Chickita Malaysia!

Chickita Malaysia – Cuba, jangan tak cuba!

Chickita Malaysia!
Chickita Malaysia di Pavilion Damansara Heights

Lama betul Ms. Paris tak update blog ni! Dah bersawang pun, haha!

Nak buat macam mana, sama ada tak ada masa, atau tak ada kerajinan. Ms. Paris sebenarnya lagi rajin pergi ke gym

Baharu-baharu ni, junior Ms. Paris di UiTM dulu, Isz yang kini dah jadi editor di KL Hype menjemput Ms. Paris ke satu food review di Pavilion Damansara Heights. Nama restoran tu Chickita Malaysia. Cute sangat nama!

Chickita Malaysia di Pavilion Damansara Heights
Chickita Malaysia di Pavilion Damansara Heights

Orang dah jemput ke food review tu, apa lagi kan? Tulislah review satu! Takkan makan free saja? Haha!

Ahaaa, dah bersedia nak baca ulasan ikhlas daripada hati? Ding ding ding!

Terima kasih, Chickita Malaysia!

Dari aspek penampilan dan konsep hiasan dalaman tu, memang Ms. Paris yakin, ramai yang akan membuat perbandingan dengan satu lagi brand flame-grilled chicken. The resemblance is (almost!) uncanny, sis! Haha!

Chickita Malaysia di Pavilion Damansara Heights
Cantik kan hiasan dalaman di sini?

Ayam, Bermacam Ayam

Sekarang, kita cerita tentang menu pula. Personally, Ms. Paris memang suka makan ayam. In fact, usia dah menginjak remaja purba ni, kena banyak makan protein dari sumber bukan daging merah. 

Menariknya, menu utama di Chickita Malaysia ini diperap selama 24 jam untuk memastikan rasa daripada rempah-ratus yang digunakan itu diserap sepenuhnya. Dan, teknik memanggang ini (flame-grilled cakap omputeh!) memang jauh lebih sihat daripada menggoreng. Ms. Paris yakin, tukang masak di Chickita Malaysia sudah terlatih untuk menjaga api pemanggang itu supaya tidak hangus. Sebab apabila hangus, ada risiko lain pula pada kesihatan tubuh. 

Cun! Daging ayam memang lembut dan mudah dipotong. Lebih mudah nak masuk mulut, konsepnya. Rasa, memang sedap! No two-way about it!

Cuba dulu baharu tahu rasanya – Chickita Malaysia

Nak tambah umph?

Nak lagi sedap? Ahaaaa, this is where is gets interesting! Chickita Malaysia menawarkan 6 jenis sos bercitarasa eksklusif yang dibuat menggunakan bahan-bahan tradisional yang mudah didapati di rantau Asia Tenggara. Contohnya, satu sos tu dipanggil Tamarita, dihasilkan daripada bahan asli termasuk asam jawa. Of course, kalau di Malaysia ni tak hidang sos pedas-pedas, memang alamatnya kuranglah kick rasa tu! 

Lepas ni kenalah pergi berlari 7 hari 7 malam!

Paling seronok, Ms. Paris cuba campurkan 3 sos berlainan – Chickita Tropical (berasaskan mangga citrus), Dynamite Chickita (paling pedas) dan Tamarita. Hasilnya, hilang pedoman sekejap sebab terlalu asyik menikmati ayam tu. Tapi kalau anda nak tahu, di Chickita Vietnam, mereka menawarkan 9 jenis sos istimewa! Mak aiii! Tak adil ni! Tak percaya, cuba tengok DI SINI

Rasanya, gabungan 3 sos ni yang paling meletoppp!

Masih belum kenyang?

Tak lengkap rasanya kalau pergi ke restoran seperti Chickita Malaysia ni kalau tak ada hidangan sampingan. Alhamdulillah, banyak pilihan yang berasaskan sayur-sayuran. Petugas media lain sibuk mengejar seafood dan masakan ala Korea, bagi Ms. Paris, dapat hidangan sayur ni ibarat durian runtuh! Tak dapat durian pun tak apa!

Chef Asif Mehrudeen, Pengasas Chickita yang menetap di Vietnam pula tak habis-habis memujuk kami mencuba menu nasi ayam mereka. Aduhai, kalori lagi! Haha! Tak apalah, dah tuan rumah menjemput, bedal sajalah! Bila lagi berpeluang dijemput makan oleh Big Boss kan?

Chickita Malaysia – restoran yang sesuai untuk seisi keluarga!

My verdict, sedap but I can survive without it! Desserts pula lepas tu, Allahu! Sumpah best, sebab resepi tu 

Alhamdulillah, terlebih kenyang akhirnya! Sampai nak berjalan pun terkedek-kedek! Nasib baik, Isz tumpangkan sampai ke Stesyen MRT. Insya-Allah, Ms. Paris akan datang lagi untuk mencuba menu lain pula. Cumanya selalunya, kalau free, memang Ms. Paris lepak di area PJ saja. 

So, kalau ada yang dah mencuba flame-grilled chicken di Chickita Malaysia ni, jangan lupa kongsi pandangan ya?

See you!

XOXO

#ParisAshiqin

Boleh cuba lagi lepas ni!

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *