WINDLAB Indoor Skydiving – Hiburan sesuai untuk seisi keluarga

Nak tahu seronok ke tidak, boleh tengok video ni!

Dari dulu lagi, Ms. Paris memang suka pergi ke One Utama. Macam-macam ada. Nak cari makan, baju, gajet, hiburan pun ada. Dulu selalu juga Ms. Paris lalu di depan Air Rider tu. Dalam hati terlintas, “Nanti nak datanglah”.

Read the English version HERE!

Eh, COVID-19 pula melanda! Itulah padah bertangguh ya. 

Bila Air Rider dah dibuka semula, Ms. Paris pun terfikir nak bawa Hana Humairah dan Rayyan Rizq ke sana. Ufra’ Uqayl belum boleh lagi ya? Sebab adik baru masuk 2 tahun. Nak pergi Air Rider kena umur 3 tahun sekurang-kurangnya ya, adik? 

Nak merasa terbang begini?

Tak sangka pula waktu Ms. Paris tulis review ni, Air Rider dah rebranded menjadi WINDLAB

Anyway, bayangkanlah macam mana nak membawa kanak-kanak berusia 8 dan 7 tahun buat pertama kali ke WINDLAB tu. Tengok video memanglah macam excited semacam kan? 

Tapi sebenarnya, Ms. Paris risaukan si Rayyan tu. Walaupun dah 7 tahun, tapi dia masih lagi pakai lampin waktu tidur. Kali ni pun terpaksa pakaikan lampin. Takut kalau tiba-tiba dia panik sampai terkucil kan. Biasalah, boys! Jangan Ms. Paris yang kena mencuci tempat tu pula nanti. 

Bermulanya kembara kami… 

Akhirnya tiba juga hari Sabtu yang ditunggu-tunggu. Seperti biasa, Ms. Paris akan automatiknya jadi Mak-mak Joyah dengan beg penuh berisi jajan, air minuman, sanitiser, mask dan wet wipes. Nasib baik ada Oliver yang jemput kami dari rumah. 

Setibanya di sana, kami terus mendaftarkan Hana dan Rayyan sementara menunggu dipanggil untuk briefing. Sempat pula si Oliver lari membeli karipap. Patutlah boncet, babe! Kebetulan ada flyers lain yang dah berpengalaman sedang ‘terbang’ di terowong angin tu. Hebat, siap boleh terbang upside down!

Excited Hana dan Rayyan sementara menunggu giliran masing-masing.

Eh, eh, sempat pula Ms. Paris ….

Tiba-tiba ada pula Abam Blondie menegur. Mmmm.. bagi sesiapa yang dah lama mengikuti Ms. Paris di Media Sosial mesti tahu, kelemahan Ms. Paris adalah lelaki berambut blond. Boyfriend lama pun ramai yang berambut blond. Yang paling seksi bila bermata biru kelabu. Iklan sekejap, tapi Cinta Hati Terutama Ms. Paris matanya biru hijau pula! Alahai! Can’t have them all, can we?

Rasanya expat tu salah seorang manager di situ. Dia menegur Ms. Paris dan bertanya, kenapa tak join sekali? 

Ms. Paris melawak (flirt sikit-sikit!) dan berkata, “Biarlah budak-budak try dulu!”

Abam Blondie tu bertanya lagi sambil bergurau, “Mak ayah sekarang buat macam tu ya?”

Cutenya dia! But sorry, Ms. Paris tengah Mummy Mode. Tak done nak flirt macam dulu. So Ms. Paris jawab saja, “Tak apa, boleh buat (anak) baru”. Bye-bye, Blondie!

Tak lama lepas tu, kami diperkenalkan dengan Ketua Jurulatih Penerbangan bernama Kid. Semasa briefing tu, Kid ada terangkan teknik penerbangan yang selamat. Yang penting, postur badan untuk memudahkan pernerbangan. Terpaksa Ms. Paris minta Kid ulang semula briefing tu. Maklumlah, Hana dan Rayyan ni nampak macam dah besar, tapi masih baby lagi. So kena bertabah sikit. 

Cute betul anak bujang seorang ni! Muka handsome dah, gigi saja kurenggg…

Tibalah masanya untuk mengenakan sut terbang yang sesuai. Bagi Rayyan, mudah saja nak mencari saiz yang sesuai sebab badannya kurus macam batang pinang. Hana pula sudahlah menggalah, perutnya pun prosperous macam Prosperity Burger. 3 kali juga bertukar baju, barulah jumpa saiznya. Kami juga menyewa kasut jenis bertali sebab takut kasut mereka tercabut waktu terbang nanti. 

Amboi-amboi! Segaknya Hana dan Rayyan!

Bawaku terbang

Ahaaa, dah bersedia untuk terbang ke awangan? Kid membawa Hana terbang dahulu. Ms. Paris pun dah mula sibuk untuk merakam video. Maklumlah, buat kenangan Hana dan Rayyan bila dah besar nanti. Boleh tahan confident juga si Hana nampaknya. 

Bila giliran Rayyan, Ms. Paris dah mula nervous. Aduhai, anak bujang, jangan sampai terkencing ya, adik? Nasib dah pakaikan lampin. Kasihan pula tengok Rayyan sewaktu mula-mula cuba terbang. Agaknya sebab kurus, memang macam terapung-apung ditiup angin, haha! Lepas ni Adik makan banyak sikit ya?

Kakitangan perempuan di WINDLAB siap memuji postur Hana, katanya cantik!

Setiap penerbangan ambil masa kira-kira 50 saat. Rasa macam sekejap sangat kan? Tapi bagi yang terbang tu, Ms. Paris pun tak tergambar perasaan mereka. Second round, Kid bawa Hana terbang lebih tinggi. Mak ai! Laju! Lepas tu, Rayyan pula. Nampaknya macam dia dah boleh control postur badannya. 

Si Kid bagi signal kat Ms. Paris, nak tambah flight atau tidak untuk Hana dan Rayyan. Eh, tak sangka, si bujang yang cakap nak! Amboi! Anak mak yang seorang ni nak jadi pilot ke? Yang hairannya, Hana pula yang tak nak terbang sekali lagi. 

Pandainya Rayyan terbang.

Sampailah si Oliver berbisik, dia ternampak Hana macam dah mula rasa tak selesa. Eh, betul! Keluar saja dari terowong angin tu dah pecah empangan air matanya. Alamak! Bila ditanya, kenapa Hana menangis? Percaya atau tidak, ini jawapannya, “Hana tak nak jadi burung!” Allahu! Anak siapa ni?

Okay, tu sebenarnya tanda untuk pergi lunch. Baik cepat sebelum banjir lagi. 

Ada yang dah sama teruja ke tengok gambar ni?

Apa kata Ms. Paris?

Ulasan mudahnya, sekiranya anda berminat untuk mencuba pengalaman di WINDLAB, ini antara tips yang perlu anda tahu. 

  1. Setiap orang perlu mengambil pakej individu yang menawarkan sekurang-kurangnya 2 sesi penerbangan bermula dari RM99 setiap seorang. Untuk pakej lengkap, sila klik DI SINI
  2. Setiap penerbangan tambahan akan dikenakan bayaran RM35 untuk tempoh kira-kira 50 saat
  3. Anda perlu memakai pakaian yang selesa supaya mudah untuk mengenakan sut terbang. Sengaja Ms. Paris datang memakai kaftan hari tu. Kurang sikit godaan nak terbang bersama!
  4. Kasut yang paling sesuai adalah kasut jenis bertali. Kalau Ms. Paris pakai high heels, memang bocor kepala jurulatih penerbangan tu nanti. 
  5. Selepas anda buat tempahan penerbangan, anda perlu datang kira-kira sejam lebih awal untuk persiapan briefing dan memakai sut terbang. Jangan pula sibuk nak makan berat-berat. Silap-silap terkeluar semula makanan tu bila dah terbang ke atas. 
  6. Berita gembira! Sekiranya ada mempunyai anak berusia 3 tahun ke atas, mereka pun boleh juga untuk terbang bersama. Sayangnya Baby Kyle baru saja masuk 2 tahun awal bulan Oktober ni. Adik tunggu tahun depan ya? Tapi jangan lupa, kalau anak anda macam sI Rayyan ni, sebaiknya pakaikan lampin. Manalah tahu. 
  7. Akhir kata, selamat bergembira!

Sekiranya anda ada soalan-soalan lain, boleh hubungi WINDLAB menerusi Whatsapp atau Email. Jangan lupa untuk ikuti WINDLAB di Media Sosial juga!

Baca ulasan ini dalam Bahasa Inggeris DI SINI.

Kalau masih tak ada inspirasi untuk terbang, cuba tengok pengalaman orang lain di Facebook WINDLAB Indoor Skydiving.
Jangan lupa ikuti mereka di Instagram: @WINDLAB.IndoorSkydiving

XOXO,
#ParisAshiqin

Jangan lupa tengok video pengalaman Hana & Rayyan di WINDLAB Indoor Skydiving!

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *