Aduhai, kisah surau awam di pusat membeli-belah Malaysia…

Sejak bertambah tua ni, makin mudah pula Allah menggerakkan hati untuk menyempurnakan ibadat bersolat. Kalau dulu, Ms. Paris akui, memang malas betul nak bersolat. Sejak akhir-akhir ni, alhamdulillah, indah betul perjalanan tu. 

Mana-mana yang rapat dengan Ms. Paris tahu Ms. Paris ni memang ada tempat-tempat lepak yang sering dikunjungi. Boleh dikatakan kebanyakan pusat membeli-belah di kawasan Setapak/Wangsa Maju, KLCC dan sewaktu dengannya hingga ke Bangsar dan Petaling Jaya. So, memang sampai waktu, Ms. Paris akan ke surau untuk menunaikan solat. 

Alhamdulillah, dipermudahkan perjalanan untuk mencari syurga… semoga istiqamah!

Ni pendapat Ms. Paris saja ya? Jangan dipolitikkan pula!

Ada pusat membeli-belah besar bukan main, tapi ruangan solatnya kecil saja. Di mall lain, ada juga pusat membeli-belah yang besar, tapi ruangan solatnya jauh dari one wing to the other. Ada ruang solat yang laluannya sempit bukan main. Bagi wanita yang belum sempurna menutup aurat macam Ms. Paris ni, terpaksa berhati-hati berjalan kalau sudah berwudhuk. Takut terlanggar orang lelaki. Jangan sindir pula, “Sebab tu Allah suruh tutup aurat!” ya?

Surau Pusat Membeli-belah Yang Cantik dan Bersih

So far, surau mall yang paling cantik terletak di Starhill. Masya-Allah, lawa betul! Sesuai betul dengan status sebagai a high-end mall! Confirm pelancong Arab dan Indonesia yang kaya-kaya pun seronok nak beribadat di situ lepas berhabis duit di mall tu. Kalau Ms. Paris ada event atau urusan di sekitar Bukit Bintang, memang surau Starhill itulah destinasi nak bersolat. 

Masya-Allah, cantiknya surau ni!
Sayangnya, ada masa tertentu. Luar waktu yang ditetapkan, memang panas sebab aircond ditutup, bahang ooooh!

Dari Pavilion KL pun, sanggup Ms. Paris melintas jalan nak ke Starhill. Why, you wonder? Have you seen the surau there? There you go!

Terletak di food court, tapi …

Next, rasanya surau di area food court Mid Valley Megamall tu yang paling best! Sebab apa, walaupun simple saja berbentuk L dan terletak betul-betul dalam kawasan food court, tapi surau tu sangatlah bersih dan refreshing! Sumpah tak ada bau makanan langsung. Penghawa dingin dan ventilation dia memang power! Lagi satu, sebab dekat dengan Celebrity Fitness tempat Ms. Paris dan office husband, Mr. Wong selalu pergi. 

Sebenarnya di Mid Valley tu ada satu lagi surau yang dekat dengan GSC Cinemas tu. Tapi personally bagi Ms. Paris, surau tu tak berapa best kalau dibandingkan dengan surau di food court tu. Luas dan bersih. 

Surau di sini memang best! Nak berzikir dan mengaji pun sejuk rasanya. (Sumber Gambar: The Edge Malaysia)

Surau di Suria KLCC pun cantik dan bersih juga. Cumanya, tak pernah sunyi, haha! Maklumlah, trafik pengunjung tinggi dari pagi sampai ke malam kan. Kemudahan seperti telekung dan sejadah pun cukup. Bagi Ms. Paris, memang dah biasa bawa telekung dan sejadah sendiri, pergi ke surau mana-mana pun boleh.

Betul-betul, our Malaysian pride! Surau pun cantik dan bersih. Insya-Allah, next time, Ms. Paris cuba ke Masjid KLCC tu pula.

Surau di Nu Sentral pun boleh tahan luas dan bersih. Cumanya, lantai kayu tu kalau tak berhati-hati boleh terjungkit. Sebab pernah ada orang hampir terjatuh apabila hilang balance terpijak lantai kayu yang hampir tercabut tu. 

Bertahun-tahun kerja di area Bangsar/KL Sentral, haha! (Sumber Gambar: The Star)

Kisah yang tak berapa cantik untuk diceritakan…

Ada juga surau di mall yang bagi Ms. Paris tak semegah nama mall tu. Tapi nak buat macam mana, tak semua management mall yang faham keperluan surau ni. 

Sedih juga dalam negara majoriti Islam macam Malaysia ni, ada juga kemudahan surau yang tak sejajar dengan imej negara.

Sebenarnya tujuan Ms. Paris menulis blog ni bukan sekadar nak berkongsi pengalaman menggunakan surau di mall tersohor di sekitar Lembah Klang ini. Baru-baru ni, Ms. Paris ada lepak dengan geng PR Girl yang seorang ni, namanya Effie. 

Dulu zaman jadi writer tak pernah pula lepak bersama, tapi baharu-baharu ni terjumpa semula dan terus jadi kawan. Seronok berborak dengan si Effie ni! Dia punya pandangan pasal a lot of issues itu memang boleh dikatakan in sync dengan my kind of thinking. Boleh vibe! Aggitew!

Tapi, bukan ke surau tu tempat awam?

So antara benda yang pernah kami bincangkan adalah sikap sesetengah Muslimah di Malaysia ni apabila berada di dalam surau. Betul surau tu milik awam, so semua orang berhak menggunakan surau. 

Daripada berbual kosong dan gelak ketawa, bayangkan kalau masa tu digunakan untuk berzikir dan mengaji.

Tapi, atas sebab yang sama, surau tu perlu dihormati untuk kegunaan orang awam. Antara sikap segelintir Muslimah apabila berada di dalam surau tu adalah berborak dan ketawa dengan kuat hingga mengganggu orang lain yang sedang beribadat.

Sama juga apabila menjawab telefon. Tolonglah jawab di luar surau atau minta kawan tu telefon semula. 

Lepas tu, tak kisah nak bawa anak-anak ke surau. Early exposure untuk menggalakkan bersolat. Lagipun, siapa lagi nak jaga anak-anak di Malaysia ni kalau bukan maknya kan? Nak harapkan bapanya, haha, sujud syukur sajalah kalau dapat suami yang baik.

Tapi tolonglah pastikan anak-anak tak mengganggu orang lain dengan bunyi bising. Paling tak boleh blah, pernah terjadi di Nu Sentral. Ehhh, anak bujang 2 orang tu main senapang dalam surau tu! Baru beli agaknya. 

Sejuk hati Ms. Paris setiap kali melihat si ibu mengajar anaknya berzikir, berdoa atau mengaji di surau awam. Sebab tak boleh curi-curi ambil gambar, kita guna gambar Canva sajalah ya?

Perlunya rasa prihatin sesama umat

Lagi satu, bagi waktu solat yang singkat, contoh terbaik, Maghrib. Lepas solat, tolong beransur keluar. Tambah-tambah bagi surau yang kecil dan penuh dengan orang. Bukan nak menghalang bagi mereka yang nak menggunakan masa terluang untuk berzikir, tapi cuba fikir logik sikit. Waktu Maghrib tu singkat sangat. Tak perlulah duduk di surau tu sampai Isyak. 

Tambah-tambah di surau seperti di Pavilion KL, Lot 10 Bukit Bintang, Jaya One, One Utama, Avenue K, Bangsar Village, Sunway Nexis dan yang seangkatan dengannya. Bagi peluang orang lain nak menyempurnakan ibadat juga ya? 

Dan paling penting, tolong jaga kebersihan. Jangan buat kotor, tak kisahlah bawa makanan ke, atau stroller ke. Sebab tu, orang berkerusi roda yang biasa ke surau awam akan bersolat di bahagian belakang surau. 

Again, just my humble opinion!

Jumpa lagi!

XOXO,

#ParisAshiqin

Sebenarnya, hajat di hati nak menunaikan solat di masjid dan surau negara lain, insya-Allah!

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *