Murahnya urutan di Cozzyland! RM98 untuk 2 jam!

Cozzyland Reflexology & Family Spa
Cozzyland Reflexology & Family Spa

Baca ulasan dalam Bahasa Inggeris DI SINI!

Rasanya dah lama Ms. Paris tak merasa urutan satu badan yang best. Dulu zaman jadi wartawan TV dan penulis majalah, memang tak putus-putus undangan untuk buat review. Pernah juga dapat undangan ke hotel 5 bintang yang mempunyai spa urutan yang terkenal. Pakej paling murah pun hampir RM400 harganya! 

Rindu jemputan ke spa dan hotel macam dulu… haha!

Kalau dapat gaji dalam USD ke, Euro ke, sedaplah juga nak splurge sesuka hati macam spa tu bapa kita yang punya kan? Nak buat macam mana, gaji dalam RM! Haha! Nak-nak pula sekarang ni, Ms. Paris hanya buat full-time freelancing saja. Nak tenangkan fikiran sementara mencari peluang baharu. So, option yang ada, hanyalah spa yang mur-mur saja!

Kawan baik Ms. Paris, Si Oliver tu pernah bercerita tentang sebuah spa di sekitar Kota Damansara iaitu Cozzyland Reflexology & Family Spa, berhampiran dengan kawasan The Strand/Encorp Strand. Katanya, urutan 2 jam hanya berharga RM98 sahaja! 

Mana nak cari harga macam ni kat area Lembah Klang, sis?

Apa lagi, elok saja habis satu job interview di TTDI, terus Ms. Paris bergerak ke sana. Dekat sahaja! Naik MRT dan turun ke stesen Surian. Kalau tak sebab hari tu hujan lebat, memang rasanya Ms. Paris akan berjalan kaki saja. Tak sampai 1 km pun! Nak buat macam mana, cuaca pun aneh-aneh sekarang. So, book saja e-hailing

Sesampai saja ke spa yang dimaksudkan, Ms. Paris terkejut. Memang betul mur-mur pakej yang ditawarkan. Ingatkan masa tertentu saja harga RM98 tu. Pilihan pakej yang ada termasuklah urutan tradisional Thailand, Bali dan Malaysia. Dah lama Ms. Paris tak merasa urutan Bali. Apa lagi, terus Ms. Paris bayar untuk pakej 2 jam tu! 

Dah bersedia untuk diurut?

Macam biasa, kita cuci kaki dulu sebelum pergi ke ruangan mengurut. Tukang urut Ms. Paris tu nampaknya macam gempal-gempal sikit, so rasanya adalah kudrat nak mengurut orang yang sama gempal macam Ms. Paris ni, haha! 

Ulasan ikhlas dari hati ….

Aduhai, tak tahulah apa nasib Ms. Paris hari tu! Tukang urut yang Ms. Paris dapat ni macam tak berapa serasi gaya urutannya. Selalunya, kalau urutan tradisional Bali ni lembut dan relaxing, baru beberapa minit urut memang Ms. Paris akan terus terlena. Tapi kali ni, rasanya lain sedikit sebab urutannya macam gaya Thailand – jenis yang ibarat nak ‘patah-patahkan’ tulang dan sendi kita tu. 

Entahlah, pengalaman Ms. Paris sebelum ni lain daripada pengalaman di sini. Lain orang, lain caranya mungkin.

Haha, nak dijadikan cerita, Ms. Paris balik pun terasa sakit belakang. Kalau ikut pengalaman Oliver, katanya, sakit sehari saja, lepas tu lega dan badan terasa ringan. Malam tu, Ms. Paris rasa susah sikit nak tidur sebab sakit belakang. Esoknya pula, dah nampak lebam-lebam di belakang. Oliver pun dah berpesan supaya makan panadol untuk kurangkan rasa sakit. 

Haisy, tak apalah! Dah nasib, nak buat macam mana? Honestly, I won’t cross out the spa altogether. Maybe, lepas ni Ms. Paris akan cuba urutan tradisional Malaysia pula. Teringin juga nak tahu, style Melayu jenis yang boleh sembuhkan sakit tulang dan sendi itukah? Atau mungkin ada cara yang Ms. Paris sendiri tak pernah cuba. 

Kalau ada cadangan spa menarik, boleh kongsikan ya?

Nak cuba urutan di Cozzyland?

Cozzyland Reflexology & Family Spa

Alamat: 47 Jalan PJU 5/20 The Strand, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Telefon: +603-6150 3615

Emel: hello@cozzyland.com

Facebook: https://www.facebook.com/cozzyland/ 

Instagram: https://www.instagram.com/cozzyland/?hl=en 

Kalau anda sama seperti Ms. Paris, jenis yang selalu menggunakan pengangkutan awam, boleh naik MRT dan turun di Stesen Surian. Kalau cuaca elok, bolehlah berjalan kaki saja (kalau laratlah, ya?) atau naik e-hailing saja. 

Ada cadangan tempat best untuk berurut? Boleh kongsikan dalam ruangan komen ya?

Jumpa lagi!

XOXO,

#ParisAshiqin

p/s- sayang gambar pergi ke tempat urut di Langkawi dulu ada dalam telefon Mr. Sepanyol, haha! Kalau tak, dah boleh buat lagi satu review!

Okay, next spa destination, please!

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *