Beautiful flawless skin

5 Produk yang BERJAYA mengurangkan kesan parut di muka

Hai, hai, hai!

Ms. Paris faham, sejak kes COVID19 meningkat naik semula dari hari ke hari, semakin ramai yang mula berasa stres dan resah. Samalah seperti pertama kali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan pada bulan Mac yang lepas, rata-rata kita terpaksa berkurung di rumah dengan mengehadkan aktiviti di luar rumah untuk melaksanakan perkara yang penting sahaja. Waktu itu jugalah, jerawat Ms. Paris tumbuh ibarat cendawan selepas hujan, aduhai! 

Cumanya kita agak beruntung, dalam tempoh tersebut, farmasi adalah antara perniagaan yang dibenarkan beroperasi. Sebab itu, Ms. Paris mengambil kesempatan untuk membeli beberapa produk untuk mengurangkan parut yang tinggal selepas jerawat tersebut kering. Ada sesetengah orang memang low-maintenance sedikit, pakai produk apa pun jalan saja! Elok saja kesannya. Bagi Ms. Paris pula, memang kadang-kala bertambah stres untuk mencari produk yang sesuai untuk kulit jenis kombinasi berminyak ni. 

jerawat
Jangan picit jerawat! Nanti kesan parutnya susah nak hilang!

Apa kata kita jangan membuang masa, Ms. Paris akan kongsikan 5 jenis produk yang berjaya mengurangkan kesan parut di muka akibat PKP yang jahat ni!

Bab mencuci dan menyegar tu, Ms. Paris serahkan mengikut produk yang bersesuaian dengan kulit korang. Lain kali kalau ada masa, Ms. Paris akan ceritakan sedikit tentang jenis pencuci yang elok. Sekarang ni, kita fokus untuk mengurangkan parut dulu ya? Apa-apa pun, biar Ms. Paris ingatkan, Ms. Paris ni bukan pakar kulit, cuma seseorang yang berkongsi pengalaman sendiri. Dah bersedia?

parut
Sumpah tak bohong! Memang beginilah rupa Ms. Paris waktu awal-awal PKP dulu!

Soalan: Boleh ke kita gunakan produk pengelupasan berasaskan kimia?

Okay, macam nilah, semua produk kecantikan yang kita ada memang mengandungi campuran bahan kimia. Yang membezakannya hanyalah jenis dan jumlahnya sahaja. Kalau ada yang mengaku kononnya produk itu tak mempunyai bahan kimia langsung, eh bohong betul tu! Sebab kalau anda lenyek sendiri buah ke, beras ke, tepung ke untuk dibuat produk kecantikan sendiri, ia masih mempunyai kesan rantaian kimia terhadap kulit kita. Kalau tak percaya, boleh belajar Sains ya?

Apa-apa pun, Ms. Paris menyarankan supaya korang belajar cara membaca bahan-bahan yang disenaraikan di label sebarang produk yang dijual. Selalunya kalau kandungan bahan tersebut tinggi, ia tersenarai sebagai bahan yang pertama. Ni trick yang diajar kepada Ms. Paris waktu belajar di Jerman dulu. 

Untuk buat pengelupasan atau peeling, Ms. Paris guna The Ordinary AHA 30% + BHA 2% Peeling Solution. Baca namanya pun korang dah boleh tahu kan bahan aktif yang digunakan dalam produk ni. Sebenarnya sebelum menggunakan produk ni, Ms. Paris dah banyak buat research tentang produk ni sebab waktu muda-muda dulu Ms. Paris pernah gunakan pelbagai jenis produk peeling. Memang hancur jugalah muka time tu! Menyesal tu jangan cakaplah! Anyway, banyak review best yang Ms. Paris tengok berkaitan produk The Ordinary ni. Cumanya kena berhati-hati sebab ada manusia jahanam yang menjual produk tiruan tahu! 

Pertama kali menggunakan produk ni, fuhhh, memang excited betul sebab warnanya merah macam darah! Feeling Twilight sedikit! Sapukan rata di kulit dan biarkan lebih kurang 10 minit. Dalam tempoh 10 minit tu, produk ni akan mula mengelupaskan sel mati pada permukaan kulit. Apa-apa pun, cukup saja 10 minit tu cuci terus muka dengan kapas ya? Confirm korang terkejut tengok muka tu terus jadi macam ada glow gitu! Gunakan seminggu sekali dan korang boleh tengok, lama-lama berkuranglah parut tu. 

The Ordinary
(Terima kasih, Pinterest!)
Memang rupanya macam menyeramkan bila disapu, tapi memang betul-betul elok!

Soalan: Adakah serum boleh membantu mengurangkan parut?

Kalau mengikut pengalaman sendiri, yes, setuju! Bagusnya serum kulit ni sebab teksturnya yang ringan dan mudah diserap oleh kulit. So, lepas cuci dan guna penyegar, Ms. Paris akan sapukan serum dan urut seluruh permukaan muka dan leher sehinggalah betul-betul menyerap ke kulit sebelum menggunakan produk lain. 

Ahaa, ni satu soalan cepumas, apakah perbezaan antara serum dan esen? Korang boleh baca di Fashionista.com. Mungkin boleh jelaskan sedikit perbezaan terms yang digunakan. Lagipun bidang kecantikan ni terlalu cepat sangat berkembang dan berubah. 

Banyak jenama yang menjual pelbagai jenis serum untuk menepati kehendak kulit yang berbeza. Bagi Ms. Paris, tak semestinya beli yang berjenama mahal, asalkan produk asli cukuplah. Buat masa ini, Ms. Paris suka menggunakan BIOAQUA 24K Gold Skin Care Essence. Ms. Paris pernah juga cuba yang asid hyaluronik tu tapi dari segi serapan tu kurang sedikit berbanding yang 24k Gold Essence. 

Selalunya Ms. Paris beli di Yubiso pada harga RM15 sebotol. Kalau korang suka beli online, boleh dapat lebih murah. Ingat ya, asalkan beli produk asli. 

serum
Serum sebenarnya boleh membantu kulit kita pulih dengan lebih cepat.
(Terima kasih, 100 comments!)

Soalan: Kalau dah pakai serum, masih nak kena guna pelembab ke?

 Ya, kena pakai juga pelembab! Sebab apa, setiap jenis produk ada kebaikan tersendiri. Contohnya, pelembab yang Ms. Paris gunakan ni bukan saja melembab, malah boleh dijadikan asas solekan yang bagus. Kebetulan sewaktu mula-mula PKP tu, Ms. Paris singgah ke farmasi untuk membeli mask, terjumpa pula produk ni. 

Ms. Paris dah biasa gunakan produk keluaran Palmer’s. So, bila terjumpa Palmer’s Skin Success Anti Dark Spot Fade Cream for All Skin Types, teruslah beli satu. Mula-mula ingatkan untuk mengurangkan parut di muka. Agaknya sebab lambat nampak kesan, so Ms. Paris jadikan asas solekan saja. Rupa-rupanya krim ni punyalah hebat, lepas pakai solekan, bukan saja tak berminyak, malah solekan tahan lebih lama. In fact, mula-mula Ms. Paris guna produk ni, memang terus terperasan mekap tahan sepanjang hari. Cuma perlu touch-up sedikit bila hidung dan dahi berminyak sekali dua waktu di pejabat. Best kan?

Rupa-rupanya ada juga jenis kulit berminyak dan kering bila Ms. Paris Google untuk cari info tentang produk ni. Sayangnya, tak jumpa pula di farmasi, so belasah sajalah ya yang untuk semua jenis kulit ni. Haaa, sekarang korang dah tahu, Palmer’s ni bukan jual produk mak-mak saja!

Palmer's Fade Cream
Tak bohong, lepas beli ni, tak perlu lagi beli primer mahal-mahal!
(Terima kasih, Amazon!)

Soalan: Ada tak produk rawatan topikal yang boleh digunakan untuk kulit? 

Ada! Produk ni Ms. Paris mula gunakan sewaktu bekerja di Majlis Sukan Negara. Agaknya sebab baru graduate, so banyaklah timbul jerawat di sana sini. Jerawat tu dah satu hal, lepas tu berparut pula! Okay, sebenarnya salah Ms. Paris juga sebab kadang-kala terlalu geram, ehhh, memang kena picitlah! Ni memang sejenis dosa besar ya dalam bidang penjagaan wajah! So, jangan ikut!

Anyway, salah seorang pegawai di situ yang menyarankan Ms. Paris mencuba krim ELOMET. Kalau ikut cerita bisik-bisik kami antara pegawai sukan ni, atlit gimnastik kita pun menggunakan produk ni! Amboi, patutlah kulit masing-masing flawless, sis! Body dah cantik, muka pun cantik! Haaa, apa-apa pun sebab badan Ms. Paris macam seguni beras, so lupakan saja cita-cita nak jadi gymnast ya?

Cuma Ms. Paris pesan, krim ni asasnya steroid, so tak boleh sapu banyak sangat. Sapu nipis-nipis di tempat yang perlu saja selama sebulan. Takut nanti ada side effects pula kan? Percayalah, selepas sebulan, memang boleh nampak perubahannya. Lepas tu, cuba pula produk lain yang lebih lembut untuk kulit. 

elomet cream
Kalau nak cantik macam atlit gimnastik negara, gunalah ELOMET!
(Terima kasih, Shopee!)

Soalan: Ada apa-apa tak yang boleh digunakan sewaktu tidur?

Eh, mestilah ada! Korang pakailah mask sheet tu semasa tidur sebab kata pakar, kulit kita dipulihkan pada waktu malam. So, bagi sedikit lembapan supaya boleh dipulihkan dengan lebih cepat. Ms. Paris ni sejenis tak berapa memilih. Mana-mana jenama yang tengah ada sale tu di Watsons ke Guardian ke, Ms. Paris rembat saja! Murah! Yang paling best adalah mask sheet yang ada esen lidah buaya, madu dan tomato. Kalau yang ada mengandungi Vitamin C dan serbuk mutiara pun bagus juga. 

Korang boleh gunakan sepanjang malam, asalkan mask sheet tu tak kering sepenuhnya. Sebab bila terlalu kering, nanti ada pula tertinggal garisan di muka. Kalau ada pun waktu bangun pagi, korang cuma perlu urut muka perlahan-lahan time mandi. Nanti hilanglah dia. 

Ya, korang boleh juga gunakan masker yang berasaskan tanah liat atau jenis yang boleh ditanggalkan sendiri. Cumanya masker jenis ni boleh mengeringkan kulit. Sebab tu, disarankan cuma pakai sekali seminggu saja. Sebenarnya, Ms. Paris sendiri jarang menggunakan masker jenis tanah liat tu sebab kalau tak cuci dengan betul, boleh menyumbat pori-pori pula. Meriahlah jerawat tu naik nanti!

Mask sheet for night use
Nak gunakan tiap-tiap malam pun boleh!

So, pendek kata, sebelum gunakan produk yang Ms. Paris sarankan ni, cuba buat research dulu ya. Mana tahu, sesuai untuk Ms. Paris, mungkin tak sesuai untuk korang. Produk yang betul-betul elok memang akan ambil masa untuk menunjukkan kesan. Harap-harap korang bolehlah mengurangkan kesan parut di muka ya? Kita cuba cantik bersama!

XOXO

Paris Ashiqin

Rahsia kecantikan Ms. Paris adalah mekap tebal dan filter! Hahahaha!

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *