Rawatan memutihkan gigi… biar betul!

Ms. Paris suka tengok artis Hollywood yang mempunyai gigi putih bersih bersinar sampai terkelip-kelip mata melihatnya.

Sebenarnya dah lama Ms. Paris teringin nak menjalani rawatan memutihkan gigi tapi tak tersampai hajat. Mostly berfikir tentang kos. Maklumlah, setakat nak putihkan gigi, banyak benda boleh dibeli dengan duit tu. Tambah-tambah musim COVID-19 ni, memang banyak nak guna duit.

Kali ni, memang Ms. Paris bulat hati nak mencuba.

Memang sesuai berlakon filem ‘Mona Lisa Smile’! Julia Roberts ni kalau senyum memang confirm buat orang terpesona. Terima kasih, NBC News!

Hajat Tak Sampai

Kalau anda nak tahu, sebelum ni Ms. Paris ada membuat temujanji dengan salah sebuah klinik gigi yang agak popular di Cheras. Dah pilih tarikh dan masa, dah siap bayar pun. Eh, tiba-tiba pengurus klinik telefon dan minta tangguhkan. Katanya, klinik nak renovate. Allahu! Mula-mula Ms. Paris minta tarikh awal, katanya nak renovate. Ni tarikh yang dia bagi pun dah sampai, masih tak habis renovate lagi ke? Sudahlah katanya, teeth whitening hanya dibuat pada hari bekerja saja.

Ms. Paris terus minta refund. Malas nak pening-pening. Lepas minta refund tu, dentist di klinik tu message dan offer untuk berikan 1+1 kalau Ms. Paris proceed dengan pakej tu. Alahai, tak apalah, Dr. Aiman, terima kasih. Walaupun Dr. Aiman offer untuk buatkan pada hari minggu, tapi Ms. Paris rasa malas pula nak travel ke Cheras pada hari minggu. Maklumlah, route merayap ta sesuai dengan jiwa, haha! Selalu Ms. Paris lepak di sekitar PJ/Bangsar/Damansara saja.

Jangan lupa refund saya ya? Walaupun RM3XX saja, duit tuuuu!

Berdarah hati tengok Miranda Kerr ni. Muka cantik, senyum cantik, ada lesung pipit lagi! Aduhh, berdarah! Terima kasih, Desktop Background!

i-Sihat Dental Care Setapak

Skodeng punya skodeng di Instagram, ternampak pula offer daripada i-Sihat Dental Care di Setapak. Sederet dengan Mali’s Corner yang popular tu! Wah! Lokasi dah ngammmm, kira-kira 10 minit saja dari rumah. Kalau jalan kaki pun rasanya tak sampai 30 minit.

Klinik i-Sihat ni baru saja dibuka pada bulan November 2021. Patutlah Ms. Paris tak perasan sebelum ni.

So, Ms. Paris pun bertanya tentang pakej yang ditawarkan.

  1. Scaling – RM80
  2. Express scaling and whitening (pembersihan dan pemutihan segera) – RM259. Katanya boleh bertahan 3 hingga 6 bulan.
  3. Korean Whitening
  4. 1 kitaran– RM188
  5. 2 kitaran– RM350
  6. 3 kitaran– RM499. Katanya boleh bertahan 8 hingga 10 bulan, tapi ada risiko gigi sensitif.
  7. GLO American Whitening RM799. Katanya boleh bertahan setahun tanpa risiko gigi sensitif. Tapi mahal la pulakkk…

Tak apalah, Ms. Paris fikir, lebih baik cuba yang express dulu dan tengok hasilnya. Meninggal kalau nak bayar sampai RM799 tu sekali jalan.

Cantik kan? Tak nampak macam klinik lain.

Appointment dijadualkan pada 31 Januari, pujul 8.00 malam. Hajat di hati nak gigi putih bersinar sempena Tahun Baharu Cina. Mana tahu, lebih ong jadinya!

Petang tu, sewaktu Ms. Paris masih sibuk memasak dengan Hana Banana, tiba-tiba dapat Whatsapp daripada klinik yang meminta Ms. Paris datang awal. Apa lagi, bergegaslah ke sana. Pukul 7.15 malam dah tercongok depan klinik.

Memang cantik betul klinik ni. Siapa yang datang mesti nak bergambar sakan OOTD.

Suka tengok konsep decor tropical macam ni!
Hijau Petronas ni memang cantik dan berhantu kan? Kontras dengan kerusi tu, fuhh! Eye-catching!

Demi Nak Cantik

Dari pukul 7.15 tu lama juga Ms. Paris menunggu. Ingat dapat terus masuk. Maklumlah, dia yang panggil kita untuk datang awal kan? Sudahnya, pukul 8.00 malam juga baru dapat jumpa doktor gigi. Eh stress!

Sebenarnya lupa nak bertanya nama doktor gigi tu. Bukan sebab Ms. Paris sombong tahu! Rasanya doktor gigi tu tak berapa mesra agaknya. Maklumlah, dah pukul 8 malam, dah penat dan mengantuk agaknya. Jangan nanti dia tercucuk jarum di mulut, sudahlah!

Percaya atau tidak, Ms. Paris gosok gigi sekurang-kurangnya 3 kali sehari sebab rasa macam psycho nak gigi putih!

Tips mengekalkan kesan putih selepas rawatan

Doktor gigi ada berkongsi tips selepas menjalani rawatan pemutihan gigi. Katanya, kalau nak pastikan kesan pemutihan tu kekal, kenalah ikut tips ini. Lagipun, dia ada berkata, dengan warna gigi Ms. Paris ni, walaupun ambil rawatan express, masih boleh nampak kesan pemutihan. Gigi Ms. Paris bukannya kuning pun, cuma tak seputih artis lah!

  1. Gigi akan menjadi poros selepas rawatan. So, janganlah gatal-gatal nak makan benda berwarna contohnya kari (matilah kalau bertambah kuning!), sambal, kopi dan lain-lain selama 48 hingga 72 jam. Maksudnya 3 harilah berpantang tu.
  2. Kalau anda macam Ms. Paris, sejenis hantu kopi yang rasa bagaikan tak boleh nak berfungsi tanpa kopi, boleh minum tapi kena guna straw. Percayalah, lepas rawatan tu memang akan rasa sayang nak makan macam-macam.
  3. Sesetengah orang akan mengalami gigi sensitif pada awal rawatan. Tak lama, cuma sehari dua saja. Boleh cuba makan makanan lembut macam bubur dan roti.

Selain daripada scaling dan polishing, rupa-rupanya ada gigi yang perlu ditampal. So tambahlah RM100. Lepas selesai barulah bermulanya rawatan pemutihan. Mak aiii, jenuh ya nak menahan rahang ni. Rasa nak tercekik dengan air liur sendiri pun ada. Maklumlah, pertama kali buat whitening. Lebih kurang sejam juga untuk selesaikan semua rawatan.

Kena pakai cermin mata macam ni supaya dapat mengurangkan kesan silau daripada laser pada gigi nanti.

Putih ke tidak?

Alahai, kecewa sebenarnya apabila melihat ke dalam cermin! Ingatkan dapat improve 2 hingga 3 shades ke, kan? Lain orang, lain kesannya agaknya.

Alaaaaaa… tak putih pun!

Tak apalah, sekarang dah cuba buat rawatan whitening, so Ms. Paris dah tahu what to expect next time.

Maksudnya, selepas ni bolehlah mencuba rawatan pemutihan gigi di klinik lain pula. Mungkin dapat kesan yang lebih ketara. Cumanya nasihat Ms. Paris, sebelum menjalani apa-apa rawatan, buat pembacaan dan research sedikit. Bukan apa, barulah berbaloi nak dapatkan rawatan kemudian.

Tanya saja doktor gigi apa soalan yang anda rasakan perlu. No question is a stupid question, especially when it comes to YOUR teeth and YOUR money! Bukan itu saja, anda perlu tahu, selepas rawatan pemutihan, anda perlu menunggu sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum membuat temujanji seterusnya.

Haaaa, sekarang anda dah tahu risiko mendapatkan rawatan express. So pilih rawatan yang terbaik untuk gigi anda. Jangan jadi macam Ms. Paris ni. Dahlah tak sempat nak putihkan gigi sempena Tahun Baru Cina, nampaknya sampai Hari Raya gigi ni macam ni juga. Alaaaaa…

XOXO,

#ParisAshiqin

Kalau banyak duit macam Angelina Jolie ni, memang terus Ms. Paris buat veneer saja! Terima kasih, Entertainment Tonight!

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *