Kisah JANDA GATAL

Mengapa ramai orang Melayu benci janda?

Sebelum nak melatah, mari Ms. Paris terangkan, sebenarnya Ms. Paris tidak membenci mana-mana janda pun. Meluat dengan sesetengah tu ada, tapi tidaklah sampai membenci. Dan meluat tu pun bukan sebab mereka janda. Memang perangai mereka psiko sikit!

Baru-baru ni, Ms. Paris ada join satu Facebook Group dipanggil Luahan Rasa Hati. Mula-mula ingatkan saja hendak mengenali sakit perit orang lain. Sebab kadang-kala Ms. Paris rasa stress sampai nak meluah perasaan, tapi tak tahu di mana. Yalah, bukan semua kawan kita ada masa nak melayan kita. Dia pun ada kehidupan sendiri juga. 

Kenapa orang Melayu kita ni cepat sangat menghukum golongan janda?

Mula-mula, rasa macam okay saja. Tapi semakin lama, semakin ramai yang post tentang JANDA GATAL. Yang kelakarnya, setiap kali keluar post tentang janda, mesti diikuti dengan ayat-ayat amaran – JANGAN GANGGU SUAMI ORANG. Ramai pula tu yang menyokong. 

Sejujurnya, Ms. Paris tidak memegang status janda sebagaimana yang pernah digosipkan waktu bekerja di RTM dulu. Haha, kelakar kan? Nama saja Jabatan Penyiaran Malaysia, tapi berita tak sahih yang disampai-sampaikan. Waktu buat berita, sibuk nak tunjuk sahih, bila bercakap, tak habis-habis memfitnah. Ramai sangat Mak Jemah dan Pak Jebon yang REHAT TUNGGU MATI agaknya. Sebab tu jadi begitu. 

Ada apa dengan janda?

Anyway, Ms. Paris ada a few kawan yang PERNAH memegang status janda, MASIH memegang status janda dan BAKAL memegang status janda. Apabila mendengar cerita masing-masing, memang istighfar panjang. Sampai dalam hati pun terdetik. “Lebih baik menjanda daripada bertahan dengan suami yang kalah perangai binatang!”

Bayangkan betapa peritnya hati seorang perempuan sehingga terpaksa mengambil langkah terakhir.

Bukan semua lelaki jahat, itu semua kita sedia maklum. Ms. Paris bukan sejenis feminis tak pasal-pasal, tapi bila diingat-ingat semula. Betapa tabahnya golongan wanita ni yang entah berapa lama bertahan sehingga akhirnya pasrah dan sanggup menjadi janda. 

Bukan nak cakaplah, tapi rata-rata kawan Ms. Paris bercerai sebab 2 punca utama – duit dan perempuan lain. 

Bekas suami curi duit bonus dan simpanan

Seorang kawan/jiran lama Ms. Paris masa zaman muda-muda belia dulu berkahwin dengan seorang kontraktor. Kita panggil dia Liyana saja. Tinggal pun tak jauh dari rumah Ms. Paris. Kata orang Melayu, sekangkang kera saja. Suami kontraktor ni, kadang-kala nampak mewah, tapi kena ingat – ada tender, adalah duit. Kalau tak ada tender, .. sendiri mahu ingat. Lama juga mereka berkahwin, tapi belum dikurniakan anak. 

Ladies yang ada duit sendiri tu, berhati-hatilah bila didekati lelaki. Betul ke cinta? Atau sekadar nak menumpang?

Liyana ni di tempat kerjanya, kalau time bonus, fuhhh, memang lebat. Tak mainlah setakat sebulan dua gaji. Berbulan-bulan. Rasanya setahun pun pernah. Maklumlah, syarikat hebat. Nak dijadikan cerita, setiap kali dapat bonus, setiap kali itulah duit diserahkan kepada suami. Kononnya suami berjanji akan simpan supaya Liyana tak boros. 

Selepas beberapa tahun, tiba-tiba Liyana terima surat daripada bank yang mengisytiharkan muflis. Terkejut beruk member! Duit kereta, duit rumah, semua dah settle. Celah mana tiba-tiba menjadi muflis pula? 

Rupa-rupanya sewaktu awal perkahwinan, Liyana tanpa sedar telah menandatangani satu dokumen yang diberikan oleh suaminya. Agaknya dia sendiri tak tahu, dokumen tersebut akhirnya menjerat diri sendiri. 

