda-muda, Ms. Paris rajin menderma darah. Lama dululah waktu masih belajar di UiTM Arau. Setiap kali ada program menderma darah, mesti akan nampak Ms. Paris beratur. Kalau ramai perempuan takut tengok jarum, Ms. Paris rasa biasa saja. Maklumlah, mama Ms. Paris kan nurse. Dah biasa!

Beberapa minggu lepas, Ms. Paris ada mencuba perkhidmatan urut di rumah. Lepas urut tu terfikir pula hendak mencuba bekam. Dulu ada seorang kawan Ms. Paris, Aina, yang pernah datang ke rumah untuk membuat bekam kepada abah Ms. Paris. Tapi sejak COVID-19 ni, rasanya Aina busy memanjang. Maklumlah, dia bekerja di HUKM.
Cari punya cari, akhirnya terjumpa juga seorang lelaki yang offer buat bekam di rumah. Sebenarnya Ms. Paris nak booking bekam untuk abah. Maklumlah, dia pernah ada gout semua tu. So sepatutnya bekam boleh membantu, kata orang. Sesambil tu bertanya juga, kalau perempuan nak minta berbekam. Katanya, Si Edy tu, orang rumahnya pun pandai membekamkan juga.
Okay, onz!
Merah-merah delima warnanya…
First time nak mencuba bekam, tak banyak pun sedikit mesti ada tertanya-tanya bagaimana rasanya. Ell, isteri Edy memberitahu, sakit tu memang terasa, cumanya taklah sakit mana. Ms. Paris pun baring meniarap dan membiarkan saja si Ell memulakan kerjanya.

Menurut Ell, dia akan memulakan dengan membuat lubang kecil di beberapa bahagian belakang dan kaki. Sebelum tu, dia mengurut dulu belakang Ms. Paris dengan minyak. Mungkin boleh lancarkan sedikit peredaran darah sebelum berbekam.
Hebatlah orang yang pandai mengurut ni! Macam mana dia boleh keluarkan angin dalam badan kita tu kan? Ms. Paris ni kalau kena uli macam tepung pun, susah nak keluarkan angin. Sampai kadang-kadang senak perut dibuatnya.
Jujur Ms. Paris katakan, proses ‘menebuk’ tu memang sangat-sangat sakit! Memang terasa bagai ditoreh pisau tajam. Rasanya buat tatu dulu pun tak sakit macam ni, aduhai! Kata Ell, semakin nipis kulit kita, semakin terasa sakitnya bila dicucuk.

Apa rasanya bila dibekam…
Selepas Ell ‘menebuk’, terus dia meletakkan gelas bekam. Katanya, ‘cantik’ cara darah tu keluar. Ms. Paris pun tak faham sebenarnya apa maksud ‘cantik’ tu. Dari segi warna ke, atau cara dia mengalir ke. Mungkin juga laju atau tidak alirannya kan? Haaa, nasib si Ell menerangkan, aliran darah tu sepatutnya sederhana saja lajunya. Kalau terlalu laju, mungkin seseorang tu kurang sihat.

Haaa, apa rasanya kena bekam? Waktu cucuk tu memang sakitnya nauzubillah! Tapi yang menyenangkan tu, bila darah mula mengalir, Ms. Paris tak rasa apa-apa pula. Sampaikan gelas bekam tu tercabut pun tak perasan. Terkena bantal pula tu. Dah macam cerita CSI!
Tak lama pun proses bekam ni. Cuma ambil masa beberapa minit saja. Sedar tak sedar dah siap. Waktu Ell menanggalkan gelas tu, dia ada tunjukkan darah beku yang terkumpul. Inilah agaknya yang orang lama cakap, berbekam tu elok untuk buang darah kotor.

Ulasan jujur daripada Ms. Paris
Boleh tahan!
Cumanya sekali lagi, Ms. Paris nak ingatkan, time ‘menebuk’ tu memang lain macam sakitnya. Tapi lepas tu tak rasa apa dah pun.

Harga? Masya-Allah, ada orang lagi yang macam ni ya? Harganya mengikut Edy, ikut ikhlas berapa kita nak bagi. Jujurnya Ms. Paris bank in RM200 terus. Sebab Abah Ms. Paris tiba-tiba tak jadi berbekam. So, nak mengelakkan malu dah panggil orang datang jauh-jauh, bagi sajalah lebih sedikit.
Haaa, korang jangan nak kedekut sangat pula! Consider juga orang datang jauh-jauh mencari rezeki tambahan lepas bekerja macam biasa. Yang penting, ikhlas.
Nak panggil lagi? Eh, mestilah! Sebab Ms. Paris rasa, lutut Ms. Paris ni sakit sangat-sangat. Kadang-kadang nak rukuk waktu solat pun terasa otot regang sampai ke sepanjang tulang belakang.
Nak cuba berbekam?
Edy dan Ell menyediakan perkhidmatan bekam untuk lelaki dan perempuan.
Kalau berminat, cuba hubungi mereka di talian di bawah.
Edy: +6011-1404 4761
Ell: +6018-245 7922
Enjoy! Jangan menjerit-jerit macam Ms. Paris pula!
XOXO
#ParisAshiqin