Siasat punya siasat, ya Allah, si Suami telah menghabiskan semua duit bonus Liyana. Menurut Liyana, jumlahnya lebih RM200,000. Duit yang sepatutnya diberikan kepada ibu bapa Liyana untuk dijadikan modal perniagaan lesap begitu saja. Liyana terpaksa meminta jasa seorang rakannya untuk menyorokkan keretanya supaya tidak ditarik oleh bank. 

Ya, Allah, tak terbayang apa yang si Liyana lalui ketika tu….

“Tebal muka aku, Paris, terpaksa cerita semuanya kat boss aku dan minta HR bayar gaji cash sebab dah bankrap! Aku terpaksa jual semua insuran, korek apa simpanan yang ada sebab nak langsaikan hutang tu,” katanya kepada Ms. Paris. “Barang kemas aku yang aku tinggalkan di rumah pun hilang. Dia cakap, biarlah dia simpan sebab takut aku cuai”. 

So, Ms. Paris nak tanya, kalau dah jadi begini, takkan nak mempertahankan perkahwinan tu lagi? Alhamdulillah, Liyana dah pun bertemu jodoh dengan seorang lelaki yang sangat rajin bekerja dan mereka juga mempunyai anak. 

Bekas suami ada Whatsapp group untuk berkongsi gambar lucah

Yang ni seorang lagi kenalan Ms. Paris. Muda sangat orangnya. Kita panggil dia Salina. Mendengarkan kisah bagaimana dia terpaksa berkahwin dengan suaminya pun dah sebak. Tapi tak perlulah kita kongsikan cerita yang itu. 

Kalau tak salah, tahun lepas dia ada hantar Whatsapp dan memberitahu bahawa dia sudah berpisah dengan suaminya. Ms. Paris ni bukan orang jahat yang suka tengok kehancuran rumah tangga orang. Tapi kalau anda sendiri tahu kisah Salina dan suaminya ni, memang rasanya anda sendiri yang pukul jantan tu sampai mati. 

Sebelum Ms. Paris berjumpa dengan Salina tahun lepas (ya, waktu tu dah dilanda COVID-19), dia pernah menangis meminta Ms. Paris datang ke pejabat lamanya di tengah-tengah bandar. Rupa-rupanya pada ketika tu, kantoi suaminya ada girlfriend lain. 

Bukan sekadar girlfriend, si Suami ada Whatsapp group yang semuanya suami orang yang jenis makan luar. Masing-masing tak ada rasa malu untuk berkongsi cerita peribadi mempunyai perempuan simpanan yang diperlakukan seperti sampah. Yang paling teruk, lelaki-lelaki jahanam ni sanggup share gambar dan video lucah dengan girlfriend masing-masing. Apa cara main… Masuk lubang mana… Besar ke tidak asetnya… semua dikongsikan. 

Korang rasa, perempuan-perempuan tu tahu ke gambar dan video mereka dikongsikan untuk tontonan lelaki lain???

Masih belum belajar

Salina pun pernah memberitahu Ms. Paris, suaminya ni yang Ms. Paris selalu gelarkan ‘Setan’ tu baran orangnya. Bukan sekadar baran di mulut, tangan kaki semua boleh sampai ke badan Salina yang kecil molek tu. Ini bukan drama TV ya? Ms. Paris masih ada lagi simpan video Salina, bagaimana si Setan tu pukul sambil merekodkan video. Sampai lebam muka, tangan, badan dan kaki. Kalau tak salah, pernah juga dipukul dengan helmet dan dihantukkan ke tombol pintu. 

Adakah perempuan takut bergelar janda hingga sanggup ‘makan’ penumbuk dan sepak terajang?

Tapi waktu tu masih belum berpisah lagi. Rasanya yang buatkan mereka berpisah adalah apabila si Setan tu nak berkahwin dengan seorang perempuan lain. Entah bagaimana perkenalan mereka pun Ms. Paris tak ingat. Cuma Ms/ Paris ingat yang perempuan tu pernah meminta Salina tarik diri kerana kononnya si Setan tu dah berjanji bulan dan bintang. 

So, kalau korang kena macam ni? Nak tunggu apa lagi? Suami tu buat Tiktok tunjuk video dia dan skandalnya? Lebih baiklah angkat kaki!

Okay, Ms. Paris akan sambung lagi cerita ni di post seterusnya. Tungguuuu….

XOXO

#ParisAshiqin

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *